Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

20 Patung Paling Seram Dalam Sejarah Manusia

on 2 August 2012

Anak patung di bawah tidak mungkin jenis patung yang akan ada dalam rumah-rumah terutama di sekitar kanak-kanak. Tidak kira berapa pun umur anda, lelaki atau perempuan, anda tidak akan mahu patung-patung ini berada di atas katil kecuali jika ada seseorang yang ingin bergurau dengan anda.

Di bawah ini adalah 25 gambar anak patung paling seram yang pernah dibuat sepanjang sejarah manusia.

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

(Gambar) Barisan Selebriti Hadir Ke Majlis Berbuka Puasa Anjuran Astro

Semalam berlangsung’nya satu majlis berbuka puasa anjuran Astro yang turut menyaksikan pengumuman program khas bersempena Aidilfitri 2012 tidak lama lagi.

Majlis yang berlangsung di hotel Royale Bintang Damansara ini menyaksikan kehadiran ramai bintang ternama tanah air seperti Aaron Aziz, Erra Fazira, Aznil Hj Nawawi dan lain lain.

Dalam majlis sama, Astro dengan sukacita memaklumkan barisan program khas yang bakal mereka siarkan bersempena dengan musim perayaan Aidilfitri kali ini.

Antara program menarik yang bakal bersiaran adalah Mega Raya 2012, Aaron & Zizan Beraya Sampai Pengsan!, Romantika Raya, Karoot Komedia X Raya, Lawak Ke Der? & pelbagai lagi.

Peminat filem tempatan pastinya teruja apabila KL Gangster, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa & pelbagai lagi telemovie akan di’tayangkan.

Aidilfitri anda tahun ini pasti meriah dengan program yang sudah di’susun rapi pihak Astro dan sementara itu, layankan barisan gambar selebriti yang hadir semalam. Heh.

 
 
 
 
 
 
 
 

Cara Unik Dan Manja Scha Al-Yahya Kejut Awal Ashaari Bangun Sahur


Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama sebagai pasangan suami isteri, Awal Ashaari dan Scha Al- Yahya akui mereka melalui pengalaman dan detik manis bersama yang sangat menyeronokkan ramadan ini.

Malah Awal Ashaari berkata dia dapat merasakan banyak perubahan ramadan kali ini bersama Scha Al-Yahya, apatah lagi waktu sahurnya kali ini tidak lagi dikejutkan ibunya, sebaliknya ia dilakukan isteri tersayang dengan cara yang sangat berbeza dan manja.

"Saya akui memang susah untuk bangun sahur. Jika saya bangun sahur pun saya hanya akan minum air atau mengambil apa jua makanan yang ringan.Tetapi waktu dulu ibu saya sangat memberatkan kepada kami untuk bangun waktu sahur kerana dia akan masak dengan banyak untuk kami sekeluarga makan. Jadi macam mana pun dia akan paksa anak-anaknya bangun sahur.

"Namun, cara ibu saya kejut sahur adalah dengan cara memercikkan air ke muka dan cubit-cubit supaya saya tetap akan bangun bersahur. Berbeza dengan Scha yang tidak terlalu memaksa tetapi tetap mahu saya bangun untuk minum paling tidak segelas air.

"Cara Scha kejut sahur tidak terasa kerana dia akan menggeletek saya sehingga saya bangun. Jika tidak dia akan begurau dengan mempercepatkan waktu di jam bagi menakut-nakutkan saya bahawa waktu bersahur hampir tamat. Walau bagaimana pun dia berjaya buat saya tertipu dan akhirnya bangun," katanya kepada murai.com.my pada majlis berbuka Astro Shaw, di Hotel One World, malam kelmarin

Sementara itu, Scha Al-Yahya pula memberitahu dia gembira kerana sudah berpeluang memasak untuk suami tercinta dengan menyediakan juadah kegemaran Awal.

"Walaupun sedih kerana kami tidak dapat berbuka bersama pada 1 Ramadan disebabkan tuntutan kerja masing-masing tetapi saya bersyukur kerana berpeluang dapat memasak juadah berbuka untuk kami bersama.

"Saya masak lauk yang ringkas sahaja iaitu sambal goreng ikan bilis dan juga sotong goreng kunyit, tetapi Awal sangat suka masakan sotong goreng kunyit saya. Kami masak bersama di dapur. Saya masak dan Awal tolong kritik. Dia suka mengkritik dan apa yang saya sediakan itu banyak mengikut citarasanya berbanding saya.

"Namun saya gembira kerana kami banyak habiskan masa bersama dalam menjalani ibadah puasa termasuk dapat melakukan terawih bersama-bersama," jelas Scha.

Gempar!!! Parti MCA Akan Adakan Tarian Menentang Hudud

Diminta sesiapa boleh nak jelaskan bagi TERANG. Apa itu hudud??? sebab UMNO,kaum cina dan kaum lain tidak faham. Walau apa apa pun, jika benar wujud siri tarian munafik ini, mohon AMK, unit amal, JAIS, sila ambik gambar dan 'ambush' sebab ini sudah bertentangan dengan agama rasmi kita...


SUMBER

Subhanallah! Ikan Bergigi Manusia

on 1 August 2012

Ikan yang ditangkap seorang nelayan telah menemukan seekor spesis yang sungguh luar biasa di mata normal kita. Masakan tidak ikan tersebut mempunyai fizikal gigi seakan-akan menyerupai manusia biasa.

 
 

Gambar Ilusi Yang Pelik Tapi Menarik

Gambar di bawah ini boleh dikatakan #D atauilusi mata. Apa pun, mari kita cuci mata tengok gambar yang menarik di bawah ini...

 
 
 
 
 
 
 

SUMBER

Aktif Berpolitik, Abby Abadi Sudah Nikah Exco PAS Kelantan???


Sekali lagi selamat datang ke buletin khas Abby Abadi di’mana kami akan sentiasa memaparkan perkembangan kerjaya politik aktress bergelar ‘pendakwah bebas’ ini.

Kami perhati juga tulisan Abby Abadi di Twitter dua tiga hari ini bukan sekadar meneruskan dakwah juga kempen politik beliau, namun ada satu gossip politik yang beliau hadapi.

Beberapa laman blog politik ada memetik ura ura mengatakan penglibatan Abby Abadi dalam politik kini lebih serius selepas menikahi salah seorang ahli politik PAS.

Ahli politik yang menjadi mangsa gossip politik ini adalah ADUN Kelaboran Mohd Zaki Hj Ibrahim yang khabarnya kerap di’lihat bersama Abby Abadi di beberapa majlis ceramah anjuran PAS sejak kebelakangan ini.

Namun Abby Abadi pantas menjadikan medium Twitter untuk menafikan sebarang hubungan dengan ahli politik tersebut tetapi tetap meminta peminat untuk mendoakan jodoh’nya cepat sampai.

Menurut Abby Abadi, ini bukan pertama kali beliau mendapat ‘jodoh’ hasil cakap cakap orang ramai dan mula menerima gossip nakal sebegini sebagai lumrah apabila terlibat dalam dunia politik.

Nicki Minaj Hina Islam Melalui Lagu Terbaru


Mungkin ada yang perasan dan mungkin tidak apabila sebuah lagu berjudul Beam Me Up Scotty yang dinyanyikan oleh penyanyi Hollywood, Nicki Minaj ada unsur-unsur menghina Islam. Jika diamati lirik lagu ini, ada satu rangkap telah menyebut perkataan 'Assalamualaikum' dan 'akbar.

Lirik:
Please stop callin me, im such a rock star
assalamu alaikum where the fuck is akbar
give'em my keys tell'em valet my car

Siti Nurhaliza Jawab Isu Persembahan Di Kelantan


Isu mengenai Dato' Siti Nurhaliza telah diberikan amaran selepas membuat persembahan di negeri Kelantan pada bulan lepas dan melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu telah mengejutkan banyak pihak. Apatah lagi, ianya pertama kali berlaku kepada penyanyi nombor satu negara itu.

Ditemui di majlis pelancaran kosmetik terbaru Simplysiti, Bejeweled, Portal Murai berkesempatan mewawancara Dato' Siti Nurhaliza mengenai perkara tersebut. Ternyata, Siti Nurhaliza tidak menyangka bahawa persembahannya di sana (Kelantan) akan mencetuskan isu setelah menyaksikan kehadiran lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab.

"Seperti biasa Siti hanya memenuhi undangan daripada pihak penganjur dan kali ini jemputan adalah untuk Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu.

"Pada pengamatan Siti, persembahan yang Siti berikan berunsur ilmiah dan sopan. Lagipun ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Guru. Jadi, memang tiada sebarang aktivti melalaikan yang dilakukan pada ketika itu.Tapi mungkin disebabkan ia berlangsung secara terbuka dan bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkandi negari itu, maka ianya telah menjadi isu.

"Siti tidak terfikir dan tidak tahu ia akan menjadi sesuatu aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negeri tersebut. Namun begitu, Siti menghormati keputusan mereka yang telah mengeluarkan notis amaran secara positif dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini.

"Tidak mahulah nak komen lebih-lebih kerana takut nanti tersalah cakap pula kerana ianya melibatkan undang-undang. Yang penting Siti sudah pun menjalankan tanggungjawab dengan membuat persembahan dan menghiburkan para pengunjung yang datang," jawabnya kepada murai.com.my yang menolak jika isu ini telah dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Dalam pada itu, bila ditanyakan mengenai konsertnya bersama penyanyi antarabangsa Sami Yusuf yang telah dibatalkan atas sebab beberapa masalah, antaranya kontrak bersama pihak penganjur, Siti Nurhaliza menjawab:

"Perkara tersebut tercetus di antara Sami Yusuf dengan pihak penganjur dan Siti tidak tahu apakah punca sebenar sehingga ianya dibatalkan.Ramai peminat yang sememangnya menantikan kemunculan Sami Yusof di Malaysia dan sudah semestinya Siti juga berbangga dapat berkongsi pentas dengan penyanyi hebat sepertinya.

"Ini adalah peluang yang baik Siti dapat dan mujurlah Siti sempat membuat persembahan bersamanya di Singapura. Jadi, ia merupakan pengalaman yang baru untuk Siti timba,"tambahnya lagi.

Belasah Ibu Tak Jumpa Kunci Rumah


Seorang lelaki layak digelar anak derhaka apabila membelasah ibunya berusia 73 tahun gara-gara tidak menjumpai kunci rumah yang diletakkan di atas meja, kelmarin.

Tidak cukup dengan itu, anak mangsa mengugut membakar rumah jika mendapati tiada sesiapa di rumah ketika dia pulang pada lewat malam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa berada di rumahnya di Sentul bersama anak lelakinya itu yang berusia 38 tahun sebelum anaknya meminta izin untuk keluar berjumpa kawan.

Mangsa yang tidak mahu dikenali itu berkata, anaknya yang berniat untuk pulang lewat malam mula mencari kunci rumah, tetapi tidak menjumpainya dalam bilik tidur.

“Anak saya kemudian mencari kunci di ruang tamu namun gagal menyebabkan dia naik angin sebelum menolak barang di atas meja.

“Lebih mengejutkan, dia membaling kerusi ke arah saya yang terkena pada kepala sebelum membaling barangan lain berdekatan saya,” katanya, semalam.

Menurutnya, sebelum keluar rumah, anaknya memberi amaran kepada mangsa supaya tidak keluar rumah sehingga dia balik dan jika tidak, dia akan mengamuk.

Katanya, anaknya turut mengugut memukul mangsa atau membakar rumah jika tiada sesiapa membuka pintu ketika dia balik.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul.

Hafiz AF Disaman Bekas Pengurus Pentas

on 31 July 2012


Kalau anda masih ingat, tahun lepas kecoh juga dunia hiburan Malaysia apabila Hafiz AF dikhabarkan menolak jatuh seorang pengurus pentas wanita kerana hilang sabar.

Pengurus pentas tersebut bernama Nur Haniza Mohd Azhar, 25 telah pun menyerahkan surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap Hafiz AF ekoran insiden itu.

Menurut Nur Haniza, Hafiz Suip telah datang kepadanya ketika berliau menjalankan tugas untuk Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Hafiz AF khabarnya memaksa beliau untuk berjumpa namun Nur Haniza menolak dengan baik kerana sedang menjalankan tugas ketika itu — namun tetap didesak.

Ketika Nur Haniza menuruni tangga untuk meneruskan tugas beliau, Hafiz AF dikatakan menolak beliau sehingga terjatuh & mengalami kecederaan di’bahagian kaki.

Nur Haniza berkata surat tuntutan telah pun diserahkan kepada Hafiz AF pada 25 Jun lalu namun juara Akademi Fantasi 7 itu enggan mengaku bersalah dan membayar ganti rugi.

(Menarik!) Koleksi Haiwan Yang Pelik

Sangat banyak sebenarnya haiwan pelik yang boleh ditemui di dunia ini. Buktinya, banyak artikel yang Melayukini.net siarkan, semuanya berkisar tentang haiwan yang kita sendiri tidak pernah melihatnya. Terdapat ratusan juta jenis spesis haiwan dalam dunia. Daripada sekecil-kecil serangga hingga sebesar-besar gajah dan paus. Banyak yang dah manusia jumpa dan ketahui, tapi tak dinafikan, masih ada yang baru dijumpai dan dianggap pelik dan aneh rupanya. Jom layan gambar haiwan pelik di bawah ini.

Axololt
Spesis salamander yang berasal dari Mexico

Eye-Eye
 
Spesies terancam dari Madagascar yang mempunyai gigi seperti tikus dengan jari yang panjang, dan mempunyai sama ekologi seperti burung belatuk. Ia adalah primat pada waktu malam yang terbesar di dunia.

Blobfish
 
Ikan laut dalam yang menghuni perairan sekitar Australia dan Tasmania.

Dumbo Octopus
  
Spesies sotong yang menyerupai gajah terbang ini hidup di laut dalam

Emperor Tamarin
 
Tinggal di barat daya Amazon Basin, Peru di timur, utara Bolivia dan di negeri-negeri barat Brazil Ekar dan Amazonas. Bulunya berwarna kelabu, dengan sedikit kekuningan di dada.

Hagfish
  
Hagfish menjadi perdebatan kerana ia tergolong dalam keturunan yang jauh lebih primitif daripada mana-mana kumpulan ikan. Menghasilkan lendir sebagai pertahanan diri menyebabkan saintis menamakan Hagfish sebagai haiwan paling menjijikkan diantara semua makhluk laut.

Komondor Dog
 
Spesies anjing yang mempunyai jumlah bulu paling banyak dalam keluarga kanine/serigala.

Pygmy Marmoset
Spesies monyet kerdil yang berasal dari kanopi hutan hujan Brazil barat, tenggara Colombia, Ecuador timur, dan timur Peru.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved