Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

JANTINA DAN NAMA ANAK IRMA HASMIE & REZA SYAH

on 30 November 2012


JANTINA DAN NAMA ANAK IRMA HASMIE & REZA SYAH - Meskipun belum lagi mengetahui jantina bagi bayi yang dikandungnya, namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie yang kini hamil 5 bulan memberitahu dia kini dalam proses memilih beberapa nama yang baik untuk bakal cahaya mata sulungnya itu.

"Masih awal lagi untuk kami tahu jantina bayi dan dijangka pada bulan ke-7 atau 8 nanti, baru kami berpeluang mengetahuinya. Buat masa sekarang, kami hanya ke klinik untuk scan melihat pembesaran dan kesihatan bayi sahaja.

"Mengenai nama bayi, saya dan suami kini dalam proses mencari dan memilih beberapa nama untuk bayi kami. InsyaAllah, kami akan cuba mencari nama-nama yang baik untuk bakal cahaya mata kami nanti," katanya Yang ditemani suami, Redza Shah ketika acara Kutipan Tabung Aman Palestin Siri 2, dilakukan di Jalan Masjid India semalam.

"Sememangnya, saya sangat teruja untuk menanti kelahiran bayi kami dan saya terima sahaja apa pun jantinanya nanti, asalkan dia dilahirkan dalam keadaan yang selamat dan sihat," luah suami Irma Hasmie, Reza Syah.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

kalau dah retis.... nama anak pun jadi bahan cerita....


30 November 2012 at 15:45
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved