Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

BELANJAWAN 2013 : PENJAWAT AWAM BAKAL TERIMA BONUS 2 BULAN GAJI

on 9 September 2012


PENJAWAT AWAM BAKAL TERIMA BONUS DUA BULAN GAJI | BELANJAWAN 2013 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengharapkan kerajaan memberi bonus paling tinggi kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.

Cuepacs memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

Penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.

GAMBAR TERBARU NEELOFA YANG NAMPAK PEHA



GAMBAR TERBARU NEELOFA YANG NAMPAK PEHA | NEELOFA SEKSI - Gempar sebentar apabila pelakon dan usahawan internet, Neelofa apabila terdapat sekeping gambar yang terlalu seksi sehingga menampakkan peha. Namun, gambar itu dikatakan super impose.

GEMPAR!!! AL-QURAN DIBAKAR DI PULAU PINANG


AL-QURAN DIBAKAR DI PULAU PINANG - Seorang ustazah terkejut apabila menemui sebahagian daripada naskhah al-Quran dibakar di dalam kelas di sebuah sekolah menengah di Balik Pulau semalam.

Kejadian jam 9.50 pagi itu, wanita terbabit memasuki kelas pelajar Tingkatan Lima untuk memulakan sesi pengajaran sebelum ternampak satu naskhah kitab suci terbuka di atas lantai. Dia kemudian mengambil naskhah berkenaan untuk disimpan di tempat sesuai, tetapi terkejut melihat tiga helaian dalam al-Quran itu terbakar selain turut menemui tiga batang mancis tidak jauh dari situ. Kejadian kemudian dilaporkan kepada polis.

Jurucakap polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang serta sengaja menyebabkan suasana tidak harmoni dengan siasatan awal mendapati kali terakhir kelas itu digunakan ialah 3 September lalu untuk ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zain, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

TAKZIAH!!! BAPA ANGKASAWAN NEGARA MENINGGAL DUNIA

on 8 September 2012


AYAH ANGKASAWAN NEGARA MENINGGAL DUNIA - Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur pada jam 9.26 pagi tadi.

Jutaan takziah penulis ucapkan kepada Sheikh Muszaphar dan keluarga. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

GAMBAR FAZURA BERAKSI BERSAMA KERETA RM 1 JUTA

on 7 September 2012

GAMBAR FAZURA BERAKSI BERSAMA KERETA RM 1 JUTA | Gambar Artis - Pelakon terkenal, Fazura baru-baru ini bergaya bersama sebuah kereta sukan atau sports car yang berharga mencecah satu juta ringgit, Maserati GranTurismo.

Dan kalau para pembaca ingin tahu, kasut yang dipakainya juga sudah mencecah RM 3 000. Wow!!!

 

RITA RUDAINI MEROYAN LAGI, EPISOD PERANG DENGAN AYU RAUDHAH KEMBALI


RITA RUDAINI MEROYAN LAGI, EPISOD PERANG DENGAN AYU RAUDHAH KEMBALI | Berita Artis - Ayu Raudhah bercerita tentang pengalaman keguguran kandungan yang dialami sekitar beberapa bulan yang lalu.

Ayu Raudhah berkata mungkin kerana beliau bekerja terlalu keras & sebab itulah keguguran itu berlaku — kini beliau ingin berehat untuk berusaha menghasilkan zuriat.

Lain ceritanya dengan Rita Rudaini yang meluahkan perasaan beliau terhadap apa yang berlaku ke atas Ayu Raudhah — dan menganggap semua itu sebagai balasan Tuhan.

“Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu ketika pregnant. Macam itu’lah rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah Itu Maha Adil,” tulis Rita Rudaini kelmarin.

Tulisan Rita Rudaini itu sebenarnya di’sambut oleh suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha juga melalui Twitter dengan mengatakan pelakon itu kini sudah mula meroyan.

 
 
 
 

TAKZIAH!!! AZZA ELITE KEGUGURAN

on 6 September 2012


AZZA ELITE KEGUGURAN | Berita Artis - Selebriti tanah air, Azza Elite telah mengalami keguguran setelah mengesahkan beliau mengandung tidak lama dulu.

Jutaan takziah penulis ucapkan kepada Azza dan keluarga. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

VIDEO PARODI SORE EYES 5 DAYS MC DARI NORA DANISH DAN ADY PUTRA


VIDEO PARODI SORE EYES 5 DAYS MC DARI NORA DANISH DAN ADY PUTRA - Rakaman video seorang budak perempuan yang membuat aksi-aksi “pelik” dengan mesej “Sore Eyes” & “5 Days MC” pernah jadi fenomena tidak lama dahulu. Dan sekarang, dua orang artis popular tanah air, Nora Danish dan Ady Putra bergabung untuk video parodi “Sore Eyes” & “5 Days MC.

KISAH BENAR IBU TUNGGAL INI DIUSIR 12 HANTU


KISAH BENAR IBU TUNGGAL INI DIUSIR 12 HANTU | KISAH SERAM | GANGGUAN MAKHLUK HALUS - Seorang ibu tunggal, Vanessa Mitchell, 37, menceritakan kembali peristiwa beliau berdepan dengan 12 hantu sehingga terpaksa berpindah ke rumah lain.

Hantu-hantu itu bertindak memukulnya dari belakang, menarik rambutnya dan cuba menolak tetamunya di tangga. Selain itu, mereka juga mengalihkan objek di sekitar rumah, menggoncang tombol pintu dan membuka paip air. Paling mengerikan, hantu itu membuat percikan darah timbul di ruang tamu.

Kejadian terakhir yang menakutkan ialah selepas Vanessa melahirkan anaknya. Ketika anaknya Jesse berusia empat bulan, Vannessa berkata, dia melihat ‘hantu jantan’ berdiri di atas buai bayi itu.

Beliau hanya bertahan tiga tahun tinggal di rumah itu berkata, dia menemui sekurang-kurangnya 12 hantu.

“Selaku ibu tinggal, saya tidak sanggup untuk terus menerus tinggal dengan hantu di rumah itu.” Dia masih berhutang sebanyak RM735,000 untuk rumah berkenaan yang sebelum ini menjadi penjara untuk tukang sihir di St Osyth, Essex.

Dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan bagi membiaya kehidupannya, Vanessa bercadang membuka rumah itu untuk dijadikan ‘pelancongan hantu.’ Pakar, Chris Palmer, 36, ketika bercakap mengenai bangunan berusia 500 tahun itu berkata: “Ia mempunyai suasana paling negatif pernah saya temui.”

GAMBAR JESSICA ALBA YANG TETAP CUN TANPA MEKAP


GAMBAR JESSICA ALBA YANG TETAP CUN TANPA MEKAP - Penulis baru sahaja terjumpa gambar baru selebriti Hollywood, Jessica Alba tanpa mengenakan sebarang solekan dalam laman sosial yang di-upload baru-baru ini.

Jessica tampil dengan imej gadis remaja dengan menyarung T-shirt berona peach, seluar hitam, dan aksesori yang termasuklah beg tangan bertali panjang dan kaca mata hitam.

GAMBAR TERKINI IZARA AISHAH SEBAGAI DUTA SECRET GARDEN

GAMBAR TERKINI IZARA AISHAH SEBAGAI DUTA SECRET GARDEN | Gambar Artis - Pelakon muda yang semakin meningkat naik, Izara Aishah telah dipilih menjadi duta bagi produk penjagaan peribadi, Secret Garden.

Saya telah menggunakan produk Secret Garden untuk sekian lama dan tidak permah terlintas di fikiran bahawa satu hari nanti saya akan menjadi duta jenama Secret Garden. Saya teruja untuk mewakili Secret Garden dalam tempoh beberapa bulan akan datang ,” ujar Izara Aishah selepas terpilih menjadi duta bagi Secret Garden.

 
 
 
 
 
 

GAMBAR TERBARU MIERA LIYANA YANG COMEL

GAMBAR TERBARU MIERA LIYANA YANG COMEL | Gambar Artis - Bekas kekasih hati Shah Jaszle, Miera Liyana baru-baru ini telah meghadiri satu sesi photoshoot. Mari kita tengok gambar hasil dari sesi penggambaran gadis cilik yang berusia 19 tahun ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

PELANGGAN CUCI KERETA DAPAT KHIDMAT SEKS PERCUMA


PELANGGAN CUCI KERETA DAPAT KHIDMAT SEKS PERCUMA | STRATEGI PERNIAGAAN | PELACURAN - Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma. Inilah promosi unik yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun. Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut.

Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks.

Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam.

Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan.


Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor. Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

GAMBAR RUMAH BARU FASHA SANDHA DAN JEJAI

on 5 September 2012

GAMBAR KEDIAMAN TERBARU FASHA SANDHA DAN JEJAI | Gambar Artis -Pasangan yang baru berkahwin tahun ini, Fasha Sandha dan Jejai ( Rizal Ashram ) dikhabarkan telah berpindah ke kediaman baru milik mereka berdua sejak sebelum hari raya lagi.

 
 
 
 

ZIZAN RAZAK UBAH SELERA KEPADA GADIS JEPUN


ZIZAN RAZAK UBAH SELERA KEPADA GADIS JEPUN - Pelawak dan pengacara terkenal tanah air, Zizan Razak mengakui hatinya kini sudah berubah serta dimiliki oleh gadis kelahiran negara matahari terbit.

Semuanya disebabkan selepas beliau berpeluang menjejakkan kakinya ke Jepang itu untuk mengemudikan sebuah program travelog berjudul Jejak Jepun Bersama Zizan yang akan ditayangkan di Astro Prima mulai 12 September ini.

"Terus-terang saya sekarang sudah mula terpikat dengan gadis Jepun selepas berkunjung ke sana. Mereka sangat cantik dan comel. Paling yang saya tidak boleh lupa apabila berkunjung ke sebuah restoran di sana.

"Dalam restoran yang diberi nama Maid Café itu ada ramai perempuan yang sangat cantik dan comel, malah wajah mereka tak ubah seperti pelakon kartun animasi. Mereka bukan sahaja cantik, malah melayan saya sebagai tetamu dengan sangat baik.

"Saya sempat berbual dengan salah seorang daripada mereka dan kemesraan kami serta-merta terjalin sehingga gadis Jepun itu ada menjemput saya datang ke rumahnya. Bagi saya itu adalah pengalaman manis sewaktu berada di sana ,"ujar Zizan.

RAJA DADAH DITAHAN


RAJA DADAH DITAHAN - Lelaki warga Nigeria dalang sindiket pengedaran dadah yang ditahan di Lukut, Sabtu lalu dipercayai menjadi ketua rangkaian pengedaran dadah antarabangsa yang membekalkan dadah kepada banyak negara.

Menurut sumber, dalang yang berusia 32 tahun itu akan menerima pesanan dadah luar negara mengikut jenis dan kuantiti serta mengatur kaedah untuk menghantarnya kepada pelanggan.

Sejak enam bulan lalu, suspek banyak terbabit dengan urusan pengedaran syabu (methamphetamine) dan heroin.

Difahamkan, walaupun sesetengah dadah yang diseludup masuk ke Malaysia diedarkan di pasaran tempatan, sebahagian besar daripadanya juga telah diseludup keluar semula kerana harganya boleh mencecah sehingga 1,000 peratus lebih tinggi di negara-negara lain.

Sebagai contoh, harga 1kg syabu adalah sekitar RM60,000 di kebanyakan negara Afrika tetapi di Malaysia, ia berharga kira-kira RM200,000, manakala di Indonesia ia boleh mencecah sehingga RM800,000.

Harga dadah boleh mencecah sehingga RM3 juta sekilo di New Zealand, Australia dan Jepun.

Dadah biasanya diseludup ke negara ini melalui ruang tersembunyi dalam beg pakaian dan bagasi oleh kebanyakannya wanita dari pelbagai negara termasuk dari Nigeria, Iran dan Filipina.

Dadah yang diseludup akan dihantar melalui 'keldai dadah' tempatan yang akan membawanya ke sebuah kondominium di tempat operasi di Taman Sri Hartamas yang diuruskan oleh warga Nigeria lain.

Operasi di sini akan menyelia bahagian bekalan untuk perniagaan. Apabila "barang yang dipesan" sampai, dia akan mengatur rancangan untuk menghantar dadah ke negara destinasi.

Teman wanita kepada dalang dadah yang berusia 31 tahun, yang dipercayai "isterinya" juga telah ditangkap.

Dia bertanggungjawab dalam menguruskan bahagian pengangkutan dan memperolehi harta yang digunakan oleh kumpulan di negara ini.

Kejayaan terbaru Jabatan Anti-Narkotik Bukit Aman terhadap pengedar dadah ini berlaku selepas enam bulan pemantauan ke atas kegiatan sindiket.

Orang kanan sindiket ditahan berhampiran kondominium pada 31 Ogos. Polis kemudian menetapkan sasaran mereka untuk menangkap dalang dan dan teman wanitanya di Lukut pada hari berikutnya.

Siasatan masih diteruskam untuk menentukan tahap kekayaan sindiket.

Polis sedang bekerjasama dengan Interpol untuk memecahkan rangkaian pembekal.

RIZA SEMPAT JADI SUAMI IZREEN ASMINDAR SELAMA 2 HARI


RIZA SEMPAT JADI SUAMI IZREEN ASMINDAR SELAMA 2 HARI | Berita Artis - Jurukamera terkenal, Riza atau nama sebenarnya Muhamad Riza Baharudin agak kempunan untuk menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri bersama isteri yang baru dinikahinya, Izreen Asmindar.

Ianya disebabkan oleh bekas pelakon Juvana ini, Izreen Azmindar terpaksa terbang ke Seoul Korea untuk menjalani penggambaran drama bersiri Julia. Mereka hanya sempat menjalani kehidupan sebagai isteri selama dua hari sahaja.

"Nak buat macamana, kalau hendak diikutkan kami sepatutnya ada cuti selama seminggu untuk bersama, tetapi di saat-saat akhir terpaksa berpisah kerana urusan kerja sebaik saja bernikah.

"Bukan sahaja Izreen, saya pun sudah kembali bekerja pada 2 September lalu untuk menyambung tugasan dalam menjayakan penggambaran telefilem bagi sebuah stesen televisyen.

"Saya faham dengan komitmen kerja masing-masing, cuma agak sedihlah sebab baru sahaja kahwin tetapi sudah terpaksa berpisah untuk jangka masa yang agak lama iaitu sehingga 14 hari dan saya kini menjalani kehidupan bujang kembali," ujar Riza dengan redha.

NATASHA HUDSON DISAHKAN MENGANDUNG


NATASHA HUDSON DISAHKAN MENGANDUNG | Berita Artis - Artis wanita tanah air, Natasha Hudson telah disahkan hamil selama sebulan lalu pagi tadi.

Natasha Hudson dan Carleed Khaza bergelar suami isteri dalam satu majlis nikah di Masjid Wilayah Persekutuan sekitar April 2012 lalu dengan tiada wang hantaran.

DIUGUT RM60,000 KERANA PUTUS CINTA


DIUGUT RM60,000 KERANA PUTUS CINTA - “Serahkan RM60,000 atau banyak lagi gambar bogel awak akan disebarkan!,” itulah ugutan diterima seorang wanita selepas dia memutuskan hubungan dengan teman lelakinya sejak seminggu lalu sehingga hidup ketakutan.

Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chow, 29, menerima ugutan berkenaan menerusi kiriman mesej di laman sosial, facebook miliknya daripada seorang lelaki berserta gambar bogel yang dirakam secara curi ketika dia keluar dari bilik air di rumahnya di Sentul, di sini, tidak lama dulu.

“Saya mengesyaki ia perbuatan bekas teman lelaki yang tidak puas hati kerana saya memutuskan hubungan selepas tidak tahan melayan kehendak nafsunya sejak menjalin hubungan dua bulan lalu,” katanya ketika sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. Dia yang menemui jalan buntu mendapatkan khidmat nasihat pengerusi biro, Datuk Seri Micheal Chong sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Dalam kes berasingan, seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Jenny, 30, menerima nasib sama apabila gambar bogelnya disebarkan menerusi facebook sejak April lalu.

Menurut Jenny, dia memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya berikutan perbuatan ganas suspek yang selalu memukulnya sejak menjalin hubungan intim tahun lalu.

Sebaik saja memutuskan hubungan, Jenny menerima SMS daripada suspek mengatakan dia akan menjadi ‘terkenal’ kerana meninggalkannya, bagaimanapun dia tidak mengendahkan ugutan itu sehingga dihubungi rakannya pada April lalu mengatakan terdapat akaun facebook menggunakan nama berserta beberapa gambar bogel miliknya.

GAMBAR HOT AWEK PEMAIN MANCHESTER UNITED, SHINJI KAGAWA

on 4 September 2012

GAMBAR AWEK PEMAIN MANCHESTER UNITED, SHINJI KAGAWA | TEMAN WANITA - Shinji Kagawa yang baru sahaja menyertai The Red Devil musim ini ada seorang teman wanita yang terlampau cantik, cun, seksi dan juga hot yang bernama Ameri Ichinose. Mari kita terjah sambil cuci mata gambar awek kita.

 
 

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 4 SEPTEMBER 2012


KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 4 SEPTEMBER 2012 - Lapan perlawanan Piala Malaysia telah berlangsung pada 4 September 2012. Mari kita tengok keputusan Piala Malaysia untuk hari ini.

KUMPULAN A

JOHOR FC VS JOHOR (1-3)
PKNS VS LIONS XII (1-0)

KUMPULAN B

TERENGGANU VS ATM (2-0)
KEDAH VS KELANTAN (0-0)

KUMPULAN C

SIME DARBY vs N.SEMBILAN (1-1)
FELDA UNITED VS PERAK (2-2)

KUMPULAN D

SARAWAK VS T-TEAM (6-1)
PAHANG VS SELANGOR (1-4)

TAKZIAH!!! IBU BOB AF2 MENINGGAL DUNIA


IBU BOB AF2 MENINGGAL DUNIA - Bintang Akademi Fantasia musim ke-2, Mohd Yusrizan Yusop atau Bob baru sahaja kehilangan ibu kesayangannya, Rosnah Tuah, 52, pada jam 4.40 petang tadi selepas menderita sakit kanser pangkal rahim.

"Anak mana yang tidak sedih kalau bondanya pergi buat selamanya. Namun saya bersyukur kerana sempat bersama arwah sepanjang ramadan dan syawal ini. Malah, saya juga turut menyaksikan sendiri pemergiannya.

"Ini adalah ketentuan Allah. Saya dan keluarga sudah bersusah payah menjaganya dengan baik. Saya bersyukur kerana dapat menjaganya sebelum dia pergi. Saya bersyukur, ibu saya pergi dengan keadaan tenang dan sempat mengucakanp kalimah syahadah," ujar anak sulung dari dua beradik ini apabila ditanya media.

Penulis mengucapkan takziah dan berharap Bob sekeluarga tabah menerima ketentuan Illahi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved