Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Budak 3 tahun IQ Setaraf Dengan Bill Gates

on 14 February 2012

Salam sejahtera... Mungkin ini fenomena biasa di abad ini tetapi kadangkala tidak terjangkau difikiran kita bahawa kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun sudah memiliki tahap IQ yang luar biasa. Cerita terbaru berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun Karina Oakley, yang memiliki kebijaksanaan luar biasa dengan tahap IQ 160. Bahkan, tahap IQ kanak-kanak ini dikatakan setanding dengan seorang saintis cacat saraf terkenal, Stephen Hawking dan jutawan firma gergasi komputer dunia Microsoft, Bill Gates.

Menyedari kebolehan itu, ibu Karina, Charlotte Fraser mengambil keputusan membawanya berjumpa pakar psikologi pendidikan, Prof. Joan Freeman untuk diuji tahap IQ selepas menonton rancangan televisyen mengenai budak genius.

"Karina nyata seorang yang bijak dan mampu bercakap dengan baik selain cepat memahami apa yang diajarkan," jelas Freeman. Katrina juga mengambil ujian IQ selama 45 minit.

Dia diarah menghabiskan cabaran dalam bentuk ingatan dan kebolehan lisan mengendalikan pensil, nombor serta bentuk. Karina nyata ada kebolehan dengan perkataan imaginasi yang tinggi selain penyayang, bertanggungjawab serta peramah.


p/s: kalau di Malaysia, kita ada Adiputra yang terlalu genius dalam matematik.

Gambar Bogel Jennifer Lopez Duta 'Glowing'

Salam sejahtera... cerita panas terbaru dari Hollywood melaporkan bahawa Jennifer Lopez ataupun JLo telah bergambar bogel untuk iklan terbaru minyak wangi jenama ‘Glowing’!

JLo yang juga salah seorang juri American Idol ini dengan beraninya berbogel tanpa seurat benang pun namun tangan dan kakinya menutup bahagian tertentu. Gambar ini telah mencetuskan provokasi di kalangan peminatnya namun ia tidak diendahkan oleh Jennifer Lopez. Di kala usia sudah mencecah 42 tahun, pasti ramai yang cemburu melihat kecantikan bentuk tubuh JLo kan???
p/s: tak reti malu betul...

(Gambar) Harga Roadtax Buggati Veyron Di Malaysia

on 13 February 2012

Salam sejatera... kepada peminat kereta sukan (sport car) pastinya kenal dengan nama Bugatti Veyron yang sememangnya mempunyai kelas tersendiri. dengan kualitinya yang sememangnya sangat mengagumkan, tidak hairanlah harganya pun mencecah jutaan ringgit dan ada seorang kawan miera kata, harga Bugatti Veyron ini mencecah sehingga RM12 juta.

Dan di Malaysia,dilaporkan hanya ada 3 buah Buggati Veyron iaitu yang pertama milik Sultan Johor, kedua (gambar) milik Mukhzani Mahathir (anak sulung Tun Dr Mahathir) dan yang ketiga milik seorang perempuan di Kelantan? agak-agak siapa perempuan ni? huhu


Tahukah anda berapa jumlah harga roadtax sebuah kereta ini di Malaysia?
Ia berjumlah RM24,598.50 setahun dan itu belum termasuk insuran kereta lagi. tak termampu miera nak mahu membayarnya. kerja pun terumbang-ambing lagi. hoho


p/s: mampu tengok jela kereta-kereta macam ini. hoho

(Gambar) Birthday Party Neelofa yang ke 23

Salam sejahtera... Pada malam 11 Februari 2012 lepas, satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran (birthday party) Neelofa yang ke 23 telah diadakan di Bora Asmara, Jalan Penchala. Ramai yang hadir ke majlis tersebut, termasuk keluarga Neleofa, rakan-rakan, selebriti dan para peminat Neelofa yang dipanggil Lofers yang turut menganjurkan majlis ini. Antara selebriti yang hadir ialah Awal Ashaari (pengacara majlis), Ana Raffali, Zain Saidin dan Iqram Dinzly.
 

p/s: birthday party miera tak pernah semeriah ini. hoho
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved