IBU BOB AF2 MENINGGAL DUNIA - Bintang Akademi Fantasia musim ke-2, Mohd Yusrizan Yusop atau Bob baru sahaja kehilangan ibu kesayangannya, Rosnah Tuah, 52, pada jam 4.40 petang tadi selepas menderita sakit kanser pangkal rahim.
"Anak mana yang tidak sedih kalau bondanya pergi buat selamanya. Namun saya bersyukur kerana sempat bersama arwah sepanjang ramadan dan syawal ini. Malah, saya juga turut menyaksikan sendiri pemergiannya.
"Ini adalah ketentuan Allah. Saya dan keluarga sudah bersusah payah menjaganya dengan baik. Saya bersyukur kerana dapat menjaganya sebelum dia pergi. Saya bersyukur, ibu saya pergi dengan keadaan tenang dan sempat mengucakanp kalimah syahadah," ujar anak sulung dari dua beradik ini apabila ditanya media.
Penulis mengucapkan takziah dan berharap Bob sekeluarga tabah menerima ketentuan Illahi.
{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }
semoga bob tabah menghadapi kehilangan...... takziah dari remy
alfatihah......amin
4 September 2012 at 23:44
salam takziah buat bob sekeluarga
al-fatihah
5 September 2012 at 08:57
Post a Comment