Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Isteriku Lelaki, Dekan Ditipu Lebih Setahun

on 6 April 2012

Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki.

Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37.

Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009.

Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil.


SUMBER
Ranking: 5

{ 5 ong gedek gedek... read them below or add one }

Phat said...

mesti dah buat pembedahan ni ..kalo x malam pertama mesti dah kantoi huhu


6 April 2012 at 11:01
remyhazza said...

dah operate ler tu.....
kalau tak dah lama kantoi......
hai.... mcm2....


6 April 2012 at 11:23
shahrazali said...

perghhh...setahun jgk tu kawin...nk berpoligami sgt,,kan dah kena...


6 April 2012 at 14:27
KorN said...

setahun bru pasan? iskn isk isk


6 April 2012 at 14:52
izzati elya adnan said...

hmm..dah ada byak bini xpuas2 lg..nk cri sangat bini lawa padan muka dpt pondan lawa..


7 April 2012 at 00:00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved