Pengacara Propaganza, Awal Ashaari telah membuat kejutan paling romantik dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri secara langsung (live) dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi (25 Mac 2012).
Ketika Scha Al Yahya dilamar, Awal Ashaari menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia. Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.
Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.