Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SINGAPURA BERI BONUS TINGGI LAHIR ANAK

on 22 January 2013


SINGAPORE BERI BONUS TINGGI LAHIR ANAK - Ibu bapa yang melahirkan anak di republik ini tidak lama lagi akan mendapat ganjaran lumayan daripada kerajaan berikutan langkah memperbesarkan keluarga yang didedahkan semalam.

Mereka yang melahirkan bayi warga Singapura pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu akan mendapat bonus wang tunai SG$6,000 (RM14,804), meningkat daripada $4,000 (RM9,870) sebelum ini. Syarat ini tertakluk untuk anak pertama dan kedua. Untuk anak ketiga dan keempat, hadiah wang tunai meningkat kepada $8,000 (RM19,741) daripada $6,000 (RM14,804).

Wang tunai itu diberikan secepat mungkin menerusi tiga kali pembayaran dalam setahun berbanding empat pembayaran dalam tempoh 18 bulan sebelum ini.

Bayi rakyat tempatan dilahirkan pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu juga akan mendapat akaun Medisave dengan ganjaran $3,000 (RM7,403).

Separuh bayaran pertama akan dibayar apabila bayi itu didaftarkan kelahirannya dan bakinya akan dibayar pada tahun berikutnya dengan syarat bayi itu mendaftar dengan MediShield. Di bawah pakej yang diperbaiki itu, kerajaan akan turut melanjutkan peruntukan MediShield meliputi kacacatan baru yang didiagnosis dan keadaan kelahiran tidak cukup matang. Ia berkuat kuasa mulai 1 Mac depan.
Ranking: 5

{ 0 ong gedek gedek... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved