Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Koleksi Gambar Yang Boleh Mengundang Salah Sangka

on 25 April 2012

Salah sejahtera, jika dilihat secara imbas sekali kelihatan gambar ini mengundang salah faham. Apa yang membuatkan anda salah faham?

Berikut adalah koleksi gambar yang memerlukan anda untuk perhatikan dengan betul. Jangan fikir lucah ok, semuanya masih sesuai untuk semua lapisan umur. jom terjah...

 
   
   
 
 
 
 
 

ingin lihat gambar artis yang berkelakuan pelik, klik sini

Masjid Ini Dibina Oleh Jin

Jika anda ke Malang, Indonesia dan anda mengajukan soalan kepada warga di sana mengenai di manakah masjid ‘ajaib’, pasti mereka akan menunjukkan sebuah masjid yang sedang dalam proses pembinaan ini. Menurut masyarakat setempat, masjid ini ajaib kerana pembinaannya secara tiba-tiba tanpa pekerja, material seperti pasir, simen dan lain-lain. Pendek kata ia tidak kelihatan seperti suasana biasa projek-projek pembangunan yg sedang dibina.

Namun desas-desus itu berakhir apabila ada pihak yg membina masjid tersebut memberi penerangan dengan membuat sepanduk yang menyatakan masjid itu di bina oleh murid dan ahli jemaah di mana ia adalah sebuah komplek ( sekolah pondok) pembelajaran Islam yang di panggil Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah.

“Apabila ada orang yang mengatakan ini adalah bangunan muncul dengan sendirinya dan dibangunkan oleh jin dan sebagainya itu tidak benar. Bangunan ini adalah Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah' yang murni di bina oleh para murid dan jemaah.”

Ajaib atau tidak, bangunan setinggi 10 tingkat itu ternyata mempunyai nilai arkitektur yg sangat unik dan pastinya memerlukan jutaan wang untuk membinanya.

 
  

Pengantin Baru 'Dirogol' Tikus

on 24 April 2012

Seorang pengantin baru, bernama Ati ‘dirogol’ oleh seekor tikus di Banjarmasin, Indonesia. Tikus itu telah memasuki kawasan paling terlarang (istilah yang agak sopan) pengantin baru tersebut ketika beliau sedang tidur.

Akibatnya Ati menjerit kesakitan dan tindakannya itu telah mengejutkan suaminya dari lena.

Melihat situasi isterinya yang sedang berteriak sambil memegang ekor tikus, si suami lantas bertindak menarik tikus yang berada di dalam kawasan paling terlarang milik isteri kesayangannya itu. Malangnya, ekor tikus tersebut telah terputus manakala tikus tersebut pula terus berada di dalam kawasan paling terlarang milik isterinya.


SUMBER

Jawapan Shila Amzah Tentang Isu Gedik

Baru-baru ini kecoh dunia hiburan tanah air apabila ada pihak yang mengatakan Shila Amzah berkelakuan ‘gedik’ bersama kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad. Ada pihak yang tidak senang dengan perlakuan Shila Amzah dan menganggap perbuatannya itu tidak manis pada pandangan mata mereka.

Berikut adalah komen Shila Amzah tentang isu gedik yang dilontarkan keatasnya baru-baru ini selapas pihak Media Hiburan menghubunginya.
"Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya. Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius."
Diharap Shila Amzah mengambil berat isu ini agar reputasinya tidak terganggu dan lebih berhati-hati di masa akan datang. Maklumlah jika sudah bergelar artis, ramai orang akan melihat tingkah laku mereka terutamanya peminat sendiri. Jawapan Shila Amzah tentang isu gedik.


ingin baca info menarik mengenai Shila Amzah, klik sini
SUMBER

5 Artis Wanita Malaysia Yang Merokok

Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ini, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat memang agak susah. Tambahan pula, jika wartawan-wartawan media hiburan dibarisi oleh orang-orang yang 'banyak pahala'nya sehingga sanggup bersekongkol dengan artis ini dengan merahsiakannya dari pengetahuan peminat.

Niat berkongsi gambar ini bukan nak mengaibkan mereka tetapi biarlah tabiat buruk ini tidak menjadi ikutan remaja ataupun bakal artis nanti. Artis ini sepatutnya menjadi idola atau role model untuk generasi muda sekarang namun jika tabiat ini diamalkan apa akan terjadi dengan dunia hiburan negara kita? Untuk itu, mari kita lihat senarai 6 Artis Wanita Malaysia yang ketagihan rokok.

 
Fasha Sandha

 
Sazzy Falak

 
Sharifah Amani

 
Sharifah Jasmine Soraya

Sharifah Sofea

ingin melihat artis Malaysia yang mempunyai masalah sosial yang paling teruk, klik sini

Islam Akan Menang Jika Jemaah Solat Subuh Seramai Solat Jumaat

Jika melihat kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika, hampir mustahil umat Islam mampu menewaskan mereka seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu. Akan tetapi, Yahudi boleh dikalahkan jika umat Islam seluruh dunia mampu keluar solat Subuh berjemaah sama seperti mereka keluar solat Jumaat yang seminggu sekali itu.

Seperti mana kita semua tahu, solat subuh adalah solat yang paling sukar untuk ditunaikan kerana waktu subuh yang masih gelap dan dingin membuatkan ramai yang sedang enak tidur menjadi liat untuk bangun. Jika solat subuh yang paling sulit itu dapat ditunaikan secara berjemaah sama seperti solat jumaat, pasti solat yang lainnya akan mudah ditunaikan. Maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah seperti buih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu mereka tidak boleh bermaharajalela lagi. Sebab itu Yahudi melakukan pelbagai cara supaya umat Islam leka dan meninggalkan solat 5 waktu.

Memang tiada nas yang jelas bahawa Israel akan hancur jika solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat.


ingin tips cara bangun dari tidur untuk menunaikan solat Subuh, klik sini
SUMBER

Gempar!!! Jual External Hardisk Tiruan Di PC Fair

on 23 April 2012

Salam sejahtera, ramai yang kecoh pasal external hardisk yang kononnya satu barangan penipuan yang dijual di PC Fair. Selagi belum kena mana nak percaya kan? hah, ni dah terang-terang nampak kat gambar ni. external hardisk yang ditambah dengan bolt dan nat untuk buatkannya berat seakan-akan sama seperti hardisk biasa. Inilah produk daripada China!

Kalau benda ini hanya dijual di PC Fair, maka sukarlah nak cari siapa penjual external hardisk tersebut. Oleh itu, perlukah kita buka housing external ni sebelum beli? siapa suruh tipu macam ni kan.

 
 
 

SUMBER

Pelik!!! Ayam Ini Melahirkan, Bukan Bertelur

Seekor ayam betina selalu bertelur untuk membiak. Telur itu kemudian dieram sekitar 21 hari hingga menetas dan mengeluarkan anak ayam.

Namun, BBC melaporkan, media di Sri Lanka sedang dihebohkan oleh berita seekor ayam yang membiak dengan cara 'melahirkan', bukan bertelur. Ayam betina itu mengeluarkan anak ayam hidup, seperti mamalia ketika melahirkan.

Sayangnya, ayam betina itu mati beberapa saat setelah 'melahirkan' anaknya itu. Sementara, anak ayam yang dikeluarkan itu hidup dengan keadaan sihat. Petugas dari dinas penternakan setempat mengatakan kes itu baru pertama kali terjadi di Sri Lanka. Kepala dinas penternakan tempatan, PR Yapa, memutuskan untuk meneliti fenomena pelik ini.

Bangkai induk ayam itu dibedah, diteliti sistem reproduksinya. Setelah bangkai ayam itu dibedah, baru misteri pada ayam betina itu diselesaikan. Induk ayam itu ternyata bertelur seperti ayam biasanya. Namun, telur ayam itu tidak keluar seperti biasa, melainkan tetap tertinggal di sistem reproduksi induknya.

Hasilnya, telur itu menetas di dalam tubuh ayam betina itu. Setelah menetas, anak ayam itu keluar dari induknya. Hasil bedah itu juga menunjukkan induk ayam itu mati kerana mengalami luka di bahagian dalam tubuhnya.


SUMBER

Penemuan Gempar Di Puncak Gunung Everest!!!

on 22 April 2012

Korang pernah dengar pasal Gunung Everest? Pernah dengar pasal ada rakyat Malaysia yang berjaya menawan Puncak Gunung Everest? Tapi korang tau ke tak tahu, bukan mudah untuk menawan puncak gunung tersebut dan kembali dengan selamat. Hayati gambar kat bawah.

 
 
 
 
 

ingin tengok gambar kejayaan beberapa kumpulan pendaki yang berjaya menakluki puncak Bunung Everest, klik sini
SUMBER

Wajah Artis Malaysia Yang Seiras Dengan Artis Luar

Salam sejahtera... Mungkin kita tidak menyangka, artis tempatan kita terutama golongan wanita juga mempunyai kembar mereka sendiri.Tidak terlalu iras dari segi wajah mereka, namun boleh kita lihat penampilan dan gaya mereka yang hampir serupa.


ingin lihat artis Hollywood yang mirip artis tanah air kita, klik sini
SUMBER

Model Berusia 80 Tahun Yang Masih Hot

on 21 April 2012

Sewaktu usianya masih muda, dia sangat obses dengan kecantikan. Daphne Selfe adalah seorang nenek yang berusia 80 tahun dan merupakan seorang model luar biasa. Berkat postur badannya yang menarik, tulang pipi yang sempurna dan rambut panjang yang berkilau, dia masih menjadi rebutan para jurugambar di luar sana untuk mengambil gambarnya. Saat ini, dia adalah model tertua di United Model Catwalk, Dolce & Gabbana, Tata Naka dan Michiko Koshino.

Daphne Selfe adalah seorang model yang berasal dari Baldock, Hertford-shire. Dia mula berkarier dalam dunia peragaan ketika berusia 20 tahun di mana dirinya menjadi juara dalam sebuah pertandingan modeling. Dia dilamar oleh Models 1 Agency, di mana Kate Moss dan Naomi Campbell bernaung. Dan kini, dalam usianya yang ke 80 tahun, Daphne masih menjadi model dengan pendapatan 1000 Pound seharinya. Nenek 4 cucu itu dianggap sebagai model tertua dan masih mampu menjadi model untuk label-label top seperti jenama Dolce & Gabbana.

Daphne sehingga kini tetap menjaga penampilannya dengan makan makanan yang sihat dan juga melakukan yoga. "Para model muda mengagumiku tapi mereka tidak iri hati. Aku bukan ancaman bagi mereka. Aku punya tempat yang sesuai untuk umurku. Aku masih akan terjun di modeling sehingga mereka berhenti meminta. Aku menyukainya dan perkara itu menyenangkan dan tetap membuatku muda", ujar Daphne mesra.

 

ingin tengok top 10 supermodel terkenal masa kini, klik sini
SUMBER

Suami Isteri Maut Digilis Lori

on 20 April 2012

Hanya Allah SWT sahaja mengetahui kesedihan yang terpaksa dilalui seorang lelaki apabila melihat sendiri isterinya digilis sebuah lori dalam kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban dekat jejambat Desa Petaling di sini pagi ini.

Lebih menyayat hati, kemalangan pada pukul 7.54 pagi itu berlaku ketika lelaki terbabit menunggang motosikal itu bersama isterinya ke tempat kerja di ibu negara.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, ketika kemalangan, motosikal itu ditunggang oleh Mohd. Ridzwan Misran, 30, manakala isterinya, Norhana Nuruddin, 30, membonceng.

"Semasa melalui tempat kejadian, motosikal Honda Wave yang ditunggang Mohd. Ridzwan telah terlanggar belakang sebuah skuter sehingga menyebabkan dia dan isterinya terjatuh di atas lebuh raya.


ingin baca lagi kisah tragis yang melibatkan suami isteri, klik sini

SUMBER

Calon SPM Ditangkap Khalwat Di Hotel Bersama Teman Lelaki

Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunju-ngan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.

Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunju-ngan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.


ingin baca lagi perangai tak senonoh pelajar sekolah, klik sini
SUMBER

(Video) Solat Terakhir Seorang Syuhada' Sebelum Ajal


Apabila menonton video ini, rasa malu dan sedih pun ada pada diri sendiri kerana kita selalu melalaikan solat, melewatkan solat dan meninggalkan solat. Sekurang-kurangnya mendapat keinsafan apabila menyaksi seorang syuhada yang kritikal masih lagi mahu bersolat walaupun keadaannya yang cedera parah serta hilang sebelah tangan sebelum ajal menjemputnya. Moga-moga dan sama-samalah kita perbetulkan solat kita yang sudah lama longgar. Semuga roh syuhada' ini dirahmati Allah SWT. Amin.


SUMBER

6 Gambar Aksi Tak Tahan Nak Kencing Di Tempat Awam

on 19 April 2012

Salam sejahtera, saya percaya semua orang pernah mengalami saat-saat "emergency" seperti ini. Misalnya, jika anda hendak membuang air kecil tetapi tandas tak ada, dimana nak melepas? takkan nak tahan sampai balik kat rumah sedangkan mungkin perjalanan masih berbatu nak sampai.

Tak salah nak melepas walau dimana pun, asalkan carilah tempat yang selesa atau tandas mana-mana restoran dan tempat perhentian. Ini adalah himpunan gambar aksi kencing yang tak tahan nak melepas. jom terjah...

 
 
 

SUMBER

Senarai Negara Yang Memberi Pendidikan Percuma

Banyak negara di dalam dunia ini yangg memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. mari kita tengok video bagi mendapatkan bukti yang lebih sahih.

1- Pendidikan Percuma di Brunei

2- Pendidikan Percuma di Argentina

3- Pendidikan percuma di Finland

4- Pendidikan Percuma di Norway

5- Pendidikan Percuma di Jerman


p/s: sesebuah negara itu tidak akan bangkrap pun kalau beri pendidikan percuma kepada rakyatnya. 

Ikan Naga Tasik Kenyir Bernilai RM20 Ribu

Ikan Naga Tasik Kenyir Bernilai RM20 Ribu. Kerajaan Terengganu telah meningkatkan tawaran RM10,000 kepada tawaran RM20,000 menangkap ikan naga Tasik Kenyir atau nama saitifiknya Arapaima Gigas.

Tawaran ikan Naga atau nama saitifiknya Arapaima Gigas bernilai RM20,000 tersebut dibuat bagi mengelakkan kepupusan spesies ikan lain di Tasik Kenyir berkurangan dan pupus.

Ikan naga (Arapaima Gigas) merupakan spesies ikan besar dan berasal dari Sungai Amazon. Walaupun spesies ikan Naga bersaiz besar, ikan Naga tidak menyerang manusia dan hanya menjadikan ikan-ikan lain sebagai makanannya.


SUMBER

Awas!!! Ayah Pin Dan Kerajaan Langit Akan Kembali

Selepas sekian lama menghilang, nama Arifin Mamat, 69, atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, muncul semula apabila sebuah laman facebook (FB) dipercayai didalangi pihak tidak bertanggungjawab dikesan memuatkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Islam dan negara.

Laman FB yang dikatakan mula dibuka Sabtu lalu, dipercayai didalangi pihak yang cuba menyebar dan mempengaruhi orang ramai ajaran kerajaan langit yang sebelum ini dibawa Ayah Pin dan difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama negara ini.

Selain penggunaan perkataan menghina agama di laman yang menggunakan gambar Ayah Pin dan baru mempunyai empat pengikut itu, terdapat sesalinan perakuan murtad serta salinan daftar pemilih yang disahkan membabitkan kawasan pilihan raya bagi ketua ajaran sesat kerajaan langit terbabit.

Kemungkinan laman FB itu digunakan pihak lain untuk menghina Islam juga tidak boleh ditolak berdasarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pos terbarunya jam 6.15 petang kelmarin yang berbunyi “I cant send friend request because fb suspend it for 2 days and fb urge me to cancel friend all request, what the heck! fb is not user friendly la lagu ni”'.

Semakan Berita Harian terhadap akaun FB itu turut menemui beberapa kata-kata penghinaan seperti ‘Malaysia Babi’ yang dipos pada jam 1.13 tengah hari 15 April lalu serta pos bertarikh 15 April jam 2.24 petang yang berbunyi: “Tidak lama lagi akan mengundi, semoga Dewa Iswara dan Dewa Indra memanjangkan umur saya”.

Setakat ini laman FB Ayah Pin yang menerima komen daripada lebih 56 pembaca turut memuatkan beberapa perkataan lain yang boleh dianggap menghina antaranya, yang diposkan semalam berbunyi “Alhamdulillah ana sudah murtad!! Bebas dari agama palsu!!”

Dalang laman FB itu turut memasukkan secara jelas salinan daftar pemilih yang disahkan menerusi semakan komputer mengandungi nama Arifin Mamat, bernombor kad pengenalan 430622035313, bertarikh lahir 23 Jun 1943, tempat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut serta kawasan mengundi di Parlimen Besut.

Niat buruk pemilik akaun laman itu untuk menghina Islam jelas apabila pada ruangan info pemiliknya memaparkan gambar Ayah Pin dan tertulis perkataan ‘Ayah Pin Islam agama palsu’ sehingga membuatkan orang ramai mendesak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera menutup akaun laman FB berkenaan.

Pengguna, Zaidi Abas, 48, mendesak pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelakkan ia mempengaruhi fikiran terutama generasi muda yang cetek pengetahuan agama.

“Ini amat keterlaluan terutama perkataan yang digunakan nyata menghina Islam dan negara kita. Sama ada akaun laman ini dibuka pihak lain atau Ayah Pin sendiri, itu menjadi tugas SKMM menyiasatnya.

“Mungkin ia bukan dibuka oleh Ayah Pin kerana ada pos yang ditulis menggunakan bahasa Inggeris, tetapi kita tidak boleh memandang ringan perkara ini,” katanya.


SUMBER

Wanita Berusia 92 Tahun Masih Hot, Aktif Dalam Tarian & Yoga

Siapa sangka wanita tua yang sudah menjangkau 92 tahun, boleh diibaratkan ‘rumah kata pergi, kubur kata mari’ tapi wanita tua yang masih bergetah dan aktif melakukan pelbagai aktiviti.

Wanita tua yang aktif dalam tarian dan yoga ini diberi nama Thao Porchon-Lynch dan dikatakan telah mengamalkan yoga selama 70 tahun yang lalu. Bukan setakat mengamalkan, malah Thao juga merupakan seorang guru kelas yoga kepada pelajar-pelajar di India, Perancis dan Amerika Syarikat selama 45 tahun.

Thao nie boleh dikatakan luaran sahaja dah tua, tetapi hayat muda ada di dalam badan dan jiwa dia nie. mari kita tengok aksi beliau...

 
 

SUMBER

Pembaca Berita TV Tertelan Nyamuk Secara Langsung Di TV

on 18 April 2012

Di saat sedang siaran lansung membaca berita yang ditonton ribuan penonton di rumah seorang pembaca berita, sebuah stesen TV terkenal Taiwan bernama Huang Ching tiba-tiba ada seekor nyamuk nyasar masuk ke mulut dan tekaknya dan yang akibat kerana nyamuk tadi Nona Huang yang mempunyai sakit asthma tersebut langsung kumat dan drop saat itu juga.


Ketika nyamuk mula masuk ke dalam tekak melalui mulut wanita itu. Nasib baik para crew Televisyen lain langsung tanggap dan mengisi berita yang saat itu mengalami gangguan dengan spot iklan selama beberapa minit sambil mempersiapkan pembaca pengganti. Terus saja Huang dikejarkan ke rumah sakit kerana serangan asthma tersebut. Nafasnyapun saat itu tersekat2 hanya kerana seekor nyamuk yang masuk tekaknya.


Ternyata seekor nyamuk bukan hanya berbahaya kerana boleh menularkan penyakit malaria dan demam berdarah tapi kalau masuk kedalam tekak boleh membuat kecemasan juga. Apalagi bila mangsa mempunyai penyakit asthma seperti kejadian yang menimpa Huang ini. Nona huang seorang pembaca berita akhirnya harus menjalani rawatan di hospital kerana serangan nyamuk tersebut.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved