Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GAMBAR ROHANA, ADIK SITI SALEHA YANG CUN

on 25 August 2012

GAMBAR ROHANA, ADIK SITI SALEHA YANG CUN - Jejaka mana yang tidak cair dengan keayuan pelakon baru meningkat naik, Siti Saleha. Dan kalau para pembaca ingin tahu, Siti Saleha ada seorang adik perempuan yang sama cantik dan cun-melecun seperti kakaknya juga.

 
 
 
 

GAMBAR NAKAL PUTERA HARRY TERSEBAR DI INTERNET


GAMBAR NAKAL PUTERA HARRY TERSEBAR DI INTERNET | KERABAT DIRAJA BRITAIN | PRINCE HARRY - Beberapa gambar pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry menunjukkan pewaris ketiga takhta Britain itu berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel dengan seorang rakan wanitanya.

Gambar itu telah memalukan Ratu Elizabeth dan seluruh kerabat Di Raja Britain. Keluarga diraja Britain telah meminta akhbar-akhbar agar tidak menyiarkan gambar bogel Putera Harry bersama rakannya di Las Vegas.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT (APEX) KEMALANGAN


KHAIRUL FAHMI CHE MAT (APEX) KEMALANGAN - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat telah terlibat dalam satu kemalangan di Kelantan semalam.

Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok dan sehingga ke saat ini status kecederaan Kharul Fahmi Che Mat masih belum diketahui. Apex memandu kereta Audi miliknya semasa kemalangan.

 

(GAMBAR) GILIRAN SITI SALEHA PULA BERTUDUNG


(GAMBAR) GILIRAN SITI SALEHA PULA BERTUDUNG | ARTIS BERHIJRAH - Seorang demi seorang selebriti tanah air berhijrah kepada lebih positif tahun ini. Abby Abadi, Shila Amzah, Nurul Syuhada dan kini tiba pula masa untuk Siti Saleha untuk bertudung. Alhamdulillah...

“Saya sebenarnya tiada masalah untuk bertudung kerana sudah terbiasa memakainya ketika bersekolah iaitu semenjak di tingkatan dua lagi. Malah, saya juga sudah beberapa kali menjayakan watak berhijab seperti dalam filem ‘Pencinta’, drama ‘Ustaz Amirul’ dan ‘7 Hari Di Neraka’.

Setiap kali mengenakan hijab, saya tidak pernah merungut atau mengeluh kerana tidak selesa atau berasa panas. Saya boleh melakukannya. Cuma, belum sampai masanya untuk saya kekal dengan imej muslimah. Saya perlukan masa kerana tidak mahu berubah semata-mata terikut dengan perubahan orang lain atau didesak oleh sesiapa. Biarlah perubahan itu benar-benar ikhlas ” ujar Siti Saleha.

PELAJAR IPT DIJANGKITI HIV, KELAB TIADA DARA DI MALAYSIA


PELAJAR IPT DIJANGKITI HIV, KELAB TIADA DARA DI MALAYSIA - Mereka adalah golongan bijak pandai dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), tetapi akhlak masing-masing jauh lebih rendah rendah dan kerap menlakukan seks bebas, malah sepakat mewujudkan satu kelab bagi merancang kegiatan tersebut.

Kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara tanpa mempedulikan dosa dan masa depan

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

DOWNLOAD DAN TONTON SABAR TAK SABAR


DOWNLOAD DAN TONTON SABAR TAK SABAR | Telemovie - Terlepas menonton telemovie Sabar Tak Sabar yang disiarkan di TV3? Tidak mengapa, Katak Comel ada link memuat turun dan menonton telemovie ini. Dan yang paling penting, ianya free sahaja.

Telemovie ini telah dilakonkan oleh beberapa pelakon terkenal tanah air antaranya Remy Ishak, Aqasha, Tizz Zaqyah, Indra Hafiz, Norehan Yakob, Anne Abdullah, Sharifah Nadia, Meor Mohd, Zulin Aziz.

Download Sabar Tak Sabar

Hotfile Single Link --> Download

Tonton Sabar Tak Sabar Secara Streaming

GAMBAR HOT ANZALNA BERSAMA BEKAS KEKASIH MAT SALLEH

on 24 August 2012

Bekas finalis Dewi Remaja, Anzalna Nasir dikhabarkan telah bercinta dengan seorang jejaka mat salleh sebelum ini. Mari kita tengok gambar Anzalna Nasir bersama bekas kekasihnya itu.

Cara Terbaik Lepas Geram Pada Pengadil


Bengang selepas terkena kad merah. Penulis ada satu jalan penyelesaian yang paling terbaek. Itu pun kalau korang berani mati la kan...

AZZA ELITE DISAHKAN MENGANDUNG


Azza Elite Disahkan Mengandung - Selebriti wanita tanah air, Azza Elite telah disahkan hamil pagi tadi setelah mendirikan rumah tangga kira-kira empat bulan lalu bersama suami beliau, Azlan. 

“Saya tidak mengalami sebarang simptom yang teruk cuma tempoh haid saya sedikit lewat. Pada mulanya saya dan suami seperti sudah agak pada raya pertama, tapi kami ambil keputusan untuk tunggu dahulu. Hari ini baru saya berpeluang untuk melakukan pemeriksaan dan syukur alhamdulillah, saya disahkan hamil,” kata Azza.

DOWNLOAD RAYA HAFIZ RAYA


Download Raya Hafiz Raya - Terlepas menonton program raya ini, Raya Hafiz Raya??? Tidak mengapa, kami sediakan link untuk memuat turun dan menontonnya di blog kami. Jangan risau, ianya percuma sahaja.

 

Download Raya Hafiz Raya
part 1 - HULKSHARE
part 2 - HULKSHARE
or
part 1 - ZIPPYSHARE
part 2 - ZIPPYSHARE

Single link
UPLOADED.TO

ZED ZAIDI PERTIKAI ASTRO???


Kita disuapkan dengan rancangan-rancangan TV yang menarik apabila hari raya datang dari mana-mana stesen TV tidak terkecuali stesen TV berbayar Astro. Tetapi Zed Zaidi nampaknya tidak gembira dengan rancangan ulang tayang dan jumlah iklan yang semakin bertambah di Astro.

Meluahkan perasaanya menerusi Twitter, Zed Zaidi mempersoalkan ketiadaan program raya yang baru di Astro sedangkan iklan bertambah banyak dan harga caj bulanan semakin meningkat. Malah Zed Zaidi turut menyelitkan persoalan mengenai royalti artis di dalam kenyataannya.

Kami rasa setakat ini pelakon tidak dibayar royalti walaupun rancangan mereka ditayang berulangkali menerusi mana-mana stesen TV. Pelakon bukannya seperti penulis lirik, pencipta lagu atau penyanyi yang mendapat royalti setiap kali lagu mereka dikeudarakan. Apa pendapat anda tentang kata-kata Zed Zaidi tentang Astro???

Anak Pelacur Dikawinkan Beramai-ramai

on 23 August 2012


Satu majlis besar-besaran perkahwinan dan pertunangan telah diadakan di sebuah kampung di negeri Gujarat India untuk anak-anak perempuan pekerja seks di bawah pelan untuk menyelamatkan mereka daripada menjadi pekerja seks.

Acara ini dianjurkan oleh Vicharta Samuday Samarthan di Manch(VSSM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bekerjasama dengan masyarakat terpinggir nomad

Jurucakap VSSM berkata tiada siapa sebelum ini yang mahu mengahwini seorang gadis dari Vadia kerana orang-orang lelaki di kampung ini dikenali kerana membuat duit melalui kerja pelacuran wanita.Aktiviti sosial yang dianjurkan ini menelan belanja 900,000 rupee ($ 18,000) dan dikatakan bakal menamatkan perdagangan wanita di kampung Vadia.

Tujuh pasangan yang telah dikahwinkan dan 15 yang lain terlibat dalam acara pertunangan pada hari Ahad di kampung Vadia dalam daerah Banaskantha. Vadia sering dipanggil "kampung pelacur".Pengantin selalunya berumur 18 tahun ke atas.Acara pertunangan pula untuk mereka yang berumur 18 ke bawah.Setelah berkahwin, perempuan-perempuan ini tidak boleh dipaksa melacur.

Sebelum ini, gadis-gadis yang datang dari masyarakat Saraniya (gadis asal Vadia) tidak berkahwin dan bekerja sebagai pelacur di bandar-bandar yang berdekatan.

 
 
 
 

DOWNLOAD DAN TONTON KAU YANG TERINDAH (EPISOD 1 - EPISOD AKHIR)


Download Dan Tonton Kau Yang Terindah | Drama Bersiri TV3 - Anda terlepas menonton drama bersiri Kau Yang Terindah??? Tidak mengapa, penulis akan memberi link download dan menonton secara online streaming. Yang paling penting, ianya free sahaja.

Drama Kau Yang Terindah ini disiarkan pada jam 7 malam setiap Isnin hingga Khamis di TV3. Ia dibintangi oleh Hafil Andrio Putra, Neelofa, Nazim Othman dan lain-lain.

Download Kau Yang Terindah

Kau Yang Terindah Episod 01 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 02 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 03 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 04 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 05 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 06 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 07 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 08 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 09 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 10 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 11 = DOWNLOAD
Kau Yang Terindah Episod 12 =
Kau Yang Terindah Episod 13 =

Tonton Secara Online Streaming 




SHILA AMZAH SUDAH TUTUP AKAUN TWITTER


Shila Amzah Sudah Tutup Akaun Twitter - Jikalau para pembaca sumua perasan, pelakon dan penyanyi yang baru sahaja berhijrah dengan memakai tudung sudah tidak berapa aktif sejak akhir-akhir ini.

Mungkinkah ini sebagai salah satu penghijrahan Shila Amzah sepenuhnya? Ataupun ada kesilapan teknikal daripada pihak Twitter sendiri yang menganggap akaun Twitter Shila Amzah sebagai spam kerana terlalu aktif.

Kejam!!! Tradisi Kanibal Di China

Setiap tahun menjelang suatu perayaan di sebuah kampung terpencil di negara China, mereka akan melakukan pesta pemotongan daging manusia secara besar-besaran. Bagi mereka, DAGING merupakan makanan mewah yang sukar diperolehi sehinggakan mereka hanya boleh memakannya setahun sekali sahaja iaitu pada hari perayaan tersebut.

Kampung terpencil ini berada di negara China. Walaupun agak terpencil, Setiap pelancong yang ingin ke salah satu tempat pelancongan di China harus melalui kampung tersebut. Biasanya pelancong berseorangan dalam perjalanan akan menumpang tidur di rumah penduduk kampung ini.

Jika pelancong tersebut adalah wanita, mereka akan ditangkap kemudiannya diikat lalu dilarang dari keluar rumah. Wanita tersebut akan disediakan tempat tidur serta makanan. Jika wanita tersebut masih dara, penduduk kampung akan berasa lebih beruntung kerana dikatakan alat sulit wanita tersebut lebih wangi berbanding yang telah kehilangannya.

Ketika menjelang perayaan, wanita yang malang tersebut akan dikorbankan. Badannya akan dibersihkan terlebih dahulu kemudiannya dicabut seluruh bulu di badan. Badan wanita tersebut juga turut ditelanjangkan serta dikerat.

Adat di kampung ini juga tidak membenarkan mana-mana lelaki dari kampung ini berkahwin dengan wanita dari luar kampung tersebut. Wanita luar hanya dianggap makanan untuk mereka.

Wanita malang dalam gambar ini berusia 20-an. Dia dikatakan bekas artis di bandar namun sudah lebih setengah tahun tiada pekerjaan. Dia mengambil keputusan untuk bercuti buat sementara waktu dan secara tidak sengaja turut menjadi korban.

 
 
 

GAMBAR HARI RAYA ERIN MALEK

on 22 August 2012

Gambar Hari Raya Erin Malek | Artis Beraya - Pelakon yang sedang meningkat naik, Erin Malek telah berkongsi di laman sosial milik beliau gambar raya beliau. Mari kita lihat gambar Erin Malek beraya.

KISAH MENARIK IQRAM DINZLY BERHIJRAH


Kisah Menarik Iqram Dinzly Berhijrah Ke Lebih Baik - Kalau dahulu, dia berkelakuan agak nakal dan degil tetapi kini selebriti tanah air ini, Iqram Dinzly sudah mula berubah selepas dia menyertai kumpulan Fitrah bersama artis wanita yang telah berhijrah seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson.

"Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya.

"Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini.

"Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," kata Iqram Dinzly.

Dalam pada itu, Iqram mengakui dirinya masih sama tetapi berubah dari segi pencarian ilmu dalam Islam.

"Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.

"Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," jelasnya.

Sementara itu, Iqram yang menjadi sahabat baik Fouziah Ghous memberitahu mengambil cuti selama seminggu untuk beraya dan hanya membuat persiapan biasa saja.

GAMBAR AARON AZIZ SAMBUT HARI RAYA 2012

Gambar Aaron Aziz Sambut Hari Raya Aidilfitri 2012 | Gambar Artis - Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011, Aaron Aziz menyambut hari lebaran di tanah air beliau, Singapura. Mari kita tengok suasana Aaron Aziz dan keluarganya menyambut hari raya tahun ini.

 

DOWNLOAD APA CELOP RAYA


Download Apa Celop Raya | Telemovie - Sakan beraya sehingga terlepas menonton telemovie Apa Celop Raya. Tidak mengapa, anda boleh memuat turun di sini secara percuma.

Release Date: Year 2012 | Country: Malaysia| Language: Malay | Genre: Drama | Subtitle: English | Size: 450MB | Quality: SDTVRip – Jie Azz


Download Apa Celop Raya

 

 


Download Dan Tonton Vanilla Coklat Raya

on 21 August 2012


Download Dan Tonton Streaming Vanilla Coklat Raya - Anda terlepas menonton Vanilla Coklat Raya kerana sakan beraya??? Drama ini telah dipertontonkan pada hari raya pertama jam 9 malam.

Release Date: Year 2012 | Country: Malaysia | Language: Malay | Genre: Drama | Subtitle: None | Size: 450MB | Quality: SDTVRip – Jie Azz

 

Download Vanilla Coklat Raya

 

 Part 1 | Part 2 | Part 3


Single Link

Tonton Secara Streaming (Streaming)

Kuah Sate Boleh Bikin Mata Zizan Razak Bengkak


Pelakon terkenal tanah air, Zizan Raja Lawak terpaksa menelan air liur apabila melihat juadah sate yang dibuat neneknya pada setiap tahun sempena Hari Raya kerana tidak dapat menikmatinya akibat alahan.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 28, berkata, dia akan mengalami alahan pada seluruh badan manakala matanya akan bengkak setiap kali menikmati makanan itu bersama kuahnya.

"Sate adalah antara makanan kegemaran saya yang dimasak nenek setiap tahun. Tapi sekarang ini saya dah tak boleh makan kerana kuah kacangnya membuatkan saya akan mengalami alahan seluruh badan.

"Ia mampu mengganggu tekak dan mata pula akan bengkak. Pelik pula rasanya, bila dah jadi artis, tiba-tiba tak boleh nak makan kuah kacang, ngada-ngada betul saya ini," selorohnya.

Tambah Zizan, walaupun dia boleh menikmati sate tanpa kuahnya bagi menghilangkan kempunan, namun ia tidak akan berasa sedap dan seperti kekurangan sesuatu.

Baju Raya Nampak Tali Coli


Betapa hebatnya bulan Ramadhan, orang mahu tengok benda bukan-bukan pun tak jadi nak tengok. Mata segera dialihkan daripada melihat sesuatu yang haram yang boleh membangkitkan nafsu serakah yang buas. "aiiiisshhhh... aku puasa... mana boleh tengok benda-benda macam tu".

Ini menunjukkan hebatnya asuhan Ramadhan, di mana umat Nabi Muhammad SAW diasuh selama sebulan untuk menahan nafsu buas untuk mengharungi bulan-bulan seterusnya. Sebenarnya, berjaya atau tak kita mengharungi Ramadhan, kita boleh tengok lepas berakhirnya Ramadhan.

Pada pandangan aku, sebenarnya ramai yang kecundang selepas berakhirnya Ramadhan dan bermulanya bulan Syawal. Aku pun sama lah, 2 x 5. Tapi, yang paling jelas sekali adalah, kegagalan diri kita untuk meneruskan momentum Ramadhan jelas sekali terpampang bermulanya 1 Syawal.

Masa orang lain sibuk bersiap-siaga untuk solat sunat 'Idul Fitri, ada pulak manusia yang menyibukkan dirinya dengan mengenakan mekap. Bibir dimerahkan macam pungkoq babun. Minyak wangi disembur kat ketiak sampai sebaldi minyak wangi. Kepala ditogelkan macam ayam togel. Dan paling menonjol sekali adalah baju raya golongan ni.

Baju raya macam sarung nangka. Ketat sampai menampakkan pergunungan Himalaya. Segala pixel jelas kelihatan untuk tatapan umum. Dah lah ketat, baju terang-benderang sampai silau mata memandang. Paling membuatkan kaum Adam tak keruan adalah baju yang dipakai tu menampakkan tali coli. Apa motif? Ni baju raya ke baju pelacur? Maaf la. Memang kasar sungguh bahasa ni. Tapi, golongan macam ni memang penampilannya tak ubah macam pelacur. Baru je habis berpuasa dah nak goda orang laki.

Marilah kita meneruskan momentum Ramadhan. Kalau kita beribadat kerana Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan itu tetap akan pergi. Tapi kalau kita beribadat kerana Allah, Allah itu Maha Kekal lagi Maha Hidup.

SUMBER

EPL 2012/2013 : Live Streaming Everton vs Manchester United 21 Ogos 2012

on 20 August 2012

 

Live Streaming Everton vs Manchester United 21 Ogos 2012 - Anda peminat setia The Red Devils??? Mari saksikan perlawanan ini secara live streaming Liga Perdana Inggeris yang melibatkan Everton menentang Manchester United. Perlawanan ini berlangsung di laman Everton pada jam 3 pagi (waktu Malaysia).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved