Awal bulan lalu kecoh kononnya pelakon cantik dan jelita, Diana Danielle lari dari rumah selepas bergaduh dengan ibunya, Norsiah Ramli gara-gara tidak merestui perhubungan cintanya dengan aktor, Farid Kamil. Ekoran dari kontroversi tersebut, Diana telah tampil memberi penjelasan kononnya cerita itu tidak benar dan mengakui hubungan beliau dengan ibunya masih baik dan tidak mempunyai masalah seperti yang digembar-gemburkan.
Menurut sumber, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson ini pada majlis Malam Gala Tayangan Media Filem ‘Jiwa Taiko’, malam tadi dan pelakon filem Magika ini memberitahu tidak kisah dengan kontroversi yang timbul dan menganggap ia sebagai lumrah dunia artis.
“Sebelum ini ramai yang tanya mengenai isu ini dan di sini saya nak tegaskan yang saya tak pernah lari dari rumah, tak pernah gaduh dengan ibu saya ataupun lari berhari-hari meninggalkan keluarga tanpa khabar berita. Saya tak sekejam macam itu.
“Saya juga tak gaduh dengan ibu saya pasal Farid kerana tak ada isu pun kami nak bergaduh pasal hal itu sebab beliau tidak kisah dengan perhubungan kami dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Mungkin ramai yang bertanggapan kami bergaduh sebab dah lama tak nampak ibu saya ikut saya di mana-mana majlis.
“Sebenarnya, ibu saya tak ikut saya sekarang sebab dia dah tak larat. Umurnya pun semakin meningkat, jadi dia mengambil keputusan untuk memperlahankan aktivitinya dari menguruskan karier seni saya. Bagi saya, benda ini buang masa saja untuk saya perjelaskan. Apapun, saya tak kecewa dengan kontroversi ini dan saya anggap ia lumrah sebagai anak seni.”
Ketika majlis tersebut, Diana turut ditemani kekasih hatinya itu memakai sebentuk cincin yang tersarung di jari manis Diana. Diana Danielle berkata pada sumber bagi entri ini, “Mana ada, ini hanya cincin pemberiannya sempena ulangtahun ketiga percintaan kami.".
“Tidak dinafikan dari dulu perhubungan kami memang ada hala tuju. Cuma apa yang boleh saya katakan, bila semuanya dah pasti nanti, saya akan beritahu dan kongsi dengan semua. Buat masa ini saya tak berani nak cakap lagi sebab takut nanti tak jadi,” tambah beliau lalu mengakhiri perbualan.
SUMBER