Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Blog Anwar Ibrahim Digodam, Papar 'Mesej' Minta Maaf Pada Najib Razak

on 18 August 2012


Terkejut juga apabila banyak blog dari anti-pembangkang (Anti-Pakatan Rakyat) memuat naik cerita ini. Ketua  Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membuat satu perutusan khas sempena Aidilfitri 2012 memohon maaf kepada Dato' Seri Najib Tun Razak menerusi laman blog miliknya (http://anwaribrahimblog.com). Mari kita tengok gambar di bawah.



Adakah Dato' Seri Anwar Ibrahim benar-benar telah membuat satu perutusan khas sempena Aidilfitri 2012 memohon maaf kepada Dato' Seri Najib Tun Razak? Pelik bin ajaib, apabila seorang ketua pembangkang yang dengan lantang menentang urus tadbir oleh kerajaan, secara tiba-tiba membuat pengakuan ini.

Ianya berlaku sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim menamatkan sessi borak di Google Hangout. Beberapa jam selepas itu, satu entri terbaru telah dikeluarkan di blog Dato' Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan perkara yang berlaku.

Begitulah mainan politik Malaysia. Sana-sini bermacam cara dilakukan untuk menjatuhkan pihak lawan. Kita sebagai rakyat dan juga pengundi harus bijak memilih parti mana yang layak memerintah negara.
Ranking: 5

{ 0 ong gedek gedek... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved