Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

APA SUDAH JADI DENGAN FARAH ASYIKIN???

on 28 August 2012


APA SUDAH JADI DENGAN FARAH ASYIKIN - Artis tanah air yang baru sahaja berhijrah dengan mengenakan tudung, Farah Asyikin telah terlibat dalam kemalangan jam 8.00 pagi tadi.

Kejadian berlaku di hadapan pejabat Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara apabila kereta dipandu Farah Asyikin melanggar sebuah kereta orang awam.

Kedua-dua yang terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun kereta Mitsubishi yang dipandu Farah Asyikin agak teruk keadaannya.

 

GAMBAR BEEGO BERAYA DI DISKO


GAMBAR BEEGO BERAYA DI DISKO | KELAB HIBURAN - Pelakon yang sering dihambat kontroversi, Beego telah mencetuskan kontroversi baru apabila gambar beliau 'beraya' di kelab hiburan dapat dihidu.

Gambar ini telah diambil dalam minggu lepas, ketika seluruh umat Islam sedang sibuk merayakan Aidilfitri. Imej terbaru Beego ini kelihatan sedikit ‘nakal’ dengan misai dan janggut serta anting-anting yang dapat dilihat di telinga kirinya.

 

DIANA AMIR SUDAH JUMPA KEKASIH HATI

DIANA AMIR SUDAH JUMPA KEKASIH HATI -Pasti ramai jejaka yang sedang 'frust menonggeng' apabila membaca entri ini kan. Mana tidaknya, pelakon yang kini sudah bertudung, Diana Amir adalah antara gadis melayu terakhir idaman malaya.

Oops, nanti dulu. Ini semua hanya berlaku di dalam filem terbaru lakonannya yang bercirikan cinta islamik, Salam Cinta. Sekarang, lelaki-lelaki di luar sana boleh menarik nafas lega. Fuhhh.

Filem ini dibintangi Diana Amir dan Kamal Adli. Ianya akan mula ditayangkan pada 6 September 2012. Sebelum itu, mari kita lihat gambar-gambar menarik dalam filem ini.

 
 
 
 

23 BANGUNAN YANG MEMPUNYAI WAJAH LUCU

on 27 August 2012

23 BANGUNAN YANG MEMPUNYAI WAJAH LUCU - Berikut adalah gambar bangunan yang mempunyai wajah yang lucu. Mari terjah...

 
  
  
 
  
  
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

DAGING KUCING ENAK DIMAKAN???


KARI DAGING KUCING ENAK DIMAKAN??? | Makanan Eksotik - Mungkin ramai di antara pembaca sukakan kucing sehingga tidak sanggup untuk memakannya bukan? Tetapi di Myanmar, kucing adalah salah satu makanan yang amat sedap dan lazat, lebih-lebih lagi jika ianya dimasak kari.

“Daging kucing sangat enak, tambah pula jika dimasak kari dicampur cili supaya lebih pedas. Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak di majlis keraian," ujar Jimmy, pemuda dari Myanmar.

Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti  arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana ia boleh kekuatan tenaga batin.

GAMBAR TERBARU NORA DANISH YANG SANGAT MENGGODA


GAMBAR TERBARU NORA DANISH YANG SANGAT MENGGODA - Janda muda yang kerap dihujani kontroversi, Nora Danish telah upload gambarnya yang sangat menggoda ke laman sosial. Mungkin ramai jejaka di luar sana akan cair dengan gambar di bawah ini.

GEMPAR!!! AZWAN ALI SUKA MAKI HAMUN DI LOKASI, TIDAK BAYAR PELAKON EKSTRA


AZWAN ALI SUKA MAKI HAMUN DI LOKASI, TIDAK BAYAR PELAKON EKSTRA - Barang siapa yang terpacak depan televisyen pada hari raya lalu, pasti perasan dengan sebuah drama muzikal komedi, Lemang Sebatang.

Al-kisahnya, ada seorang peminat bercerita mengenai Azwan Ali yang masih berhutang dengan pelakon ekstra untuk program tersebut sehingga hari ini.

Azwan Ali berjanji akan membayar RM50 untuk tiga hari berkerja buat setiap pelakon ekstra yang terlibat namun sesen pun tidak diterima.

Bukan setakat tidak menerima bayaran, para pelakon ekstra ini juga tidak diberikan makan minum sepanjang tiga hari bekerja malah pelakon ekstra dimaki hamun.

USTAZ DON KOMEN PASAL BULAN MADU


USTAZ DON KOMEN PASAL BULAN MADU - Penceramah popular masa kini, Ustaz Don atau nama sebenar Don Daniyal Don Biyajid, 28, berkata alam perkahwinan yang baru miggu lepas seperti melengkapkan imannya.

“Perkahwinan juga ibarat pembuka kepada mata hati dan seterusnya dapat memantapkan iman termasuklah keenam-enam rukunnya,” kata Don Daniyal Don Biyajid.

Beliau yang lengkap dengan baju Melayu dan bersongkok manakala isteri kesayangannya, Husna yang manis mengenakan baju kurung moden berwarna putih krim mengucapkan tanda syukur atas jodoh pertemuannya dengan penceramah agama itu.

Don yang lebih popular dengan panggilan Ustaz Don mengakui masih tidak memikirkan lokasi bulan madunya bersama Husna.

Pasangan pengantin sama padan itu juga akan berjauhan seketika selepas ini apabila Husna dijangka kembali ke Mesir bagi menyambung tahun akhir pengajian perubatannya di sana. Ustaz Don berkata, dia masih belum tahu bagaimana perjalanan hidupnya bersama Husna sekiranya berjauhan nanti.

“Mungkin saya akan ke sana ataupun tidak itu masih belum dirancang, semuanya atas ketentuan Allah, insya-Allah,” katanya.

KEJAM!!! SEMBUR RACUN KE MULUT ISTERI


KEJAM!!! SEMBUR RACUN KE MULUT ISTERI | JENAYAH - Seorang wanita cuba mengubah pendekatan lain dengan berdiam diri apabila suaminya marah, namun tindakan itu tidak berhasil dan menyebabkan dirinya menerima padah lebih teruk apabila mulutnya disembur dengan racun serangga.

Kejadian berlaku jam 10.30 malam dua hari lepas, di rumah mereka di Taman Bukit Segar, Cheras, di sini, dan mangsa yang berusia 26 tahun turut ditendang sebelum melarikan diri apabila suaminya cuba mencelup tangannya ke dalam kuali mengandungi minyak panas.

Mangsa mendakwa sebelum kejadian, dia dijemput suaminya selepas habis waktu bekerja, namun sebaik saja masuk ke dalam kereta suaminya yang mabuk terus memukul kepalanya.

Suami mangsa kemudian memarahi mangsa kerana tidak mahu berbual dengannya. Mangsa yang ketakutan terus mendiamkan diri sebelum dibawa pulang ke rumah.

Sebaik tiba di rumah, mangsa bergegas ke dapur menyiapkan masakan untuk suaminya sebelum dia dipanggil ke ruang tamu dan suaminya bertanya kenapa dia seperti sudah berubah sikap.

KEK PERKAHWINAN PALING PELIK DI DUNIA

on 26 August 2012

KEK PERKAHWINAN PALING PELIK DI DUNIA - Para pembaca semua mungkin sudah biasa dengan kek perkahwinan yang bertingkat-tingkat dan penuh dengan pelbagai simbolik mengenai sesebuah perkahwinan. Tetapi, gambar yang kami akan paparkan di bawah ini sangat pelik dan rasanya seperti tiada kena mengena dengan perkahwinan. Mari terjah...

 
 
 
 
 
 
 
 

SUMBER

DARAH DAGING TIDAK TERIMA, SI KAYA MEREMPAT


DARAH DAGING TIDAK TERIMA, SI KAYA MEREMPAT - Hidup dua beradik ini dahulunya senang-lenang kerana orang tua mereka ahli perniagaan berjaya di Johor Bahru, malah si abang pernah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Tetapi kini tidak lagi, akibat dadah, mereka kini hidup merempat di ibu kota sehingga mengutip sisa makanan dalam tong sampah untuk dijadikan pengalas perut.

Itulah harga yang perlu dibayar Mat, 28, dan Azri, 25, selepas dihalau dan dipulau keluarga, lima tahun lalu. Lebih memburukkan keadaan, kedua-duanya kemudian disahkan menghidap Aids.

Sebelum dibuang keluarga yang kini tidak mengaku mempunyai pertalian darah, dua beradik itu mendakwa pernah dipukul, dikurung serta dibelasah ahli keluarga kerana dianggap memalukan mereka.

Mendakwa insaf dan tidak lagi mengambil bahan terlarang itu, kedua-duanya mengakui detik hitam mereka berpunca daripada kesilapan sendiri akibat terlalu hanyut dalam nikmat dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved