Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Harga Roadtax Buggati Veyron Di Malaysia

on 13 February 2012

Salam sejatera... kepada peminat kereta sukan (sport car) pastinya kenal dengan nama Bugatti Veyron yang sememangnya mempunyai kelas tersendiri. dengan kualitinya yang sememangnya sangat mengagumkan, tidak hairanlah harganya pun mencecah jutaan ringgit dan ada seorang kawan miera kata, harga Bugatti Veyron ini mencecah sehingga RM12 juta.

Dan di Malaysia,dilaporkan hanya ada 3 buah Buggati Veyron iaitu yang pertama milik Sultan Johor, kedua (gambar) milik Mukhzani Mahathir (anak sulung Tun Dr Mahathir) dan yang ketiga milik seorang perempuan di Kelantan? agak-agak siapa perempuan ni? huhu


Tahukah anda berapa jumlah harga roadtax sebuah kereta ini di Malaysia?
Ia berjumlah RM24,598.50 setahun dan itu belum termasuk insuran kereta lagi. tak termampu miera nak mahu membayarnya. kerja pun terumbang-ambing lagi. hoho


p/s: mampu tengok jela kereta-kereta macam ini. hoho

(Gambar) Birthday Party Neelofa yang ke 23

Salam sejahtera... Pada malam 11 Februari 2012 lepas, satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran (birthday party) Neelofa yang ke 23 telah diadakan di Bora Asmara, Jalan Penchala. Ramai yang hadir ke majlis tersebut, termasuk keluarga Neleofa, rakan-rakan, selebriti dan para peminat Neelofa yang dipanggil Lofers yang turut menganjurkan majlis ini. Antara selebriti yang hadir ialah Awal Ashaari (pengacara majlis), Ana Raffali, Zain Saidin dan Iqram Dinzly.
 

p/s: birthday party miera tak pernah semeriah ini. hoho

(Gambar Dan Video) Gempar! 43 Sejadah Berdiri Di Maran, Pahang

Salam sejahtera... Lebih 43 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama. Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi tersebut menggemparkan penduduk setempat itu, disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.
43 sejadah berdiri ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud. Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi. Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.


Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.

p/s: hanya Allah yang Maha mengetahui. nak percaya pun payah, tak nak percaya pun payah...

Cincin Tersekat Di Kemaluan Lelaki

Salam sejahtera... Seorang lelaki di China terpaksa mendapatkan rawatan di hospital apabila cincin miliknya tersekat di kemaluannya (penis). Lelaki cina itu dirujuk ke hospital dalam keadaan dua cincin emas miliknya tersangkut pada zakar.

Keadaan itu berpunca daripada kebimbangan lelaki itu kerana takut dua cincin emas miliknya dicuri dalam perjalanan pulang dari sambutan Tahun Baru Cina. Dia cuba menyembunyikan cincin di jarinya dengan menyarungkannya pada zakar kerana merasa ia adalah tempat simpanan paling selamat.

Ketika dia sampai di Changde wilayah di Hunan, dia cuba untuk membuka cincin itu dari zakarnya tetapi gagal. Dia kemudian meminta bantuan daripada orang ramai, yang kemudiannya memanggil bomba. Anggota bomba kemudian merujuk lelaki itu ke hospital di mana doktor berjaya mengeluarkan cincin itu dari zakarnya dengan memotong cincin itu menggunakan plier sejam kemudian.

p/s: adakah beliau akan mandul??? ahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved