Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN LIN DAN DAN ZIE XINGFANG

on 26 September 2012


GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN LIN DAN DAN ZIE XINGFANG - Pemain badminton nombor satu China dan juga pemegang pingat emas Olimpik 2012, Lin Dan baru sahaja mengahwini pasangannya, Xie Xingfang yang juga pemain badminton pada satu majlis pernikahan mereka yang sangat meriah.

Pemain badminton nombor satu negara dan Indonesia, Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat telah dijemput tetapi tidak dapat menghadirinya kerana tarikh perkahwinannya bertembung dengan kejohanan Japan Open. Dalam perkahwinan ikrar ataupun marriage vows, Lin Dan telah memegang tangan isterinya dan menjerit 'I do' di depan para tetamu. So sweet...

 
 
 
 
 
 
 

KOMEN NEELOFA MENGENAI PERCUTIANNYA DENGAN HANS ISAAC


KOMEN NEELOFA MENGENAI PERCUTIANNYA DENGAN HANS ISAAC | Gosip - Pada 24 September 2012 lalu, ada satu gosip yang menyatakan pelakon cantik, Neelofa telah pergi bercuti ke Koh Samui, Thailand bersama Hans Isaac. Namun begitu, Neelofa telah menafikan gosip tersebut.

Menurut Neelofa, Hans Isaac sudah berlepas di Koh Samui beberapa hari sebelum pemergiannya kumpulan kelab golf dia dan tiada perjumpaan berlaku antara mereka berdua.

Neelofa juga pelik apabila dikaitkan dengan percutian Hans Isaac di Koh Samui sedangkan Nazim Othman ketika itu turut berada di Phuket tetapi tiada sebarang gossip timbul.


Tambah pelakon ini lagi, semua itu terjadi secara kebetulan dan kesal apabila pemergian beliau untuk bercuti di Twitter dan dimanipulasi oleh pihak tertentu.

MASYA'ALLAH!!! REMAJA SEKARANG SUKA UPLOAD GAMBAR LOVEBITE DALAM FACEBOOK

on 25 September 2012

MASYA'ALLAH!!! REMAJA SEKARANG SUKA UPLOAD GAMBAR LOVEBITE DALAM FACEBOOK - Apa sudah jadi dengan remaja kita sekarang??? Tidak cukup dengan berbuat dosa, mereka pula dengan beraninya memuat naik gambar lovebite yang terdapat pada badan mereka ke dalam akaun facebook mereka. Ish ish ish

 

MALIQUE TOO PHAT MENINGGAL DUNIA


MALIQUE TOO PHAT MENINGGAL DUNIA | Berita Artis | Gossip - Sebaik saja dikhabarkan meninggalkan dunia, pihak Warner Music Malaysia telah bergegas ke rumah komposer, rapper dan penyanyi Malique di kediamannya di Kota Damansara, petang tadi.

Ternyata, Malique yang juga anggota kumpulan Too Phat ketika ditemui sihat walafiat di samping keluarganya. Namun, Malique sendiri khabarnya terkejut apabila mengetahui tentang berita yang kononnya mengatakan dia sudah mati, apatah lagi bila ianya telah disebarkan dengan begitu meluas sekali di dalam industri hiburan tanah air.

Bingung dengan motif serta penyebaran berita palsu tersebut, Malique serta-merta telah mengeluarkan kenyataannya sendiri berhubung hal tersebut di dalam Youtube. Berikut adalah kenyataannya:-

"thank you for your prayers but there is a slight problem. nobody is sick, nobody is dead. no cancer, no coffin. this is a fictional song written for black and monkey bone records. everyone involved in the production of this song is pretty much healthy and living happily. stop being over emotional and stop the negative rumors, this is just a song. just enjoy it. cheers, qarma musiq".

Kenyataan tersebut telah disiarkan di dalam youtube lagu Teman Pengganti yang menggandingkan Malique dengan Black. Malique yang masih lagi memegang status sebagai artis distribution untuk syarikat rakaman Warner Music Malaysia banyak menghasilkan lagu gandingan bersama beberapa penyanyi rakaman tanah air. Antarany ialah Dato M Nasir, Jamal Abdillah, Black, Najwa Mahidin dan Amanda Imani.


GAMBAR LIYANA JASMAY DAN FATHUDDIN DATING DI NEW YORK

GAMBAR LIYANA JASMAY DAN FATHUDDIN DATING DI NEW YORK | Gambar Artis - Selebriti sensasi tanah air, Liyana Jasmay sangat teruja apabila mengetahui kekasihnya, Fathuddin sanggup turun ke New York untuk menemanimya. Tanpa melengahkan masa, Liyana Jasmay terus mengajak buah hatinya itu ber'dating'.

"Oh my gosh! Guess who is walking on the streets of new york? Hehe... My love is in New York City," ujar Liyana Jasmay secara berseloroh.

  
 
 
 
 

DOWNLOAD DAN TONTON 29 FEBRUARI


DOWNLOAD DAN TONTON 29 FEBRUARI - Anda tidak mempunyai kelapangan untuk menonton filem terbitan KRU Studios, 29 Februari ataupun tidak cukup wang untuk ke pawagam??? Tidak mengapa, kami ada sediakan link download dan menonton secara streaming.

 

LINK DOWNLOAD 29 FEBRUARI

 

Single Link

Single Link 

BERAT BADAN LISA SURIHANI NAIK 4KG, HAMIL???


BERAT BADAN LISA SURIHANI NAIK 4KG, HAMIL??? - Penampilan pelakon sensasi tanah air, Lisa Surihani sejak akhir akhir ini yang melibatkan peningkatan berat badan mula menimbulkan tanda tanya.

Lisa Surihani mengakui yang berat badannya naik sebanyak 4kg dan ini menimbulkan minat beliau untuk mencuba amalan diet Dukan.

Diet Dukan yang diasaskan Pierre Dukan ini menjadi pilihan ramai wanita Perancis dan juga isteri kepada Putera William, Kate Middleton sebagai cara pemakanan sihat.

“Perubahan ini tiada kena-mengena dengan dakwaan kononnya saya sedang mengandung dan mahu merahsiakannya. Mungkin saya bahagia dengan kehidupan sekarang”


“Kalau saya mengandung pada masa akan datang, saya tidak akan buka cerita dulu melainkan apabila tiba masa yang sesuai untuk berkongsi,” tambah Lisa Surihani.

GEMPAR!!! GAMBAR PELAKON LUCAH, MARIA OZAWA PADA BUKU SEKOLAH

on 24 September 2012


GEMPAR!!! GAMBAR PELAKON LUCAH, MARIA OZAWA PADA BUKU SEKOLAH - Pihak berkuasa Indonesia melakukan siasatan bagaimana gambar pelakon lucah Jepun, Maria Ozawa ataupun lebih dikenali sebagai Miyabi boleh ada pada buku latihan pelajar sekolah di negara tersebut.

Buku latihan bahasa Inggeris pelajar tahun tiga di sebuah sekolah agama di Jawa Timur mengandungi gambar Ozawa yang lengkap berpakaian dan pelajar diminta menerangkan siapa wanita terbabit.

"Sudah tentu pelajar akan melayari Internet untuk mengetahui siapa Ozawa dan perkara itu boleh merosakkan akhlak mereka," kata jurucakap Menteri Pendidikan dan Kebudayaan.

GAMBAR COMEL FASHA SANDHA KETIKA KECIL


GAMBAR COMEL FASHA SANDHA KETIKA KECIL | Gambar Artis - Pelakon popular tanah air, Fasha Sandha kerap memuat naik gambarnya ketika kecil semenjak beliau mengandung baru-baru ini. Penulis fikir mungkin Fasha mengharapkan anaknya nanti comel sepertinya. Ahaha

 
 

GAMBAR ANAK ZIELA JALIL YANG SANGAT COMEL


GAMBAR ANAK ZIELA JALIL YANG SANGAT COMEL | Gambar Artis - Artis tanah air yang sudah lama menyepi daripada bidang lakonan, Ziela Jalil mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Ibrahim Junid. Anaknya itu telah dilahirkan pada tanggal 8 Disember 2011. Anaknya kini menjalani kehidupan yang sangat gembira di samping ibunya.

 
 
 

NEELOFA DAN HANS ISAAC BERCUTI SAMA-SAMA DI THAILAND


NEELOFA DAN HANS ISAAC BERCUTI SAMA-SAMA DI THAILAND | Gosip - Semalam, tidak berapa lama selepas Neelofa menulis di Twitter mengatakan yang beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang, kami menerima tips tentang destinasi beliau.

Akaun Twitter dengan nama Kepak Merah mengatakan yang menurut sumber sahih, Neelofa terbang ke Koh Samui, Thailand untuk bercuti bersama Hans Isaac.

Mengetahui identiti sebenar di sebalik Kepak Merah, gosip yang beliau sampaikan ini ada kebarangkalian benar — selain Hans Isaac sahkan yang beliau berada di Koh Samui.

Tulisan terakhir Neelofa semalam adalah sekitar 1.46 petang yang secara kebetulan selari dengan masa penerbangan dari lapangan terbang ke lokasi percutian popular itu. Adakah ianya sekadar kebetulan atau ehem-ehem???






GAMBAR MAYA KARIN KETIKA DI FORMULA ONE DI SINGAPORE

 
GAMBAR MAYA KARIN KETIKA DI FORMULA ONE DI SINGAPORE | Gambar Artis - Selebriti popular tanah air, Maya Karin telah berlepas ke Singapore bagi menyaksikan Formula One di Singapore hujung minggu lepas.

Aktres berusia 32 tahun ini telah memuat naik gambarnya di sana ke dalam akaun Twitter miliknya buat tatapan peminatnya.

MUFTI SARAN VANIDAH IMRAN DAN RASHIDI ISHAK RUJUK PEJABAT AGAMA


MUFTI SARAN VANIDAH IMRAN DAN RASHIDI ISHAK RUJUK PEJABAT AGAMA -
Pasangan suami isteri dan juga pelakon popular tanah air Rashidi Ishak dan Vanidah Imran disaran mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya segera merujuk kepada Jabatan Agama Islam berikutan dialog dalam filem Untuk Tiga Hari.

Beliau turut berkata yang lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi Ishak sewaktu melakonkan watak Zafrin menyebabkan status perkahwinan mereka sejak tahun 2000 sah di sisi agama dan mereka boleh disahkan telah bercerai berai di alam sebenar..

“Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera,” ujar Tan Sri Harussani Zakaria.

WOW!!! MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULTAN BRUNEI BERNILAI RM 60 JUTA

on 23 September 2012

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULTAN BRUNEI YANG BERNILAI RM 60 JUTA - Jumaat lalu, Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, pada Jumaat lalu.

 Majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dihadiri hampir 2,000 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi antarabangsa.

Di sebalik sambutan perkahwinan yang gemilang dan meriah itu, perkahwinan diraja itu dicatatkan sebagai perkahwinan yang paling mahal setakat ini. Menurut laman Yahoo! News Malaysia, perancang perkahwinan kerabat diraja Brunei, Maya Kalman, pengasas Swank Productions di New York mengesahkan yang jumlah perbelanjaan mencecah sehingga RM 60 juta.

“Purata untuk perkahwinan mewah seperti ini menelan belanja sebanyak USD 1000 bagi setiap tetamu. Jadi, anggaran saya jumlah perbelanjaan perkahwinan ini sebanyak USD 15 hingga USD 20 juta,” kata Kalman.

Malah, Kalman menambah, jumlah itu hanyalah untuk sambutan majlis persandingan kedua-dua pengantin pada hari ini sahaja. Ia masih lagi tidak ditambah dengan kos tambahan lain untuk sambutan perkahwinan yang berlangsung selama seminggu ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved