Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gempar!!! Adik Kate Middleton, Pippa Middleton Cari Pasal

on 17 April 2012

Adik ipar Putera William, Pippa Middleton telah mengemparkan England dan Eropah apabila gambarnya sedang bersiar-siar bersama tiga teman lelaki di dalam sebuah kereta yang mana salah seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah jurugambar, telah disiarkan oleh akhbar The Sun UK pada Isnin.

Perbuatan mereka itu bukan sahaja dianggap sebagai 'bodoh' dan menyalahi undang-undang malah tidak sensitif dengan situasi di mana Perancis baru-baru ini dikejutkan dengan tindakan pengganas membunuh tiga murid dan empat guru di sebuah sekolah yahudi di Toulouse, selatan negara itu.

Pippa dan teman-temannya kini berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Perancis.

“Menunjuk-nunjuk senjata di tempat awam bukan sahaja suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang tetapi juga suatu perbuatan yang tersangat bodoh,” demikian kata seorang pakar perundangan di Perancis kepada akhbar berkenaan.

Pippa dan ketiga-tiga lelaki itu dilihat menaiki sebuah kereta Audi berhud di tengah-tengah bandar ini.

Ketika mereka sedang diekori oleh seorang jurugambar, tiba-tiba pemandu kereta itu mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah jurugambar tersebut. Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya menunjuk-nunjukkan senjata tersebut di udara dan kemudian sekali lagi mengacukannya ke arah jurugambar berkenaan.

Pippa, 27, adik kepada isteri Putera William Kate, 30, dengan jelas duduk di tempat duduk hadapan kereta itu.

Menurut akhbar The Sun lagi, sekiranya benar Pippa turut terlibat bersubahat dengan perbuatan mengacu senjata di tempat awam itu, dia akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Undang-undang Perancis memperuntukkan tindakan penjara sehingga tujuh tahun ke atas sesiapa yang terlibat mengeluarkan senjata di tempat awam tanpa kebenaran.

Malah seandainya senjata itu palsu sekali pun, mereka yang bertanggungjawab menayangkannya untuk tujuan menakut-nakutkan orang ramai di tempat awam, boleh disabitkan hukuman penjara selama dua tahun.

Sementara itu, Pengarang Hal Ehwal Diraja akhbar The Sun, Duncan Larcombe berkata, penglibatan Pippa dalam insiden yang tidak sepatutnya itu akan mengejutkan pihak istana.

 

SUMBER

Komen Kantoi pasal Bersamamu TV3

Salam sejahtera... mungkin ramai antara pembaca-pembaca pernah tengok Bersamamu di TV3. di sini, aku ingin kongsikan satu printscreen kantoi mengenai Bersamamu itu yang aku dapat semasa on9 facebook pagi ini. Jom terjah...


ingin tengok lagi printscreen kantoi mengenai TV3, klik sini

SubhanAllah! Pokok Ditemui Dalam Paru-Paru

on 16 April 2012

Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

“Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain. Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula,” kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.
Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

“Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya,” kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.
Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.
Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.


ingin tengok lagi keajaiban Ilahi pada badan manusia, klik sini
SUMBER

Panas!!! Ikhwan Hot FM Berpeluk Dengan Perempuan Seksi Dalam Disko

Gambar ini didakwa gambar Ikhwan Hot FM sedang bersosial di 9MM, The Zon Johor Bahru. Difahamkan, ia dirakam secara curi oleh seorang pengunjung yang sedang meraikan hari jadi rakannya di situ.

Dalam hal ini, mungkin Ikhwan secara kebetulan berada di tempat tersebut atas urusan peribadi atau mahu bertemu rakan. Namun dalam dunia hiburan, pelbagai spekulasi boleh timbul tambah-tambah apabila Ikhwan berdamping dengan wanita berbaju 'tembus'.


ingin tengok lagi gambar artis bersosial di disko, klik sini
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved