Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Hafiz AF Disaman Bekas Pengurus Pentas

on 31 July 2012


Kalau anda masih ingat, tahun lepas kecoh juga dunia hiburan Malaysia apabila Hafiz AF dikhabarkan menolak jatuh seorang pengurus pentas wanita kerana hilang sabar.

Pengurus pentas tersebut bernama Nur Haniza Mohd Azhar, 25 telah pun menyerahkan surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap Hafiz AF ekoran insiden itu.

Menurut Nur Haniza, Hafiz Suip telah datang kepadanya ketika berliau menjalankan tugas untuk Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Hafiz AF khabarnya memaksa beliau untuk berjumpa namun Nur Haniza menolak dengan baik kerana sedang menjalankan tugas ketika itu — namun tetap didesak.

Ketika Nur Haniza menuruni tangga untuk meneruskan tugas beliau, Hafiz AF dikatakan menolak beliau sehingga terjatuh & mengalami kecederaan di’bahagian kaki.

Nur Haniza berkata surat tuntutan telah pun diserahkan kepada Hafiz AF pada 25 Jun lalu namun juara Akademi Fantasi 7 itu enggan mengaku bersalah dan membayar ganti rugi.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

ingat story dah over....... ada lagi rupanyer......


1 August 2012 at 01:15
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved