Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Gelagat Comel Mia Sara Di Majlis Berbuka Puasa Domino Pizza

on 12 August 2012

Pelakon cilik, Mia Sara telah menghadiri satu majlis berbuka puasa anjuran Domino Pizza di Restoran Domino Pizza The Weld. Selain adik manis yang petah berkata-kata ini, kelihatan juga Elfira Loy dan penyanyi Kaka Azraff.

Mengenai persiapan raya, tahun ni Mia Sara beraya bersama ibunya di Johor Bahru. Mia akan berada di kampung lebih kurang seminggu.

 
 
 
 
 
 
 
 

Sudah Ada Pengganti Lee Chong Wei

 

Nampaknya usia pemain badminton nombor satu badminton bagi negara kita, Datuk Lee Chong Wei sudah semakin lanjut untuk meneruskan cabaran dalam permainan badminton terutamanya Olimpik 2016 yang bakal diadakan di Rio de Janeiro.

Juara perseorangan badminton remaja dunia, Zulfadli Zulkifli adalah calon paling sesuai bagi menebus kegagalan Lee Chong Wei meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik. Dia melakukan apa yang tidak pernah dilakukan pemain badminton negara sebelum ini dengan menjuarai Kejohanan Remaja Asia, Komanwel dan Dunia selain muncul juara Sukan Malaysia (SUKMA).

“Lagipun, ciri-ciri kekuatan mental dan fizikal padanya mirip apa yang ada dalam diri Lin Dan dan Taufik Hidayat. Jadi, kita berjanji akan cuba menyiapkannya menjadi pemain yang lebih mantap dan kuat menjelang Sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada 2016,” kata Presiden KLRC, Datuk Seri Andrew Kam, semalam.

(Video) Monorel KL Rosak, 183 Penumpang Cemas 11 Ogos 2012


Kira-kira 183 penumpang berdepan detik mencemaskan apabila monorel yang dinaiki rosak dan tersangkut di atas landasan di Brickfields hari ini.

Jurucakap bilik gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 2.18 petang.

"Monorel itu tersangkut berhampiran Stesen Tun Sambanthan sejurus keluar dari stesen tersebut menuju ke Stesen seterusnya, iaitu Maharajalela," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata seramai 35 anggota bomba dan enam jentera dari Balai Bomba Hang Tuah, Taman Desa, Pantai, Sri Hartamas bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

"Kami menyelamatkan 63 mangsa menggunakan kren bomba dan selebihnya menggunakan kaedah 'train-to-train evacuation' untuk menolak tren terbabit ke stesen Tun Sambanthan," katanya sambil menambah operasi menyelamat tamat pada kira-kira 4 petang.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Azhar Ghazali berkata kejadian berlaku pada 1.58 petang ekoran masalah 'traction Control' yang menyebabkan enjin berhenti secara automatik.

"Bagaimanapun, operasi berjalan seperti biasa pada 4.30 petang selepas operasi membaik pulih monorel selesai," katanya.

Beliau berkata seramai tiga penumpang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana seorang daripada mereka pengsan manakala dua lagi sesak nafas berikutan kejadian itu.

Sementara itu, seorang penumpang, Nur Izzah Nazihah Hasnul Bahrin, 14, dari Nilai, berkata sejurus sebelum insiden itu, tren yang bergerak seperti biasa tiba-tiba berhenti secara mengejut.

"Enjin tren berhenti secara tiba-tiba dan penghawa dingin juga tidak berfungsi," katanya.

Beberapa minit kemudian, beliau berkata semua penumpang mula cemas apabila terlihat dua orang pengsan akibat sesak nafas, selain keadaan yang panas di dalam tren itu.

"Satu jam kemudian, kami semua amat gembira apabila melihat anggota bomba tiba dan menyelamatkan semua penumpang," katanya.

Sementara itu, seorang pelancong dari England yang hanya ingin dikenali sebagai Matthew, 27, berkata keadaan di dalam tren amat sesak sebelum beliau menaikinya di Stesen Tun Sambanthan untuk ke Stesen Maharajalela.

"Ketika tren tiba-tiba berhenti masih ada penumpang yang ketawa kerana tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku," katanya.

Ular Berkepala Tujuh???

on 11 August 2012


Gambar ular berkepala tujuh ini banyak beredar di dalam Facebook baru-baru ini. Gambar ini dikatakan diambil sebelum Hari Raya Aidiladha tahun lepas yang diambil oleh seorang pelombong di Maran.

Dikatakan juga saksi sempat mengambil gambar sebelum bertempiaran lari. Gaya-gayanya penampakan yang aneh seperti ini biasanya gangguan makhluk halus/jin/iblis. Tengok lokasi gambar ini diambil, alur air. Tempat lembab dan berair sentiasa menjadi tumpuan ‘makhluk lain’ melepak.

Mahu dikatakan 'photoshop', macam low quality sangat gambar ni. Dari bentuk ular tersebut, aku yakin ular tersebut dari keluarga tedung. Korang tengok gambar ular kepala tujuh kat bawah ni. Tapi jangan berlebih-lebihan sampai percaya yang pelik-pelik hingga boleh terjejas akidah sudah la ya!

 

Takziah!!! Ayah Fouziah Gous Meninggal Dunia


Baru sahaja sebentar tadi kami mendapat tahu mengenai pemergian ayahanda aktres Fouziah Gous di akaun Twitter miliknya. Takziah penulis ucapkan pada Fouziah Gous dan sekeluarga. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

(Gambar) Lagi Kes Remaja Bangga Teguk Arak


Bermacam-macam masalah sosial yang dihadapi golongan remaja masa kini. Contohnya, kes terbaru remaja ini yang sangat bangga meminum arak dan memuat naik (upload) di akaun Facebook miliknya.

Kitab suci Al-Quran melarang pengambilan alkohol di dalam ayat berikut: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)

Teh Paling Mahal Di Dunia Adalah Teh Terjijik Di Dunia

Kopi luwak dari pencernaan najis musang yang berasal dari Indonesia merupakan kopi termahal di dunia. Dari situlah, timbul idea seorang pakar dari China, An Yanshi, untuk membuat ramuan teh termahal di dunia.



An Yanshi yang juga seorang pensyarah mengatakan, teh paling mahal di dunia ini dibuat dari najis panda. Dia telah mengumpulkan lima tan najis panda untuk mencipta teh yang pelik.

Dia percaya, teh yang dibuat dari najis panda mampu menaikkan aroma dan rasa yang unik bagi peminumnya. Teh najis panda dijual dengan harga £50 000 untuk 1kg.

"Panda memiliki sistem pencernaan yang kurang baik dan hanya menyerap sekitar 30% dari apa yang mereka makan. Itu bererti, najis mereka kaya dengan serat dan nutrisi, " jelas Yanshi seperti dipetik dari Metro.

Teh termahal di dunia

"Teh najis panda akan mengeluarkan aroma istimewa seperti kacang," katanya. 

Bagi meneruskan hasratnya, Yanshi mengumpulkan najis tersebut dari pusat Panda di Chengdu, Sichuan, Selatan China. Dia merancang ingin menempa nama dalam Guiness World Record untuk 'Teh Termahal Di Dunia'.

Hingga hari ini, kopi luwak dikenali sebagai kopi termahal di dunia. 450 gram kopi tersebut dijual dengan harga £100.


SUMBER

Rihanna Puji Kehebatan Yuna Di Twitter

on 10 August 2012



Wow!!! Nampaknya kehebatan Yuna ataupun nama sebenar Yunalis Zarai sudah mula diketahui oleh selebriti-selebriti antarabangsa. Tak sia-sia Yuna melakukan tour di USA apabila Rihanna menerusi akaun Twitter-nya telah memuji kehebatan Yuna.


Bukan senang bagi artis Malaysia mendapat pujian penyanyi antarabangsa sehebat Rihanna. Nampaknya bakat Yuna telah mula disedari oleh mereka. Mungkin satu hari nanti kita akan dapat melihat Yuna berkolaborasi dengan nama-nama besar di Hollywood. Yuna turut membalas pujian Rihanna dengan ucapan terima kasih.


Diharapkan Yuna akan terus gigih berusaha bagi mengembangkan namanya di persada Hollywood. Mana tahu suatu hari nanti boleh dijemput untuk buat show di Grammy Awards. Pastinya semua rakyat Malaysia akan berbangga. Good luck and all the best daripada Katak Comel buat Yuna.

(Gambar) Baru Tunaikan Umrah. Kini Julia Perez Menari Tiang Pula!



Penulis tidak mampu berkata apa-apa jika ianya melibatkan selebriti dari seberang (Indonesia) iaitu Julia Perez. Pastinya ramai yang sudah tahu bahawa selebriti ini yang lebih mudah dikenali dengan nama Jupe ini baru sahaja menunaikan umrah pada bulan lepas dan kini beliau dilaporkan menari ala ‘striptease’ di sebuah tiang lampu di Gatot Subroto, Jakarta Selatan.

Tujuan Jupe menari tiang adalah kerana dia mahu menunaikan nazar (janji) yang telah dibuatnya sebelum ini. “Kalau saya sampai satu juta follower di Twitter saya akan strip di lampu merah”, ujar Jupe.

Dan pada 7 Ogos lalu, genaplah 1 juta pengikut Jupe di laman Twitter-nya. Biarpun aksi Jupe yang mengghairahkan itu telah menarik pandangan ramai pengguna lalu lintas, namun tiada kemalangan dilaporkan.

(Gambar) Nicholas Saputra Gandingan Tiz Zaqyah Untuk Iklan Aidilfitri


Nampaknya ‘perang’ iklan raya Aidilfitri tahun ini sudahpun bermula. Namun sehingga kini, iklan Bernas masih mendahului yang lain.

Masih ingatkah anda akan Nicholas Saputra yang memegang watak idaman ramai gadis di dunia nyata dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? Ya, jejaka bernama Rangga.

Tiz Zaqyah melalui Facebook beliau berkongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan bintang Indonesia itu kini sedang berada di Malaysia untuk penggambaran.

Namun, kedatangan Nicholas Saputra bukan untuk berlakon drama atau filem, tetapi ia’nya satu sessi pengambaran sebuah iklan baru bersempena kedatangan Aidilfitri.

Tidak dapat di’pastikan keluaran siapa tetapi iklan raya ini turut melibat Tiz Zaqyah, Fatimah Abu Bakar & juga Sam Bunkface.

Pasti menarik hasil iklan raya Aidilfitri yang bakal keluar nanti. Sementara itu, nikmati gambar hasil ‘curi’ kami dari Facebook rasmi Tiz Zaqyah.

 
 

(Gambar) Johari Pain Nak Kerat Anu Kalau Pandelela Menang Pingat

Johari Pain telah menulis di status Facebook-nya yang dia akan kerat ‘anunya” kalau Pandalela menang pingat pulang ke Malaysia dan ianya telah mencetuskan ketidakpuasan hati ramai peminat sukan tanah air.

Dan dipendekkan cerita Pandelela Rinong telah memenangi pingat gangsa dalam acara 10M platform semalam. Jadi, camne tu??? Bak kata pepatah ” Kerana pulut santan merasa, kerana mulut badan binasa”.

Apa Sudah Jadi Dengan Sharifah Sofia???


Khabar terbaru yang kurang menyenangkan daripada seorang selebriti tanah air, Sharifah Sofia. Baru-baru ini, Sharifah Sofia telah pergi ke sebuah pusat hiburan (disko) untuk menghabiskan masa seperti yang biasa beliau lakukan sebelum beliau berhijrah pun.

Namun kunjungan Sharifah Sofia dalam keadaan berhijab ke pusat hiburan itu telah mengundang kurang senang pengunjung lain sebelum pekerja di’situ meminta beliau keluar.

“Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Masa itu saya tertanya kenapa kehadiran saya dipersoalkan kerana saya bukannya mengambil minuman keras atau pun buat perkara yang tidak senonoh pun?” ujar Sharifah Sofia.

Beliau kemudian berkongsikan pengalaman itu di Twitter dan membaca buku agama sebelum menyedari kewajaran untuk mengelakkan tempat sebegitu jika ingin berhijrah sepenuhnya.

(Gambar) Siti Nurhaliza Ambil Lesen Memandu

Enam keping gambar yang dikongsikan oleh seorang peminat hiburan di forum Cari menunjukkan penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza sedang menjalani ujian untuk lesen memandu beliau.

Koleksi gambar yang rare ini mungkin di’ambil sekitar tahun 2000 dan ketika itu memang Dato’ Siti Nurhaliza sedang enak mengecapi populariti beliau sebagai penyanyi.

Tulis banyak tiada berguna, bukan anda semua peduli #LOL. Lagi gambar Dato’ Siti Nurhaliza ambil lesen memandu selepas ini. Anda sudah ada lesen???

 
 
 
 
 

Askar Menyeksa Dua Ekor Monyet Spesies Terancam

on 9 August 2012

Tiga orang askar Vietnam ini digugurkan daripada tentera selepas gambar mereka menyeksa dua ekor monyet spesies terancam tersebar di laman Facebook dan mencetuskan kemarahan orang ramai. Akhbar Tentera Rakyat semalam berkata, tiga askar itu disingkirkan daripada unit mereka di wilayah tengah Gia Lai manakala lapan lagi askar diberikan amaran.

Lelaki berkenaan membeli monyet 'douc langurs' berbulu kelabu itu daripada penduduk kampung sebelum menyeksa haiwan itu dan membayar penduduk supaya menyembelihnya. Seorang daripada askar terbabit memuat naik foto penderaan itu di laman Facebook miliknya.Laporan akhbar itu berkata, tiga penduduk kampung turut ditahan kerana memburu monyet liar.

 
 

SUMBER

Sebab Tersembunyi Mengapa Anne Ngasri Jatuh Cinta Pada Aliff Aziz


Selebriti tanah air, Anne Ngasri, 28 mengaku bahawa beliau tidak pernah menolak jodoh jikalau ditakdirkan untuk berkahwin lagi. Ibu kepada tiga orang anak ini turut mengaku hubungan antara dirinya dan penyanyi yang berasal dari Kota Singa, Aliff Aziz, 21 kini sudahpun merancang untuk ke jinjang pelamin.

Perbezaa usia selama lapan tahun, bukan satu penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan sejak lapan bulan yang lalu. Tambahan pula, keluarga di kedua-dua belah pihak turut merestui hubungan mereka.

Apabila bercerita mengenai detik perkenalan pasangan ini, Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri memaklumkan bahawa dia dan Aliff kali pertama bertemu di lokasi penggambaran telefilem “Cinta Kita,” di mana pada ketika itu mereka digandingkan bersama. Menurut Anne lagi, pada peringkat awal perkenalan, status mereka hanya sekadar kawan biasa dan persahabatan tersebut akhirnya bertukar menjadi cinta sekaligus ke tahap mengenali hati budi masing-masing.

Bercerita mengenai ciri-ciri yang terdapat pada Aliff, Anne memaklumkan bahawa penyanyi lelaki tersebut seorang yang “gentleman” dan lebih matang daripada usianya. Selain itu, Anne mengaku bahawa sikap Aliff yang berani datang ke rumah untuk berjumpa dengan ibu bapanya, dan meminta izin mereka untuk membawa Anne keluar merupakan sebab mengapa Anne terpaut hati dengan Aliff.

Untuk pengetahuan umum, sebelum ini Anne Ngasri pernah berkahwin dengan bekas suaminya, Abdul Wafi Hassan. Namun begitu, rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama kerana akhirnya bercerai. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4 dan Naszharah Afroza, 2.

(Gambar Terbaru) Intan Ladyana Kini Berambut Pendek


Pelakon cantik dan berbakat, Intan Ladyana bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air. Telah banyak drama dan filem yang dibintanginya seperti Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit, V3 Samseng Jalanan, Bini-biniku Gangster dan banyak lagi.

Jika sebelum ini Intan Ladyana sering dilihat cantik dengan berambut panjang, tetapi demi memenuhi keperluan filem lakonan terbarunya, Dampak, Intan terpaksa mengunting pendek rambutnya.

Menurut Intan Ladyana, pada awalnya beliau agak gelisah untuk memotong rambutnya kerana sudah terlalu lama dengan imej berambut panjang. Disamping itu, beliau turut mengaku bimbang dengan imej berambut pendek akan menyebabkan mukanya kelihatan lebih berisi. Menurut Intan lagi, kali terakhir beliau berambut pendek adalah ketika menuntut di tingkatan tiga pada zaman persekolahannya dahulu.

Selain itu, Intan turut melahirkan rasa gembira dengan imej terbarunya, kerana kini beliau tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk bersiap apabila ingin keluar rumah. Tambahan pula untuk menguruskan rambut pendek adalah sangat mudah dan tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk berdandan.

 
 
 
 
 

Diana Danielle Dedahkan Siapa Teman Sehidup Sematinya


Pelakon muda jelita yang berbakat, Diana Danielle diberi peranan sebagai guru sekolah rendah dan ia adalah pengalaman baru di kala beraksi kala beraksi dalam Hantu Gangster di bawah arahan Namewee.

Namun, beliau kali ini berlakon bersama Namewee sebagai pasangannya dan bukan Farid Kamil.Dalam pada itu, sumber kami sempat menanyakan hubungannya dengan Farid Kamil.

"Kami masih lagi bercinta, tetapi mungkin lebih manis kalau saya katakan Farid merupakan soul mate saya. Dia memahami diri saya dan seorang teman yang sentiasa ada untuk saya.

"Saya beruntung mengenalinya kerana Farid seorang yang matang, macam abang pun ada sebab dia selalu bagi tunjuk ajar dan nasihat tidak kiralah dalam lakonan mahupun hal-hal lain,"jawabnya ringkas.

(Gambar Terbaru) Aksi Comel Arrinshah, Anak Lelaki Tomok

Ragam anak Tomok yang bernama Arrianshah Akid ini sungguh menghiburkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Untuk pengetahuan anda, pada 29 mei 2012, anak pasangan Tomok dan Ayu telah selamat dilahirkan di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur beberapa bulan lalu.

Rasanya, tentu Tomok dan isteri tak menang tangan melayan kaletah anak lelaki mereka yang makin aktif itu.

 

Pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Kini Sah Bertudung


Pagi ini, agak di Twitter apabila beberapa orang peminat yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej dan penampilan positif Nurul Syuhada Nurul Ain.

Nurul Syuhada dilihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata-rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.

Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”

(Gambar) Penangan Aiskrim Baskin Robbins Free

on 8 August 2012

Tepat 10 Malam. Tamatlah Pemberian Aiskrim Percuma. Ramai betul yang beratur semata-mata untuk dapatkan satu 'scoop'  aiskrim Baskin Robbins percuma. Mari kita tengok sedikit gambar yang menggambarkan suasana di Baskin Robbins.

 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved