Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Kesinambungan Azan Di Seluruh Dunia

on 13 January 2012

Dunia ini mempunyai perbezaan waktu antara satu tempat dengan tempat yang lainnya. Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawasanya Allah sahaja yang patut disembah, dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya’

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
 

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus. Seiring dengan pergantian siang dan malam. InsyaAllah gema Azan akan selalu mengawal dunia ini sampai akhir zaman.. 


p/s: Marilah menuju kejayaan
Ranking: 5

{ 16 ong gedek gedek... read them below or add one }

Classified ! said...

ouh..dah taw..dah u tube dlu..
kuasa Allah yg sgt hebat.


13 January 2012 at 00:25
Mohd Firdaus said...

marilah menuju kejayaan..jom study..


13 January 2012 at 00:26
The Fakhirin said...

marilah sentiasa ingat mengingati


13 January 2012 at 00:31
ShahzCudin said...

Allah sebaik2 perancang


13 January 2012 at 00:35
Unknown said...

just because.SubhanaAllah. Maha Suci Allah. Allahuakbar!


13 January 2012 at 00:37
naiemah_ramli said...

SubhanAllah..hebat kuasanya =)


13 January 2012 at 01:35
Unknown said...

Islam itu Sangat Indah....


13 January 2012 at 08:14
Unknown said...

24 jam tanpa henti..Subhanallah


13 January 2012 at 09:50
ika said...

subhanallah...:) kuasa Allah maha agung...


13 January 2012 at 13:14
Muhamad Rozaide said...

Azam memang tak putus2 kn . Kecauli , bila sampai di Israel . Mungkin di Palestin ada lerr . :)


13 January 2012 at 15:44
Cik tikah said...

memang suka dgr azan :)


13 January 2012 at 17:10
laureweng said...

agung nya... ya allah...
=')


13 January 2012 at 17:32
Unknown said...

Subhanaallah, eyfa baru tahu pasal ni. Hebat sungguh kuasa Allah =) thanks for sharing.


13 January 2012 at 22:18
Nurul said...

SUBHANALLAH. nice one :)


13 January 2012 at 22:49
emylase. said...

betul..dh pernah dgar pasal ni.. :)


13 January 2012 at 23:22
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved