Malah, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pun dilaporkan tidak mahu dua anak perempuannya menonton rancangan Kardashian itu. Namun, apa sekalipun keluarga Kardashian mempunyai aura dan program realiti melibatkan keluarga tetap menampilkan keghairahan tersendiri, sehingga menjadi kegilaan banyak pihak. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki keluarga itu sehingga E! sanggup meneruskan rancangan realiti membabitkan keluarga Kardashian untuk tiga musim lagi. Umum mengetahui, kemuncak kisah keluarga itu bermula apabila video membabitkan hubungan seks salah seorang ahli keluarga itu, Kim dengan penyanyi Ray-J didedahkan di Internet pada 2007.
Ia terus menarik minat Ryan Seacrest untuk menerbitkan program realiti Keeping Up with the Kardashian dengan memaparkan kehidupan Kim bersama anggota keluarganya. Kisah keluarga itu pula menjadi semakin menarik apabila perkahwinan mewah Kim dengan Kris Humphries pada tahun lalu yang dikatakan mencecah AS$10 juta (RM30juta) hanya bertahan 72 hari. Di sebalik segala kontroversi yang menyelubungi keluarga itu, tidak boleh dinafikan, mereka sebenarnya layak untuk menikmati kehidupan mewah dan kemasyhuran tersebut.
Ahli keluarga Kardashian iaitu Kim, Kourtney, Rob, Khloe, Odom, Bruce Jenner, Kris, Kendall dan Kylie memenuhi kriteria yang menarik, cukup untuk membuatkan mana-mana penerbit rancangan televisyen menyiarkan rancangan realiti mengenai mereka. Keluarga itu yang sentiasa menjaga keterampilan mereka sebenarnya menjadi tarikan kepada pelbagai lapisan masyarakat, khasnya wanita, dengan remaja perempuan menjadikannya panduan bagaimana untuk kelihatan cantik dan seksi, sekali gus diminati ramai.
Kemasyhuran kehidupan sosial keluarga Kardashian yang boleh disifatkan agak bebas, turut mendapat perhatian lelaki untuk turut menyaksikan rancangan realiti keluarga berkenaan. Kemasyhuran mereka itu pula kini diikuti adik tiri Kim, Kendall dan Kylie yang bukan sahaja sibuk dengan rakaman rancangan realiti Kardashian, malah turut menempa kemasyhuran dalam dunia peragaan dan menjadi model untuk muka depan majalah. Penampilan ibu dan bapa tiri mereka, Bruce Jenner dan Kris juga mendapat perhatian apabila Bruce dikatakan gemar melakukan pembedahan plastik dan memastikan rambutnya tidak kelihatan beruban.
Pihak media juga memainkan peranan memastikan kelangsungan populariti keluarga Kardashian dengan mengaitkan mereka dengan pelbagai kisah cinta termasuk perbalahan. Terbaru, Kim dikatakan sedang hangat bercinta dengan Kanye West apabila penyanyi itu dipercayai meluahkan perasaannya terhadap bintang realiti televisyen itu menerusi single terbarunya, Theraflu. Selain itu, perkahwinan Khloe dengan Odom kini dilaporkan sedang retak berikutan pemain bola keranjang itu 'dibuang' daripada pasukannya.
Bagaimanapun di sebalik kontroversi itu, tiga beradik Kardashian juga bijak mengorak langkah dalam dunia perniagaan apabila bekerjasama dengan syarikat pembuat alat permainan Amerika Syarikat (AS), Mattel untuk menghasilkan anak patung Barbie versi selebriti itu dalam edisi terhad. Keluarga Kardashian juga tidak sekadar muncul di stesen televisyen kerana mereka tegas terhadap syarikat atau pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan bertindak menyaman mereka di mahkamah. Pada 2007, Kim bertindak menyaman Vivid Entertainment sebanyak AS$5 juta (RM15 juta) kerana syarikat itu bertindak membeli klip video adegan seksnya yang tersebar di Internet.
Syarikat jenama pakaian, Old Navy juga disaman kerana menggunakan model yang mirip Kim manakala satu syarikat lain diambil tindakan kerana menjual patung menyerupai dirinya di kedai-kedai serbaneka di Amerika Syarikat. Kerana pakej lengkap keluarga itu, keputusan E! menyambung rancangan realiti televisyen popular itu, untuk tiga musim lagi dilihat ada rasionalnya. Ini kerana, lima daripada 10 rancangan paling banyak ditonton dalam sejarah rangkaian itu melibatkan program Kardashian malah musim keenam drama realiti itu yang disiarkan baru-baru ini ditonton purata tiga juta orang.
SUMBER
{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }
x prnh tgk pun citer diorang.
16 May 2012 at 21:57
merapu jer keluarga nie..... pernah jugak layan sekejab.......
16 May 2012 at 23:45
diorg ni armenian kan??? family giler glamer
19 May 2012 at 02:25
diorg ni armenian kan??? family giler glamer
19 May 2012 at 02:25
Post a Comment