Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

9 Billionaire Sepanjang Zaman

on 9 April 2012

Salam sejahtera... mari kita tengok senarai billionaire (orang kaya) sepanjang zaman. jom terjah...

 
 John D. Rockefeller (1839 - 1937)

John D. Rockefeller ialah seorang pengusaha minyak berbangsa Amerika. Beliau merupakan pengasas Syarikat Standard Oil dan pengusaha minyak. Harta beliau dianggarkan bernilai $663.4 billion.

 
King Fahd bin Abdul Aziz (1921 - 2005)
 
King Fahd bin Abdul Aziz merupakan raja Arab Saudi dari tahun 1982 hingga 2005. Beliau ialah berbangsa Arab. Merupakan seorang ahli politik di tanah Arab Saudi. Harta beliau dianggarkan bernilai $25 billion.

 Andrew Carnegie ( 1839 - 1937)

Andrew Carnegie ialah orang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting mengembangkan perusahaan besi di Amerika pada awal abad ke 19. Beliau ialah seorang yang berbangsa Scotland. Harta beliau dianggarkan bernilai $298.3 billion.

 
Warren Buffett (1930 - kini)

Warren Buffett, seorang rakyat Amerika dan merupakan pemegang saham utama, pengerusi dan ceo syarikat Berkshire Hathaway. Dia secara konsistennya sering dicalonkan sebagai antara orang yang terkaya di dunia. Dia telah diiktiraf sebagai orang yang paling kaya di dunia pada tahun 2008. Harta kekayaan beliau dianggarkan bernilai $44 billion.

 
Bill Gates (1955 - kini)

William Henry "Bill" Gates III ataupun Bill Gates merupakan pengasas syarikat microsoft. Beliau merupakan rakyat Amerika. Harta beliau dianggarkan bernilai $61 Billion.

 
Lawrence J. Ellison (1944-kini)

Lawrence J.Ellison merupakan pengasas bersama dan chief eksekutif syarikat Oracle Corporation - antara syarikat terawal yang menjalankan urusniaga software. Beliau juga berbangsa Amerika. Harta beliau dianggarkan bernilai $36 billion dan pada tahun 2012 diiktiraf sebagai orang ketiga terkaya di Amerika.

 
Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan ( 1918 - 2004)

Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan merupakan pemerintah Abu Dhabi dan merupakan presiden pertama negara UAE. Harta dan perniagaan yang beliau usahakan tidak dinyatakan. Harap maklum!

 
Cornelius Vanderbilt ( 1794 - 1919)

Cornelius Vanderbilt merupakan seorang ushawan dalam bidang perkapalan dan kereta api. Seorang yang berbangsa Amerika dan merupakan orang Amerika terkaya dalam sejarah. Harta beliau dianggarkan bernilai $105 juta.

 
Paul Allen (1953 - kini)

Paul Gardner Allen merupakan rakyat Amerika dan merupakan pengasas bersama syarikat microsoft dengan Bill Gates. Beliau telah diiktiraf sebagai orang yang ke 48 terkaya di dunia. Beliau mempunyai 2 pasukan sukan profesional iaitu Seattle Seahawk (NFL) dan Portland Trail Blazers (NBA). Harta beliau dianggarkan bernilai $14.2 billion. 

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 8 April 2012

on 8 April 2012

KEPUTUSAN PENUH ABPBH KE 25 2011 | KEPUTUSAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011 8 APRIL 2012 | Salam sejahtera... Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) berlangsung pada 8 April 2012 (malam ini) di Arena of Stars, Genting Highlands. Pasti ramai  di antara kita ternanti-nanti siapakah artis yang akan bakal menjuarai setiap kategori ABPBH 2011 malam ini.


Berikut keputusan penuh ABPBH 2011 dan senarai calon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) mengikut kategori. Sila tekan [Ctrl + D dan enter] untuk terus mengikuti keputusan ABPBH 2011 disini.

Bintang Paling Popular ABPBH 2011
Aaron Aziz

Anugerah Khas ABPBH 2011
Datuk Sheila Majid

Anugerah Khas Sri Perak
Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi lelaki
Hafiz

Penyanyi wanita
Yuna

Artis duo/berkumpulan
Jaclyn Victor / Ning Baizura / Shila Amzah

Artis baru lelaki
Johan Ariff As’ari

Artis baru wanita
Tasha Shilla

Pelakon filem lelaki
Aaron Aziz

Pelakon filem wanita
Maya Karin

Pelakon TV lelaki
Fizz Fairuz


Pelakon TV Wanita
Fasha Sandha

Artis komedi lelaki
Johan

Artis komedi wanita
Didie Alias

Pengacara TV lelaki
Zizan Razak

Pengacara TV wanita
Fara Fauzana

Penyampai radio lelaki
Faizal Ismail

Penyampai radio wanita
Fara Fauzana

ingin tengok fesyen baju artis-artis semasa di red karpet ABPBH 2011, klik sini

Gambar | Fesyen Baju Artis Di Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) berlangsung pada 8 April 2012 (malam ini) di Arena of Stars, Genting Highlands. Tema Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kali ini adalah ‘Larger Than Life’ dipilih. Tema itu sejajar sambutan jubli perak (25 tahun) anugerah paling popular itu.

Tema ‘Larger Than Life’, menurut istilah fesyen membawa tafsiran sesuatu yang sangat istimewa dan besar pengaruhnya sebagai contoh ‘avant-garde’. Jika dalam bahasa Melayunya boleh diguna adi busana.

Selain dari fesyen selebriti yang menjadi tumpuan ramai juga artis terbabit membuat persembahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini. Antara penyanyi yang membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) seperti Datuk Sheila Majid, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Tam Spider, Aizat, Azlan Typewriter, Jaclyn Victor, Bob, Shi la Amzah, Black, Faizal Tahir, Ramlah Ram, Mas Idayu, Salma, Shiha, Hafiz, Adira, One Nation Emcees dan Man Kidal.

Selain barisan artis berkenaan, turut memeriahkan acara kemuncak itu ialah persembahan sketsa Ombak Rindu yang bakal dijayakan hero pujaan ramai, Aaron Aziz, di samping Maya Karin dan Lisa Surihani.

 
 
 
 

ingin tengok keputusan penuh abpbh 2011, klik sini
ingin tengok fesyen baju abpbh tahun lepas, klik sini
SUMBER

Harga Terkini Proton Preve | Lebih Murah Dari Jangkaan




Salam sejahtera... Berikut ialah harga penuh dan lengkap yang telah dikeluarkan oleh proton edar bagi model Proton Preve Malaysia 2012. Senarai harga terbaru Proton Preve cukup mengejutkan iaitu lebih rendah dari yang dijangkan dengan bermula dari RM59,540.00 sehingga RM72,990.00.

 

Harga Proton Preve Manual – RM59,540.00

 
 Harga Proton Preve CVT – RM62,540.00


Harga Proton Preve CFE – RM72,540.00

Remaja 14 tahun Dan Pasangan Pos Video Lucah Di Facebook

Seorang remaja lelaki ditahan selepas dia dan pasangannya muncul dalam rakaman video lucah yang diposkan di Facebook, semalam. Dipercayai, rakaman itu sempat ditonton beribu-ribu pelajar yang melayari laman sesawang sosial berkenaan.

Berusia 14 tahun, remaja lelaki berasal dari Cheltenham dilihat melakukan aksi lucah dengan pasangannya juga berusia 14 tahun dari Forest of Dean, Gloucestershire. Menurut polis, video berkenaan dianggap lucah dan kini dipadam daripada Facebook.

Remaja itu bagaimanapun dibebaskan selepas diberi amaran oleh polis.

 

Gambar Neelofa Comel Pada Zaman Kanak-Kanak Dan Keluarga

on 7 April 2012

Salam sejahtera... Mari kita tengok wajah Neelofa sewaktu kecil. Memang tak banyak berubah pun muka si jelita, Neelofa Mohd Noor ini. Patutlah boleh menang Dewi Remaja. Dan kini, gadis yang juga selebriti ni dah makin dikenali.


Berasal dari sebuah keluarga yang besar, dari Kelantan, nampaknya semua dalam ahli keluarga memang ada rupa .... :)

 

SUMBER

Top 5 Artis Korea Paling Seksi 2012

Salam sejahtera... mari kita tengok senarai lima orang artis Korea tercantik dan menyerlah dalam tahun 2012. terjah...

 
Kim Hye Su

 
Shi-Hyang

 
Han Chae Young
Han Ga In

Song Hye Kyo

29 Rahsia Sulit Negara Kita

Setiap negara ada rahsia diorang masing-masing, termasuk la negara kita, Malaysia. Terdapat 29 rahsia negara yang tak pernah kita tahu sebelum ni, tapi aku sendiri pun tak tahu sama ada fakta tu benar atau pun tidak..Terpulang pada diri masing-masing dalam membuat kesimpulan, kalau ada yang nak kait kan dengan Freemason atau Illuminati pun lantak korang laa..Tapi jangan terlampau excited sangat, sebab biasa la, nanti ada yang memandai reka fakta sendiri =)

29 Rahsia Negara:

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2. Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca daripada kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4. Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (fakta tak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapal nya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakkan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysia lah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan standby di kokpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70-80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas perkara ini dibocorkan media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filipina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua pesawat pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Rusia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutamanya radar melalui sistem peperangan elektronik nya dari dahulu hingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru hidup tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas yang membabitkan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu suatu masa dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem 'The Entrapment' lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones (fakta tak dapat disahkan).

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (fakta tak dapat disahkan).

20. Malaysia merupakan satu-satu nya negara di dunia yang berjaya menghapuskan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program pemodenan ATM yag dikenali sebagai PERISTA dibatal kan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamed apabila terlampau banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung pada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri, Datuk Seri Mahathir Mohamed pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakista untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir yang kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri oleh seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia pernah menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa anak kapal nya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970-an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO- hal ini pernah di dokumenkan dalam surat khabar dan sebuah buku yang boleh di temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah menceroboh kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk.


SUMBER

Gempar!!! Elfira Loy Kantoi SPM Dalam SPM???

on 6 April 2012

Sebagaimana pelajar lain yang berdebar-debar menanti slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini, pelakon remaja yang semakin meningkat naik, Elfira Loy tidak terlepas dari merasa perasaan demikian memandangkan dia adalah salah seorang dari mereka.

Bagaimanapun, gadis genit ini dikatakan tidak mahu mendedahkan atau enggan ditanya sama sekali mengenai keputusan SPM miliknya itu biarpun beberapa kali di tanya peminat sama ada di laman Twitter atau Facebook miliknya.

Kengganan Elfira untuk berkongsi keputusan SPM miliknya itu turut mengundang spekulasi negatif dari seorang peminat yang beranggapan pelakon drama kanak-kanak ‘Tentang Bulan’ itu memperoleh keputusan yang kurang baik.

“Kantoi la agknye tu sbb xbg tanya,” komen Khairi Kamaruddin atau @kelabprotonsaga di laman Twitter milik Elfira.

Biar apa pun keputusan yang diperoleh Elfira, penulis berpendapat bahawa dia berhak untuk merahsiakan keputusan SPM yang diperolehnya pagi ini memandangkan ia adalah sesuatu yang agak peribadi bagi seorang selebriti sepertinya.

Sama ada Elfira peroleh kejayaan yang cemerlang atau tidak, sekurang-kurangnya dia berjaya menamatkan pengajian menengah dan berjaya memperoleh sijil SPM.

Mungkin Elfira merancang akan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara atau melangkah di dunia hiburan tanahair dengan lebih serius dengan mengikuti kursus bidang seni seperti Diana Danielle, siapa tahu???

 

Laman Web Pak Sanggup Untuk Pasangan Yang Terlanjur Atau Bercerai Talak Tiga.

Sekumpulan lelaki menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.

Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.

Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

Seorang daripada cina buta yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 31, berkata, dia yang berasal dari Tapah, Perak, datang ke bandar raya ini enam tahun lalu sebelum terjebak kegiatan itu setahun kemudian.

Menurutnya, dia mula terjebak kegiatan cina buta apabila menganggur lima bulan sebelum ditawarkan peluang menjadi cina buta kepada seorang kerani yang tinggal di Kuala Lumpur.

Pengalaman Azri pula yang juga ahli perniagaan mengakui terdesak mendapatkan khidmat pak sanggup atau cina buta kerana masih menyayangi isteri, Anida, 37, dan tiga anak berusia 10, 12 dan 15 tahun.“Saya akui terlalu mengikut perasaan sehingga terlepas melafazkan talak tiga kepada isteri ketika kami bertengkar, Disember lalu.

“Akibat keterlanjuran itu, kami tiada pilihan selain mendapatkan khidmat cina buta untuk kembali hidup bersama. Cina buta terbabit menawarkan perkhidmatan itu dengan bayaran deposit RM2,000 dan RM4,000 hingga RM8,000 untuk tempoh seminggu tinggal bersama bekas isteri, ” kata Azri, 38, dari Skudai.

“Perkhidmatan pak sanggup atau cina buta memang ada, namun ia tidak pernah dimaklumkan kepada kami,” kata Kadi Daerah Johor Bahru, Mohd Azman Mohsin.

Azman mengulas berkaitan sekumpulan lelaki di bandar raya ini yang menawarkan khidmat cina buta kepada pasangan yang terlanjur bercerai dengan talak tiga. Kumpulan cina buta terbabit menyediakan laman web khas untuk mengiklankan khidmat diberikan manakala pasangan yang mahukan khidmat mereka perlu mengikut syarat ditentukan seperti imbuhan mencecah ribuan ringgit.

Menurut Azman, pihaknya menyedari berkaitan kegiatan cina buta di negeri ini, namun tidak dapat mengambil tindakan kerana tiada sesiapa tampil memberi maklumat. Mengulas lanjut, Islam melarang keras penggunaan khidmat cina buta, malah lelaki yang melakukannya dianggap dayus.

“Perkahwinan dan perceraian bukan perkara yang boleh dipermainkan kerana itu Islam membahagikan perceraian kepada tiga bahagian iaitu talak satu hingga tiga manakala kuasa cerai pula terletak di bahu suami. “Nasihat saya kepada pasangan suami isteri terutama pasangan muda, jangan terburu-buru bercerai sebaliknya fikirkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah bagi keharmonian rumah tangga,” katanya.


SUMBER

Isteriku Lelaki, Dekan Ditipu Lebih Setahun

Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki.

Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37.

Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009.

Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil.


SUMBER

(Gambar) Lisa Surihani Yang Cantik Tanpa Make-Up

on 5 April 2012

Salam sejahtera... Mari kita lihat wajah semula jadi Lisa Surihani yang memang mantap dan cantik. Cair hati kalau para jejaka tengok gambar Lisa ni lama-lama. Kalau orang mat salleh ataupon orang barat panggil muka yang cantik ini "Natural Beauty". Memang bersyukur pada Tuhan sebab dapat muka yang cantik berseri -seri.


ingin lihat Neelofa tanpa make-up, klik sini
ingin lihat majlis perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU, klik sini
ingin lihat gambar bulan madu Lisa Surihani dan Yusry KRU di Zurich, klik sini dan sini
ingin lihat saat-saat romantik Lisa Surihani dan Yusry KRU ketika bercinta, klik sini
SUMBER

Gambar Tiz Zaqyah Zaman Remaja Yang Comel Dan Menawan

Salam sejahtera... mari kita tgk gambar Tiz Zaqyah semasa dalam zaman remaja...

 
  
 
 
 

ingin baca info menarik dan gosip panas mengenai Tiz Zaqyah, klik sini
SUMBER

Pijak Anak Sampai Mati Kerana Hidup Terlalu Miskin

Salam sejahtera... Mungkinkah anak kecil ini dibunuh kerana ibu dan bapanya terlalu miskin sehingga tiada makanan untuk diberikan kepada anaknya? Adakah kematian lebih menyenangkan daripada hidup di dalam kesengsaraan?


ingin tengok lagi aksi kejam ibu bapa kepada anaknya, klik sini
SUMBER

Gempar!!! Ikan Zaman Purba Dijumpai Terdampar

Sejenis mahluk aneh terdampar di pinggir Pantai Folly di Carolina Selatan akhir pekan lalu. Ramai orang bertanya, adakah mahluk ini spesies baru?


Menurut Pawnation AOL, haiwan raksasa ini mungkin tampak asing, tapi tidak berbahaya. Doktor haiwan dari akuarium Carolina Selatan identifikasi mahkluk ini sebagai 'sturgeon' atau semacam ikan purba. 'Sturgeon' Atlantik boleh mencapai panjang 4 hingga 5 meter dan seberat ribuan kilogram.

'Sturgeon' Atlantik ini sangat takut pada manusia. Haiwan ini didaftarkan sebagai spesies yang hampir pupus kerana telur ikannya menjadi buruan. Kini ada batasan akan jumlah ikan purba ini yang boleh ditangkap.

 

ingin tengok lagi haiwan purba yang telah dijumpai selama ini, klik sini

Menu Sup Bayi Yang Popular Di Taiwan

on 4 April 2012

Astaghfirullahalazim... Sup bayi yang dikenali sebagai Healthy Soup ini mendapat permintaan yang tinggi di sana. Bayangkan berapa banyak kandungan yang digugurkan. Bayangkan pula mereka sebenarnya memakan daging manusia itu sendiri. Nauzubillah!

'Healthy Soup’ yang dipercayai dapat menambah stamina dan keperkasaan kaum lelaki dibuat dari janin bayi manusia berumur 6 – 8 bulan. Ia dijual pada harga 3000-4000 RMB (mata Taiwan).

Janin yang berumur beberapa bulan, ditambahkan dengan bahan seperti Pachan, Tongseng, Tongkui, Keichi, Jahe, daging ayam dan Baikut, diperap selama 8 jam, sebelum dimasak sebagai sup.

 
 
 
 
 
 
 

ingin lihat sup kucing pulak, klik sini
ingin resipi sup yang sedap2, klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved