Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

BEDAH PERUT KELUAR SUDU

on 12 November 2012


BEDAH PERUT KELUAR SUDU - Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.

Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.

Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.

“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

Seram . Hohohooo


12 November 2012 at 13:07
Nana Hashim said...

garu tekak pakai sudu...adoilaa..mcm2...


12 November 2012 at 13:45
Unknown said...

tekak gatal pakai sudu garu..... hu3.... alooo apek...... nasib baik boleh kuar? he3


12 November 2012 at 15:32
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved