Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Kerajaan Labur RM2.04 Juta Bawa Masuk K-Pop Untuk Himpunan Jutaan Belia 2012???

on 1 June 2012


Laporan mula bertebaran di laman-laman politik mengatakan kerajaan sanggup berhabis duit untuk motivasi para belia di Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 baru-baru ini.

Penyebaran dua keping dokumen tuntutan daripada sebuah syarikat yang dilantik khas untuk menguruskan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 mendedahkan beberapa perkara.

Yang menjadi perhatian ramai adalah jumlah bayaran yang dilabur kerajaan untuk membawa masuk tiga figura muzik pop Korea iaitu U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Dalam dokumen yang tersebar ini, jelas menunjukkan yang syarikat itu membuat tuntutan sebanyak RM2.04 juta sebagai bayaran untuk artis dari Korea itu.

Persembahan, hiburan dan artis tempatan menerima peruntukan RM1.8 juta menjadikan jumlah keseluruhan untuk menghiburkan serta memotivasikan belia kita menjadi RM3.84 juta.

 
 

Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

besar budgetnya........
patutler meriah tak hingat dunia......


1 June 2012 at 20:24
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved