Dalam sebuah kampung, ada sorang budak bernama Bakar Bin Suruh. pada satu hari ayahnya meminta si bakar pergi ke pekan untuk membeli gula. Lalu,bakar pun pergi...
Dalam perjalanan, tiba-tiba si Bakar terlihat rumah terbakar. Dia pun nak menyibuk tengok kejadian itu dan tiba-tiba seorg polis bertanya kepada orang ramai yang berada di sana...
Polis: siapa yang bakar ni?
Bakar: saya(dgn selamba, dia menjawab)
Polis: siapa yang suruh?
Bakar: bapa saya.
Dgn tdk semena-mena Bakar dan ayahnya ditangkap lalu masuk lokap. ahaha
p/s: kesimpulannya, jangan letak nama anak yang melambangkan situasi kalau tak mahu perkara ini terjadi. peace!!!
Assalamualaikum... rasenya da lama miera tak online blog ni, ini sume gara-gara line broadband yang sudah limit + bz melayan kerenah makcik + demam. btw, miera masih demam lagi ni tapi baru je sentap ABC beberapa minit sebelum entry ini ditulis. :p
ok2, merujuk tajuk di atas ==> miera nak say HI!!! kepada sume blogger yang sudah ataupun belum kenal miera.
Untuk kesihatan jantung
Pelukan akan meningkatkan hormon oxytocin (hormon kesihatan jantung) dan mengurangkan hormon kortisol (hormon yang menyebabkan stress dan meningkatkan tekanan darah)
Memperlahankan kadar degupan jantung
Seseorang akan berasa lebih tenang apabila menerima pelukan. Kajian juga menunujukkan bahawa kadar degupan jantung seseorang adalah lebih perlahan berbanding daripada orang yang tidak berpelukan walaupun didalam situasi yang normal.
Meningkatkan rangsangan sistem saraf
Professional seperti pakar psikologi menggunakan pelukan sebagai salah satu cara untuk memberi kekuatan terhadap pesakit mereka.
Menghilangkan sifat negatif
Dengan pelukan, sifat negatif seseorang seperti ketakutan, kesunyian, kekurangan keyakinan diri dan sebagainya dapat dihilangkan.
Meningkatkan keserasian
Hasil daripada kajian pakar menunjukkan bahawa dengan pelukan, akan meningkatkan lagi keserasian antara pemeluk dengan orang yang dipeluk secara automatik. Hubungan komunikasi akan menjadi lebih baik.
p/s : peluk dgn adik beradik, ibu bapa dibolehkan taw. suami isteri pun xpe. tapi tunang sendiri tak boleh ni kan pula pakwe makwe.harom..hehehe
Malam tu Mila baru sahaja pulang dari pasar malam. Setelah sampai Mila terus pergi kepada ibu dan abangnya yang sedang berehat. Lalu terjadi la perbualan antara tiga beranak itu.
Mila : Mak, Mila nak tanya sikit boleh tak..? (Sambil memandang tepat ke arah mata ibunya itu)
Mak : Hmm boleh...
Mila : Mak.. Boleh tak cerita pasal ayah kami? Mila nak tahu jugak siapa ayah kami.?
Abang : Ha ah, abang pun nak tahu jugak. Mak cerita la siapa ayah kami...
Mak : Eh.. apa yang korang cakap ni? Mak tak faham la.. Kamu berdua pergi tidur.. dah lewat ni..
Mila : Mak boleh tak jangan ubah topik? Kami serius ni...
Abang : Ya mak tolong la cerita betul-betul kat kami ni...
Mak : Ok baik lah..Sebenarnya kamu berdua bukan adik beradik sebapa.. Mila ayah lain, abang pulak ayah yang lain..
Abang : Ok kami tak kisah pasal tu... tapi mana diorang pergi mak?
Mak : Mak sebenarnya telah berzina dengan bapa-bapa kamu tu.. dan keluar lah kamu berdua. Hahaha (sambil ketawa)
Mila & Abang : Apa!? Jadi kami ni anak luar nikah la ya? Sampai hati mak buat kami macam ni. Mak ni ahli neraka!... Kami benci mak!Benci, benci!...
Mak : Kamu berdua jangan cakap banyak pulak! Kang mak hempuk kepala kamu berdua baru tau.! Kita ni kan KUCING!... Esok kamu berdua dah besar, kamu buat jugak benda ni....B0doh!