Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

9 Billionaire Sepanjang Zaman

on 9 April 2012

Salam sejahtera... mari kita tengok senarai billionaire (orang kaya) sepanjang zaman. jom terjah...

 
 John D. Rockefeller (1839 - 1937)

John D. Rockefeller ialah seorang pengusaha minyak berbangsa Amerika. Beliau merupakan pengasas Syarikat Standard Oil dan pengusaha minyak. Harta beliau dianggarkan bernilai $663.4 billion.

 
King Fahd bin Abdul Aziz (1921 - 2005)
 
King Fahd bin Abdul Aziz merupakan raja Arab Saudi dari tahun 1982 hingga 2005. Beliau ialah berbangsa Arab. Merupakan seorang ahli politik di tanah Arab Saudi. Harta beliau dianggarkan bernilai $25 billion.

 Andrew Carnegie ( 1839 - 1937)

Andrew Carnegie ialah orang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting mengembangkan perusahaan besi di Amerika pada awal abad ke 19. Beliau ialah seorang yang berbangsa Scotland. Harta beliau dianggarkan bernilai $298.3 billion.

 
Warren Buffett (1930 - kini)

Warren Buffett, seorang rakyat Amerika dan merupakan pemegang saham utama, pengerusi dan ceo syarikat Berkshire Hathaway. Dia secara konsistennya sering dicalonkan sebagai antara orang yang terkaya di dunia. Dia telah diiktiraf sebagai orang yang paling kaya di dunia pada tahun 2008. Harta kekayaan beliau dianggarkan bernilai $44 billion.

 
Bill Gates (1955 - kini)

William Henry "Bill" Gates III ataupun Bill Gates merupakan pengasas syarikat microsoft. Beliau merupakan rakyat Amerika. Harta beliau dianggarkan bernilai $61 Billion.

 
Lawrence J. Ellison (1944-kini)

Lawrence J.Ellison merupakan pengasas bersama dan chief eksekutif syarikat Oracle Corporation - antara syarikat terawal yang menjalankan urusniaga software. Beliau juga berbangsa Amerika. Harta beliau dianggarkan bernilai $36 billion dan pada tahun 2012 diiktiraf sebagai orang ketiga terkaya di Amerika.

 
Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan ( 1918 - 2004)

Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan merupakan pemerintah Abu Dhabi dan merupakan presiden pertama negara UAE. Harta dan perniagaan yang beliau usahakan tidak dinyatakan. Harap maklum!

 
Cornelius Vanderbilt ( 1794 - 1919)

Cornelius Vanderbilt merupakan seorang ushawan dalam bidang perkapalan dan kereta api. Seorang yang berbangsa Amerika dan merupakan orang Amerika terkaya dalam sejarah. Harta beliau dianggarkan bernilai $105 juta.

 
Paul Allen (1953 - kini)

Paul Gardner Allen merupakan rakyat Amerika dan merupakan pengasas bersama syarikat microsoft dengan Bill Gates. Beliau telah diiktiraf sebagai orang yang ke 48 terkaya di dunia. Beliau mempunyai 2 pasukan sukan profesional iaitu Seattle Seahawk (NFL) dan Portland Trail Blazers (NBA). Harta beliau dianggarkan bernilai $14.2 billion. 

Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

remyhazza said...

tertunggu jugak... kut2 satu hari nanti ade rakyat malaysia mengukir nama dlm senarai tu......


9 April 2012 at 01:28
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved