Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Lihat Cara Orang Kaya Arab Makan!

on 6 August 2012

Sebenarnya gambar bagaimana pemerintah Qatar, Syeikh Hamad bin Khalifa al-Thani melayani tetamunya sudah lama lama tersebar di internet

Bayangkan, nasi beriani dengan kambing seekor, diulang, bukan seketul, tapi seekor dihidangkan pada SETIAP TETAMU sewaktu majlis makan.

Macam manalah nak habis agaknya ye…tak tahulah kalau-kalau pak-pak sheikh tu boleh ‘menyelesaikan’ nasi beriani tu dengan sekali hadap.

Pendek kata, ‘confirm’ membazir!

Untuk rekod, dua tahu lepas Qatar dikatakan menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia berdasarkan perdapatan per kapita yang mencapai US$ 109,881.00.

Perkembangan ekonominya meningkat sehingga 19.4% paling tinggi di dunia.

Kerajaannya juga pernah memberi ‘hadiah’ berupa kenaikan gaji antara 60% sehingga 200% kepada setiap pekerja di sektor awam!

Disebabkan menjadi negara terkaya di dunia dan kenaikan gaji yang sungguh luar biasa, tak dapat dinafikan taraf hidup juga meningkat dengan mendadak.

Qatar mengungguli senarai negara yang mempunyai kos hidup paling tinggi setakat ini.

 
 

gambar di bawah pula tak berkenaan dgn entry kat atas...cuma perhatikan juga cara orang-orang kaya mereka menjamu selera..

 

yang menjadi persoalannya...habis ke diorang mentekedarah nih??

akhirnya.......
lihat lagi......


semuanya dibuang.....jadi sampah..

Tauke Raja Lawak Kahwin Lagi


Rupa-rupanya, Tauke Raja Lawak atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria, 35, sudah tiga kali berkahwin. Malah, pernikahannya paling baru telah berlangsung di Thailand sebelum pelawak tersebut menyertai program Super Spontan anjuran Astro baru-baru ini. Ini baru betul diam-diam berisi.

"Yang sebenarnya, saya dah tiga kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah. Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi," ujar tauke kepada media.

Bagaimanapun, beliau menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri yang baru dinikahinya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan.

"Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera.

"Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga.

"Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak," jelasnya dipetik sebagai berkata.

 

Gambar Bayi Lelaki Dynas, Mohamed Haqaish

Tahniah kepada Dynas atau nama penuhnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atas kelahiran bayi lelaki mereka. Baby tersebut yang diberi nama Mohamed Haqaish yang lahir 44 hari sebelum ini (15 Jun 2012) dengan berat 3.2 kg.

Sebelum ini, Dynas dan suaminya mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Khayra Khalyssa tetapi dengan kehadiran bayi lelaki terbaru, pastinya hidup mereka makin bahagia dan lengkap.

(Gambar) Shila Amzah Sudah Bertudung Sepenuhnya


Jikalau para pembaca sekalian mengikuti perkembangan Shila Amzah melalui Twitter beliau, pasti kalian perasan yang penyanyi dan pelakon ini sudah pun mula mengenakan tudung hampir sebulan yang lalu khususnya di bulan Ramadhan.

Melihat perkembangan positif terbaru Shila Amzah ini, ramai peminat mula mendoakan yang pelantun lagu 'Patah Seribu' ini untuk mengekalkan imej bertudung beliau.

Shila Amzah sendiri sebelum ini pernah menyuarakan hasrat beliau untuk kekal bertudung dan ibu serta kekasih hati, Sharnaaz Ahmad antara penyokong terkuat hasrat beliau itu.

“Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini dan cuma menunggu masanya saja. Masanya akan sampai juga”, kata Shila Amzah

Shila Amzah yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 22 pada 13 Ogos ini juga menjawab beberapa soalan peminat di Twitter seperti mengiyakan penhijrahan beliau.

 

Gambar Nakal Miley Cyrus Tersebar Di Internet


Gambar nakal (bogel) Aktres Hollywood terkenal, Miley Cyrus yang diambil khas untuk tatapan tunangnya, Liam Hemsworth dilaporkan telah bocor (tersebar) ke internet. Foto bogel berkenaan diambil di dalam kolam mandi oleh jurugambar Vijat Mohindra.

Gambar berkenaan yang didakwa diambil tahun lalu ketika Cyrus berusia 18 tahun pertama kali disiarkan dalam blog Life of The Rich and Famous.

Mohindra dan Cyrus merupakan rakan baik dan lelaki berkenaan pernah mendokumentasikan gambar untuk penyanyi berkenaan ketika jelajah musim panas tahun lalu.

“Gambar itu hanya untuk tatapan Liam seorang sahaja namun kini ia berada dalam laman web Mohindra,’’ lapor blog tersebut.

Dalam pada itu, Liam dilaporkan begitu marah dengan paparan gambar berkenaan dan tidak senang duduk ketika berada di set penggambaran filem terbarunya Paranoia.

“Cyrus benar-benar menyebabkan Liam marah.

“Ketika menjalani penggambaran di Philadelphia, Cyrus yang menemaninya mempunyai program tersendiri termasuk membeli belah dan merawat kuku.

“Namun ketika Cyrus mengajak Liam supaya menghabiskan masa di sebuah bar, pelakon berkenaan tidak melayannya.’’ kata sumber.

Liam turut meminta Cyrus pulang ke rumah kerana dia ingin menumpukan perhatian terhadap lakonannya itu.

Olimpik 2012 : Lee Chong Wei Mohon Maaf Melalui Twitter


Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei meminta maaf melalui akaun twitter miliknya kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kegagalannya memenangi emas pada Olimpik 2012. Mari kita tengok gambar 'printscreen' yang penulis dapat.


SUMBER

Simpan Mayat Isteri Dalam Rumah Kerana Terlalu Sayang

on 5 August 2012


Lelaki ke-12 terkaya di Britain, Hans Kristian Rausing telah didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini kerana menyimpan mayat isterinya di dalam rumah mewah mereka selama lebih dua bulan sehingga reput.
Beliau dihukum penjara sepuluh bulan yang ditangguhkan selama dua tahun bagi membolehkannya menjalani rawatan pemulihan dadah sepanjang tempoh tersebut. Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut setelah dia membuat pengakuan di mahkamah; “Saya tidak sanggup membiarkan dia pergi meninggalkan rumah ini..."
Hakim Richard McGregor-Johnson ketika menjatuhkan hukuman tersebut berkata: “Jika terdapat satu contoh bagaimana dadah boleh memusnahkan kehidupan seseorang, ia dapat dilihat di dalam kes ini."

"Anda dan isteri anda memiliki segala-galanya dalam dunia ini, apa sahaja yang boleh diidamkan dan untuk seketika anda memiliki kehidupan berkeluarga yang bahagia. Tetapi kembalinya anda berdua dalam penagihan dadah telah memusnahkan semua yang anda miliki,” kata hakim itu lagi. Hasil bedah siasat tidak dapat memastikan punca kematian Eva Rausing tetapi mendapati tidak kurang dari tiga jenis dadah terkandung di dalam sistem badannya ketika dia meninggal dunia. Kedua-dua suami isteri itu adalah penagih tegar dan mereka berkenalan ketika menjalani terapi pemulihan dadah di sebuah pusat terapi pada tahun 1989.

Rausing, 49, telah didapati melonggokkan pakaian, plastik sampah, cadar dan pelbagai benda lagi ke atas mayat isterinya dan membiarkan mayat itu reput selama lebih dua bulan di rumah mewah mereka yang bernilai £70 juta di sini. Beliau kemudiannya menyembur bedak di atas longgokan itu. Mayat itu ditemui Julai lalu. Rausing dan isterinya dianggarkan memiliki harta bernilai £5.4 bilion selepas menjual saham mereka di dalam firma pembuat kotak minuman terbesar dunia, Tetra Pak. Beliau mewarisi perniagaan keluarga itu daripada datuk dan bapanya. Pihak polis menemui mayat isterinya itu secara tidak sengaja selepas Rausing ditahan kerana didapati memandu dalam keadaan yang mencurigakan Julai lalu.

Hasil siasatan lanjut kemudian mendapati, isteri Rausing, Eva sudah tidak kelihatan di mana-mana untuk tempoh dua bulan sebelum mayatnya ditemui. Pihak polis yang menyoalsiasat Rausing diberitahu yang isterinya telah kembali ke Amerika Syarikat (Eva adalah warga Amerika). Tetapi selepas pihak polis mengeledah rumah mewah pasangan itu, mereka telah menemui mayat Eva yang sudah reput di bawah timbunan pakaian, selimut dan plastik sampah di dalam bilik tidur utama yang dikunci. Rumah mewah mereka di barat daya London itu memiliki 50 buah bilik.

Ketika Rausing ditahan dia telah didapati positif kokain, morfin, diazepam, tamazepam dan nitrazepam. Rausing kemudian memberitahu pihak polis yang dia sedar yang isteri yang disayanginya selama 19 tahun itu telah meninggal dunia, tetapi dia menyimpan mayat isterinya di bilik itu kerana kasihankan anak-anak mereka. Beliau juga memaklumkan kepada pihak polis yang beliau tidak mempunyai sebarang ingatan bilakah sebenarnya isterinya telah meninggal dunia.

SUMBER

Olimpik 2012 : Habuan Lee Chong Wei Walaupun Tewas Di Tangan Lin Dan



Pastinya kebanyakan rakyat Malaysia kecewa dengan kekalahan Lee Chong Wei menentang Lin Dan dalam Final Olimpik 2012. Dan yang membuatkannya lebih sadis, ramai rakyat Malaysia kecewa kerana tidak dapat menikmati (makan) 'ice-cream' secara percuma.

Walaupun Lee Chong Wei hanya sekadar meraih pingat Perak sekali lagi, hadiah lumayanmenanti beliau. Antaranya :

1. RM 300 000 dari Kerajaan menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam)
2. Pencen Bulanan RM 3000 sepanjang Hayat.

Semoga TeamMalaysia yang lain terus melakar kejayaan bagi baki-baki terakhir Sukan Olimpik London 2012.

Aksi Paling Bodoh Nelayan Rusia Saat Menangkap Ikan


Selama ini ada banyak larangan mengenai penggunaan bom untuk menangkap ikan. Kerananya selain membahayakan habitat lain yang ada di dalam air, ledakannya juga berisiko mencederakan pemilik bot. Tetapi rupanya dua pemancing yang berasal dari Rusia ini lupa dengan peringatan itu. Bahkan tidak diduga, keduanya menggunakan granat tangan. Dan hasilnya, nyawa mereka hampir saja melayang.

Aksi bodoh ini dirakam dalam video dan diposting secara online di LiveLeak.com. Dalam video itu, dua orang pemancing bodoh itu dilihat melepaskan sebuah granat tangan.

Dengan harapan meledak di dalam air, granat tangan itu justru meledak lebih awal, menjatuhkan kedua pemancing sekaligus menerbangkan berbagai barang yang ada di dalam bot.

Beruntung ledakannya tidak menghancurkan perahu dan membunuh keduanya. Mereka hanya dilihat sedikit terkejut sebelum akhirnya kembali berdiri.

 

SUMBER

Mesej Romantik Yusry KRU Ucap Selamat Buka Puasa Pada Lisa Surihani


Walaupun setelah beberapa bulan berkahwin, nampaknya kebahagian pasangan suami isteri yang romantis, Lisa Surihani dan Yusry KRU masih lagi terpancar. Buktinya, cara Yusry mengucapkan selamat berbuka puasa kepada isteri kesayangannya melalui gaya sistem pesanan ringkas (SMS). Mari kita lihat mesej selamat berbuka puasa tersebut.

Luna Maya Nafi Gambar Wanita Mabuk Adalah Dirinya


Semalam, dunia hiburan Indonesia kecoh apabila sekeping gambar (foto) tersebar luas di blog-blog hiburan di sana mendakwa Luna Maya yang terbaring tidak sedarkan diri akibat mabuk.

Gambar yang turut memaparkan dua (2) orang jejaka lain ini seperti sengaja dirakamkan dan mula timbul apabila dimuat naik dalam akaun Twitter milik pelakon Tyas Mirasih.

Namun, Luna Maya yang dihubungi laman Kapan Lagi melalui telefon menafikan yang wanita dalam gambar mabuk yang tersebar tersebut merupakan dirinya.

Luna Maya turut mendakwa yang beliau tidak pernah memiliki baju atau persalinan seperti dikenakan oleh wanita dalam gambar ini & susuk tubuhnya juga berbeza.

Mengakui sudah melihat gambar tersebut lebih awal sebelum dikesan media, Luna Maya berkata beliau tidak pernah kenal dengan dua jejaka dalam gambar tersebut.

“Kalau dilihat, jari gadis itu ‘kan lebih lentik tidak seperti jari saya. Jadinya perkara sebegini tidak perlu saya pedulikan dan rasanya tidak perlu diperbesarkan,” ujar Luna Maya.

Apa Perasaan Anda Jika Tiba-Tiba Ada Dawai Keluar Dari Perut???

on 4 August 2012


Perasaannya tertekan dan takut untuk berkahwin kerana khuatir bakal suaminya tidak dapat menerima penyakit aneh yang dihadapinya.Begitulah perasaan yang dihadapi oleh seorang wanita bernama Noorsyaidah 40 tahun.Pada mulanya Noorsyaidah seorang yang ceria serta ringan tangan membantu orang lain,namun ketika berusia 22 tahun iaitu pada tahun 1991 ,penyakit aneh telah menimpanya.

Dawai keluar daripada perutnya.Nmaun dia tetap tabah menghadapi segala dugaannya.Dia menjadi seorang guru dan dengan mengajar dia dapat melupakan penyakit anehnya ini.

SUMBER

Tanda Kejatuhan Facebook, Puncanya???

Pembaca sekalian ada akaun palsu Facebook? Atau mungkin pernah terjumpa dengan profil-profil yang kadang-kadang letak nama mengarut macam Kamen Rider, Spongebob Squarepant, Detective Conan atau parodi akaun Najib Razak atau Anwar Ibrahim semata-mata untuk troll?


Kalau ada, anda termasuk dalam 83 juta akaun palsu di Facebook.

Dalam maklumat terkini yang dikeluarkan Facebook rabu lalu, syarikat media sosial tersebut melaporkan 8.7 peratus daripada 955 juta pengguna aktifnya di seluruh dunia adalah akaun pendua mahupun akaun palsu. Akaun pendua (duplicate account) termasuk dalam 4.8% (45.8 juta) daripada pengguna aktif Facebook.

akaun-palsu-facebook

Mengikut terma perkhidmatan media sosial tersebut, pengguna tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu akaun atau mendaftarkan akaun bagi orang lain (ok, ini saya baru tahu). Ibu bapa yang mendaftarkan akaun untuk anak-anak mereka pula melakukan dua kesalahan, kerana kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan mendaftarkan akaun di Facebook.

Apa yang paling merisaukan pihak Facebook adalah terdapat kira-kira 1.5% (14.3 juta) akaun yang diwujudkan semata-mata untuk melanggar peraturan yang ditetapkan Facebook seperti menyebarkan spam.

Menurut pihak Facebook lagi, mereka percaya jumlah akaun palsu tersebut secara umumnya lebih rendah di negara-negara maju seperti Amerika atau Australia, dan lebih tertumpu di negara-negara membangun seperti Indonesia dan Turki.


Untuk mengatasi masalah ini, pihak Facebook akan melumpuhkan akaun-akaun tersebut. Walaupun data-data dari akaun yang dilumpuhkan tidak akan lagi dapat diakses orang ramai, namun ianya akan disimpan di server untuk tujuan keselamatan. Selain itu, jika akaun anda didapati bersalah dan dilumpuhkan, anda tidak dapat lagi untuk membuka akaun tanpa kebenaran daripada Facebook.

Perkembangan ini dijangka memberi masalah kepada Facebook dengan harga saham media sosial itu ditutup lebih daripada 4 sen pada US 20.04 Dollar, penurunan yang sangat ketara sebanyak 47% sejak ia dilancarkan pada Mei lalu pada kadar US 38 Dollar.

Dengan semakin banyak rungutan yang diterima Facebook termasuk cara media sosial itu mengurus maklumat peribadi penggunanya, adakah ini menandakan Facebook berada dalam ambang kejatuhan? Mungkin seperti Myspace, pengguna akan mula beralih kepada media sosial yang lain. Google+ mungkin?

Bukti Ika Nabila Ditaja Golongan VVIP


Pelakon cantik dan berbakat, Ika Nabila, bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air. Terlalu banyak kontroversi melanda Ika Nabila sehingga pernah dilabel 'lesbian', kini lebih senang bergerak sendiri ke majlis-majlis anjuran media.

“Majlis ini Ika datang sorang je, PA Ika tak datang sebab Ika dari rumah tadi. Jadi kalau tak ada perkara yang melibatkan kerja, Ika akan datang sorang je la,” ujar Ika apabila diajukan soalan ke mana perginya PA beliau.

Ketika sesi temubual antara pihak OHBULAN! dengan Ika Nabila di Majlis Buka Puasa anjuran Astro di Hotel Royal Bintang, Damansara, Selangor, rabu lalu Ika memaklumkan bahawa untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, beliau tidak banyak membuat persediaan kerana beliau baru sahaja mengeluarkan kereta baru.

“Tahun ini perancangan untuk Raya tak banyak sangat sebab Ika baru keluarkan kereta baru.” Apabila ditanya apakah jenis kereta barunya itu Ika menjawab, “Alah kereta biasa jer, kereta Vios,” ujarnya sambil tergelak.

Menurut Ika, pada tahun ini beliau akan menyambut Raya di rumah keluarganya di Pulau Pinang, dan setelah itu beliau akan pulang ke kampung di Perak.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Ika baru sahaja selesai pengambaran filem Tanda Putera dan sekarang ini beliau tengah sibuk untuk pengambaran drama TV3 untuk slot Azalia, Darjat.

(Gambar) Alyah Mengerjakan Umrah Secara Senyap-Senyap

Rasanya ramai yang tidak tahu-menahu cerita mengenai penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Kisah Hati' ini telah berangkat pergi ke Kota Suci Mekah (Makkah) untuk mengerjakan umrah pada 31 Julai lalu dan dijangka pulang 12 Ogos ini.

Alyah mengerjakan umrah bersama Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD), S. Mohd Gadaffi Syed Ali, rakan usahawan berjaya Datuk Salmah Ismail dan suami dari Ombak Besar, perunding imej Yana dan pemilik butik, Shahwady.

Kami di sini ingin ucapkan selamat mengejarkan umrah dan semoga permergian Alyah bakal memberikan ketenangan kepadanya bersempena bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

 
 

Pelik!!! Roti Yang Ngeri Dan Menjijikkan

on 3 August 2012


Masih ingat roti seram kepala orang yang masuk di Guiness Book of Record tahun 2006 lalu??? Sekarang khabarnya mereka sudah buka kedai di Mall Taman Anggrek, Jakarta. Benar atau tidak, belum dapat dibuktikan lagi. Siapa tahu ada yang minat untuk merasa hidangan ini. Namun, fizikal roti sebegini memang agak ngeri untuk dimakan. Agaknya mereka dah kehabisan idea mencipta roti yang menyelerakan.

SUMBER

(6 Gambar) Bila Bibir Dicocok Silicon 10 Kali

Kristina Rei, 22 dari St Petersburg Russia menghabiskan lebih RM 20,000 bagi mendapatkan bibir besar macam dubur baboon. Beliau yang mula melalukukan suntikan silikon kedalam bibir sejak berusia 17 tahun masih belum berpuas hati dengan bibir beliau dan bercadang menyuntik lebih banyak silicon supaya ianya lebih besar. Setakat ini beliau sudah melakukan 10 suntikan. Beliau menyuntik bibir menjadi besar kerana mahu kelihatan seperti karakter kartun Jessica Rabbit. Kristina juga berkata selepas beliau sudah berpuas hati dengan bibir beliau akan membesarkan buah dada pula.

 
 

Tonton Dan Download Dejavu Di Kinabalu Episod 28 (Akhir)

Semalam berakhirnya drama sensasi Dejavu Di Kinabalu. Tak sangka pula drama yang menjadi kegemaran ramai ini hanya setakat episode 28 (akhir) sahaja. Kepada sesiapa yang terlepas menonton episod akhir, anda boleh menonton secara streaming di bawah ini.

So, ni link utk korang tengok ending episod kat tonton.com.my. Pastikan korang dah ada akaun kat tonton. Kalau tak, tak boleh nak tengok.

Dejavu Di Kinabalu #TeamBazli - http://bit.ly/NdH2x8

 Dejavu Di Kinabalu #TeamAmmar - http://bit.ly/NdH6gv

Dejavu Di Kinabalu : Episod Akhir Versi Ammar Dan Nadira


Umum mengetahui, pada episod 28 (akhir) pada siri popular Dejavu Di Kinabalu, Nadira akan berkahwin dengan Bazli. Tetapi, pada entri kali ini, kami akan paparkan kepada anda versi Ammar dan Nadira.

Nak tengok versi Ammar dgn Nadira? Jom tengok di Tonton skrg! #dejavudikinabalu - http://bit.ly/DK_Final2

7 Gambar Terbaru Maya Karin Tanpa Solekan (Make-Up)

Dalam sebuah forum tempatan, Cari, seorang peminat telah memuat-naik beberapa keping gambar Maya Karin bersama Yassin. Tidak dapat dipastikan apa yang sedang dilakukan mereka, namun ianya kelihatan seperti mereka sedang mencipta sebuah lagu bersama.

Umum tahu, Maya Karin boleh dikatakan eksklusif apabila kita jarang melihat aktress jelita ini berlakon. Walaupun begitu, namanya sentiasa segar dihalwa telinga peminat.

Apa pun, mari kita lihat beberapa keping foto Maya Karin tanpa mekap di bawah ya!

 
 
 
 
 
 

(9 Gambar) Aksi Manja Erin Malek Bersama Teman Lelaki

Si pelakon muda, Erin Malek yang sudah bersedia berkongsi gambar kekasih hatinya melalui beberapa keping gambar yang dirakam melalui telefon bimbit. Jejaka pilihan Erin sememangnya kacak, masih muda dan manis orangnya. Bak kata orang Indonesia, "pacar yang ganteng"!

Sebagai info, Erin pernah dilihat datang bersama teman lelakinya itu ketika dalam satu majlis amal sebuah majalah hiburan. Mereka dikatakan nampak mesra, sekaligus Erin mengakui lelaki yang dipanggil Walid itu ialah kekasihnya.

 
 
 
 
 
 

Gempar!!! Ular Raksasa Muncul Di Sarawak

on 2 August 2012


Seekor ular raksasa berenang di Sungai Baleh, Sibu, Sarawak. Sebuah gambar ular raksasa dilihat berenang melenggak-lenggok di sebuah sungai tropis yang dikelilingi oleh hutan gambut. Ular berwarna hitam itu sangat besar, hampir memenuhi sungai yang terletak di tengah-tengah hutan rawa yang rimbun. Air berombak di kiri kanannya. Gambar itu dipercayai diambil dari sebuah helikopter.

Kalimantan memang memiliki ular-ular raksasa. Namun, ular besar yang baru ditemukan itu adalah sejenis sanca atau python atau masyarakat Kalimantan menyebutnya ular sawa, yang panjangnya belasan meter.

Namun, ular yang terpampang pada gambar jauh lebih panjang dan besar dibandingkan dengan penemuan python selama ini. Dikatakan panjangnya lebih 100 kaki atau sekitar 33 meter.

Gambar tersebut diambil oleh anggota wilayah bencana banjir yang kemudian diterbitkan oleh Utusan Sarawak, sebuah akhbar tempatan. New Straits Times di Kuala Lumpur juga memuat gambar tersebut yang kemudian diikuti oleh The Telegraph, Inggeris.

Ada juga yang tidak memercayai gambar itu dan menganggapnya rekaan semata-mata. Hal ini karana terlalu jauhnya pengambilan gambar ular tersebut. Benar atau tidak, gambar itu sudah membuat masyarakat di sekitar Serawak, khususnya Sibu, ketakutan kerana sungai itu merupakan nadi pengangkutan masyarakat selama ini.

Berdasarkan legenda yang di kalangan masyarakat setempat, memang dipercayai adanya 'Anaconda' di kawasan tersebut yang bernama Nabau. Menurut kepercayaan, Nabau merupakan ular dengan panjang 80 meter dengan kepala naga dan tujuh lubang hidung. Masyarakat desa yang tinggal di Sungai Baleh Borneo memercayai makhluk mistik tersebut. Selain itu, masyarakat memang sering melihat ular-ular besar di kawasan itu.

Persoalannya, adakah gambar tersebut asli, apakah ular yang dilihat itu sejenis Python atau Anaconda? Hingga kini masih belum ditemui Anaconda di Kalimantan, kecuali dalam filem Anaconda: The Hunt For The Blood Orchid.

Rekor ular terpanjang saat ini memang anaconda (eunectes) dari Amazone. Anaconda merupakan keluarga boa. Panjang anaconda yang baru ditemukan adalah 50 kaki, namun para ilmuwan percaya ada anaconda yang panjangnya 80 kaki, bahkan 100 kaki dari penemuan kulit ular tersebut oleh sekumpulan ekspedisi Inggris pada tahun 1992. Dalam keluarga anaconda, menurut sejarah lingkungan Mongabay, yang terbesar adalah anaconda hijau (Eunectes murinus). Panjangnya mencapai 43 meter.

Python Asia adalah ular terpanjang kedua. Ilmuwan menyebutnya Asiatic Reticulated Python (Python reticulatus). Python terpanjang yang ditemukan di kawasan Kalimantan panjangnya 33 kaki, dan merupakan rekor dunia sanca terpanjang saat ini. Para ilmuwan percaya panjang python boleh mencapai 50 kaki atau sekitar 15 meter.

Bezanya, anaconda lebih langsing dan pakar berenang. Sementara python lebih gemuk dan hanya suka kelembapan, bukan di air. Anaconda menggigit mangsanya sehingga mati sebelum menelan, sementara python menggunakan kekuatannya dengan membalut mangsa sehingga tulang-belulangnya hancur atau tak bergerak lagi, kemudian ditelan.

Awal Februari lalu, para ilmuwan menemui fosil ular seberat sebuah kereta. Ular itu dikatakan boleh menelan binatang sebesar lembu. Raksasa sepanjang 45 kaki bernama Titanoboa sangat besar dan hidup dengan memakan buaya dan kura-kura raksasa. Beratnya mencapai 1,25 tan. Ia biasa merayap di sekitar hutan-hutan tropika Amerika Selatan 60 tahun lalu.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved