Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Pengorbanan Cinta

on 15 January 2012

Seorang pakwe dan makwe tengah naik motor pada kelajuan 100km/j.


P : Slow la sikit . Takut lah !
L : Tak . Best apa !
P : No . It's not . It's scary me .
L : okey . Tak apa . Bagitahu dulu you love me .
P : Fine , i love you . Slow down .
L : Now , give me big hug . * girl hugs him *
L : Tolong buka helmet abang lepas itu , sayang pakai . Rimaslah .

Esok hari paper melaporkan sebuah kemalangan yang melibatkan seorang maut . manakala seorang lagi selamat . dipercayai berpunca daripada kegagalan fungsi brek . the true is , lelaki tadi sedar brek dia rosak masa tengah jalan . tapi , dia tak sampai hati nak bagitahu awek dia . dia suruh awek dia ckp ' i love you ' n suruh peluk dia buat kali terakhir . Dan dia suruh pakai helmet dia nak awek dia selamat . kenapa ? sebab dia tahu dia akan mati.


p/s: jum minum milo kawan-kawanku!!!

Ciri-ciri hantaran RM10,000

on 14 January 2012

Ciri-ciri wanita hantaran RM10,000 dari pandangan seorang ustaz yang tengah meletop masa kini, Ustaz Azhar Idrus:

1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Tidak pernah kapel
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit


p/s: Majoriti perempuan zaman sekarang pernah couple. Jadi, pandai-pandailah kurangkan wang hantaran tu ye. Hehehe.

Kesinambungan Azan Di Seluruh Dunia

on 13 January 2012

Dunia ini mempunyai perbezaan waktu antara satu tempat dengan tempat yang lainnya. Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawasanya Allah sahaja yang patut disembah, dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya’

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
 

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus. Seiring dengan pergantian siang dan malam. InsyaAllah gema Azan akan selalu mengawal dunia ini sampai akhir zaman.. 


p/s: Marilah menuju kejayaan

Jum Belajar English

on 12 January 2012

Suami: Ayang, abang nak kahwin lain boleh?
Isteri: Boleh, tapi syaratnya kena belajar grammar English dulu.
Suami: Errr... Aaaa, Ok2.
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural", kan?
Suami : Betul...
Isteri : One car sebagai singular, two cars pula sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural tu kan?
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang..
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan? ada faham??? :)



p/s: Say No To Poligamy!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved