Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

KISAH MENARIK IQRAM DINZLY BERHIJRAH

on 22 August 2012


Kisah Menarik Iqram Dinzly Berhijrah Ke Lebih Baik - Kalau dahulu, dia berkelakuan agak nakal dan degil tetapi kini selebriti tanah air ini, Iqram Dinzly sudah mula berubah selepas dia menyertai kumpulan Fitrah bersama artis wanita yang telah berhijrah seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson.

"Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya.

"Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini.

"Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," kata Iqram Dinzly.

Dalam pada itu, Iqram mengakui dirinya masih sama tetapi berubah dari segi pencarian ilmu dalam Islam.

"Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.

"Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," jelasnya.

Sementara itu, Iqram yang menjadi sahabat baik Fouziah Ghous memberitahu mengambil cuti selama seminggu untuk beraya dan hanya membuat persiapan biasa saja.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

alhamdulillah... hikmah ramadhan dan syawal....


23 August 2012 at 10:36
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved