Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SELANGOR BERI TEMPOH 14 HARI TANGGALKAN KAMERA AES

on 12 November 2012


SELANGOR BERI TEMPOH 14 HARI TANGGALKAN KAMERA AES - Kerajaan negeri Selangor memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu bermula hari ini.

Anggota exco, Ronnie Liu berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.

Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.

Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

wah....macam tu pun boleh......


12 November 2012 at 16:47
Diari Si Froggie said...

haha.. macam2 banyak kemalangan pun salah, ada sistem pun salah..


13 November 2012 at 11:59
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved