Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Laman Web Pak Sanggup Untuk Pasangan Yang Terlanjur Atau Bercerai Talak Tiga.

on 6 April 2012

Sekumpulan lelaki menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.

Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.

Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

Seorang daripada cina buta yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 31, berkata, dia yang berasal dari Tapah, Perak, datang ke bandar raya ini enam tahun lalu sebelum terjebak kegiatan itu setahun kemudian.

Menurutnya, dia mula terjebak kegiatan cina buta apabila menganggur lima bulan sebelum ditawarkan peluang menjadi cina buta kepada seorang kerani yang tinggal di Kuala Lumpur.

Pengalaman Azri pula yang juga ahli perniagaan mengakui terdesak mendapatkan khidmat pak sanggup atau cina buta kerana masih menyayangi isteri, Anida, 37, dan tiga anak berusia 10, 12 dan 15 tahun.“Saya akui terlalu mengikut perasaan sehingga terlepas melafazkan talak tiga kepada isteri ketika kami bertengkar, Disember lalu.

“Akibat keterlanjuran itu, kami tiada pilihan selain mendapatkan khidmat cina buta untuk kembali hidup bersama. Cina buta terbabit menawarkan perkhidmatan itu dengan bayaran deposit RM2,000 dan RM4,000 hingga RM8,000 untuk tempoh seminggu tinggal bersama bekas isteri, ” kata Azri, 38, dari Skudai.

“Perkhidmatan pak sanggup atau cina buta memang ada, namun ia tidak pernah dimaklumkan kepada kami,” kata Kadi Daerah Johor Bahru, Mohd Azman Mohsin.

Azman mengulas berkaitan sekumpulan lelaki di bandar raya ini yang menawarkan khidmat cina buta kepada pasangan yang terlanjur bercerai dengan talak tiga. Kumpulan cina buta terbabit menyediakan laman web khas untuk mengiklankan khidmat diberikan manakala pasangan yang mahukan khidmat mereka perlu mengikut syarat ditentukan seperti imbuhan mencecah ribuan ringgit.

Menurut Azman, pihaknya menyedari berkaitan kegiatan cina buta di negeri ini, namun tidak dapat mengambil tindakan kerana tiada sesiapa tampil memberi maklumat. Mengulas lanjut, Islam melarang keras penggunaan khidmat cina buta, malah lelaki yang melakukannya dianggap dayus.

“Perkahwinan dan perceraian bukan perkara yang boleh dipermainkan kerana itu Islam membahagikan perceraian kepada tiga bahagian iaitu talak satu hingga tiga manakala kuasa cerai pula terletak di bahu suami. “Nasihat saya kepada pasangan suami isteri terutama pasangan muda, jangan terburu-buru bercerai sebaliknya fikirkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah bagi keharmonian rumah tangga,” katanya.


SUMBER
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Aishah Jahirah said...

mak aih benda macam ni pun buat biz....tak fikir dah baik buruk asal dpt duit....


6 April 2012 at 17:00
remyhazza said...

kalau dah hidup bertuankan duit... camnie lah jadinya.....


6 April 2012 at 17:26
ShahzCudin said...

duit nye pasal..mcm2 diorg buat..tp cam kaya je profesyen nih..haha


6 April 2012 at 20:29
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved