Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Astagfirullah...Al-Quran dibuang?

on 30 January 2012

Assalamualaikum... Al-Quran dibuang dengan begitu sahaja??? mari kita baca dan jadikan iktibar untuk umat Islam sekalian


JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.

p/s: kenapa sampai tergamak melakukan perbuatan ini. Astagfirullah Alazim...

Aizat Dirompak Ketika Malam Anugerah Juara Lagu (AJL)

Salam sejahtera... mesti kebanyakan daripada pembaca-pembaca sekalian tengok Anugerah Juara Lagu (AJL) malam semalam (ketika artikel ini ditulis) kan. AJL telah berlangsung dengan sangat gilang gemilang  dan semua persembahan mantap belaka. tetapi, bukan itu yang miera tulis di sini. teruskan membaca ya!

ada satu berita kurang menyenangkan yang berlaku ketika pertandingan itu berlangsung yang miera ingin ceritakan. Sedang semua kelam kabut merayakan kemenangan Hafiz pada malam AJL, sahabatnya pula dirompak. Aizat yang menyanyikan lagu Sungai Lui, telah pun dirompak. Berikut adalah tweet yang telah dibuat oleh Aizat.


p/s: nampaknya bahang AJL akan terus hangat jika entry ini bukan khabar angin.

Akhirnya, Man Utd Tumbang

on 29 January 2012

Salam sejahtera... hari ini miera ingin bercerita mengenai perlawanan Piala FA English pada malam semalam. Nampaknya, semalam ada satu satu pasukan besar dalam liga utama England tersadong dan ianya adalah Manchester United ( Man Utd). Mereka telah tewas kepada skuad Liverpool 2-1.

Dengan kemenangan ini, mungkin pasukan Liverpool telah berjaya mengembalikan moral pasukan mereka yang telah 'hilang' dek kerana kekalahan yang berturut-turut sebelum ini. Tetapi, perkara sebaliknya berlaku pada Man Utd. Mesti lepas ini Man Utd dah tak boleh fokus kan, kalah memanjang jela <-- yuhuuu!!!!

Walau macam mana pun, miera tersangat gembira dengan berita ini kerana benci dengan sikap peminat mereka yang fanatik itu. rasa macam dunia ini ana yang punya. 

BOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!


p/s: gantung but jela Giggs, kau tu da tua sangat. lalala

Panas!!! Gambar Lisa Surihani Bercium

on 28 January 2012

Salam sejahtera kawan-kawanku... korang semua mesti kenal dengan pelakon jelita nan ayu, Lisa Surihani kan. miera ada sekeping gambar yang kurang sopan mengenai pelakon ini. miera malas mahu taip panjang-panjang, korang boleh bukak di pautan di bawah ya, line internet miera sekarang ini tersekat-sekat je.


p/s: apa pandangan korang??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved