Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

DARAH DAGING TIDAK TERIMA, SI KAYA MEREMPAT

on 26 August 2012


DARAH DAGING TIDAK TERIMA, SI KAYA MEREMPAT - Hidup dua beradik ini dahulunya senang-lenang kerana orang tua mereka ahli perniagaan berjaya di Johor Bahru, malah si abang pernah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Tetapi kini tidak lagi, akibat dadah, mereka kini hidup merempat di ibu kota sehingga mengutip sisa makanan dalam tong sampah untuk dijadikan pengalas perut.

Itulah harga yang perlu dibayar Mat, 28, dan Azri, 25, selepas dihalau dan dipulau keluarga, lima tahun lalu. Lebih memburukkan keadaan, kedua-duanya kemudian disahkan menghidap Aids.

Sebelum dibuang keluarga yang kini tidak mengaku mempunyai pertalian darah, dua beradik itu mendakwa pernah dipukul, dikurung serta dibelasah ahli keluarga kerana dianggap memalukan mereka.

Mendakwa insaf dan tidak lagi mengambil bahan terlarang itu, kedua-duanya mengakui detik hitam mereka berpunca daripada kesilapan sendiri akibat terlalu hanyut dalam nikmat dunia.
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

yusuflaili(Goku) said...

sian masih muda dah bergini jadinya..takkan salahkan mereka jer.


26 August 2012 at 09:39
THE AUTHOR said...

Silap percaturan dlm kehidupan..inilah jawapannya


26 August 2012 at 22:00
Mrs. Amad said...

mmg susah nk pulihkan org ceni..


28 August 2012 at 08:32
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved