Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

KECANTIKAN GADIS UKRAINE INI BOLEH BUAT ANDA TAK MAMPU TIDUR

on 19 September 2012

KECANTIKAN GADIS UKRAINE INI BOLEH BUAT ANDA TAK MAMPU TIDUR - Seorang lagi gadis yang menyerupai gadis Barbie, Anatasiya Shpagina sangat cantik tetapi kadang kala boleh mengundang perasaan seram. Anda mungkin susah mahu tidur apabila menatap terlalu lama gambar wajah di bawah ini.

 
  
 
 
 
 
 
 
 

Cara Mengubah Hidup Dalam 41 Hari

"Saya masih ingat, suatu ketika di dalam tahun 2010, saya mengalami kesempitan hidup yang teramat sangat. Saya baru diberhentikan kerja ketika itu.

Saya mempunyai seorang anak kecil dan seorang isteri yang bekerja biasa sahaja. Pendapatannya kecil.

Pernah suatu ketika kami tidak langsung mempunyai beras untuk dimakan, susu anak habis dan minyak kereta tinggal sedikit. Oleh kerana saya ketika itu gagal mendapat sebarang pekerjaan, kami memang bergantung hidup dengan pendapatan isteri yang tidak seberapa.

Kami mengharungi detik-detik sukar ini selama beberapa bulan. Tetapi...

Setelah menyertai program Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi, hidup saya berubah serta-merta, dalam tempoh sebulan Allah bukakan rezeki yang tak terduga kepada saya..biarlah pengalaman itu dirasakan oleh anda semua setelah anda hadir ke bengkel ini" - Hamba Allah

layari www.seminar2u.net

 
 
 

VIDEO PERSEMBAHAN SHILA AMZAH DI ASIAN WAVE 2012


VIDEO PERSEMBAHAN SHILA AMZAH DI ASIAN WAVE 2012 - Umum mengetahui bakat yang dimiliki penyanyi muda dan jelita, Nur Shahila binti Amir Amzah ataupun Shila Amzah sangat mengagumkan dan ianya kini semakin berkembang dan semakin mendapat perhatian umum.

Minggu lepas, Shila Amzah telah berjaya menghasilkan sebuah persembahan yang sangat hebat dan menakjubkan di acara pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China. Kesemua juri terpegun dengan persembahan yang dilakukan oleh penyanyi berbakat ini.




Baca juga --> SHILA AMZAH DIGELAR SUPERSTAR OLEH JURI ASIAN WAVE

WAJARKAH VIDEO PARODI GANGNAM STYLE DIHENTIKAN???


WAJARKAH VIDEO PARODI GANGNAM STYLE DIHENTIKAN??? - Nampaknya demam Gangnam Style semakin menggila dan sudah terlalu banyak video parodi Gangnam Style dimuat naik ke laman Youtube. Terkini, video 'Melaka Gangnam Style' telah dimuat naik dan setakat ini ia sudah mencecah hampir 200 000 penonton.

Agaknya sampai bila demam Gangnam Style ini akan berakhir ye? Jika kita lihat di laman Youtube, negara Malaysia sendiri banyak melahirkan video sebegini. Boleh dikatakan hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai stail Gangnam mereka sendiri seperti Georgetown Gangnam Style, Oppa KL Style, Penang Uncle Gangnam Style, Orang Sabah Style Oppa Gangnam dan Gangnam Super Nogori Style.

Terbaru stesen radio tempatan, Red FM turut memuat naik video mereka berkaitan isu Gangnam Style, tetapi kali ini bukan untuk menyokong demam Gangnam tersebut. Video yang diberi nama 'So Sick Of Gangnam' ini menceritakan tentang pendapat mereka mengenai tarian Gangnam dan meminta agar video sebegini tidak di kongsi lagi.

SHILA AMZAH DIGELAR SUPERSTAR OLEH JURI ASIAN WAVE


SHILA AMZAH DIGELAR SUPERSTAR OLEH JURI ASIAN WAVE | Berita Artis - Persembahan memukau artis tanah air, Shila Amzah pada pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri dan penonton. Malah, salah seorang juri, Eric Moo melabelkan Shila sebagai seorang superstar kerana berjaya membuatkan penonton rasa meremang.

"Saya berjanji akan mencari jalan agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar," ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegini akan terpancul dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

"Ya, saya tidak terfikir Eric boleh mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi," ujar Shila.

EDRY KRU SUNTIK BOTOX PADA HIDUNG???


EDRY KRU SUNTIK BOTOX PADA HIDUNG??? | Gosip - Salah seorang ahli dalam grup KRU, Edry telah menimbulkan desas desus yang mendakwa Edry kemungkinan telah melakukan sesuatu apabila wajahnya terutama di bahagian hidung untuk kelihatan lebih tampan dan muda.

Mari kita bersangka baik, wajah Edry kelihatan berbeza mungkin disebabkan dia sudah semakin kurus dan cekung di bahagian muka. Yalah, kalau dahulu Edry sedikit tembam berbanding adik-beradiknya yang lain.

"Alhamdulilah saya sihat dan setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit dan perubahan fizikal saya tiada kena mengena dengan perkara itu.

"Saya kurus kerana saya bersenam setiap hari kerana ingin memastikan badan saya sentiasa sihat dan bertenaga," ujar Edry.

9 GAMBAR BIRTHDAY PARTY NUR FAZURA


GAMBAR BIRTHDAY PARTY NUR FAZURA | Gambar Artis - Pelakon popular tanah air, Fazura telah diraikan sempena hari jadinya oleh rakan-rakan, peminat.

Beliau telah diraikan seperti princess apabila kek hari jadinya telah dihiasi dengan patung Barbie. Apa-apapun, penulis ucapkan semoga panjang umur dan terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.
 
 
 
 
 
 
   

PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON TIDAK GEMBIRA DI MALAYSIA???

on 18 September 2012


PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON TIDAK GEMBIRA DI MALAYSIA??? - Walaupun sekejap sahaja pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton berada di Malaysia, namun liputan yang diterima mereka sangat meluas.

Tetapi, ada cerita kurang enak mengenai mereka ketika mereka menjejakkan kaki di Malaysia. Sebuah majalah daripada Perancis, Closer  telah menyiarkan gambar separuh bogel Kate Middleton ketika pasangan ini sedang bercuti di Chateau D'Autet, kediaman milik anak saudara Ratu Elizabeth di negara itu sebelum mereka terbang ke Asia Tenggara.

Gambar ini tersebar pada pagi Jumaat lalu ketika mereka berada di Kuala Lumpur. Putera William berang dengan perkara ini dan ada khabar mengatakan sepanjang berada di Malaysia, dia tidak gembira kerana asyik memikirkan perkara yang telah memalukan isterinya dengan keluarga diraja Britain.

Turut dilaporkan, Ratu Elizabeth juga menyuarakan perasaan tidak senangnya dengan perkara ini. Antara lain, dia menyifatkan perkara ini telah menceroboh hak peribadi pasangan itu dan penyebaran gambar ini tidak sepatutnya berlaku.

Hal ini menjadi isu besar kepada keluarga diraja ini kerana sebelum ini setiap pasangan kepada waris takhta Britain sentiasa mendapat perhatian seperti mana tragedi yang berlaku terhadap Puteri Diana. Ia disifatkan berpunca daripada sikap paparazzi yang tidak menghormati privacy ahli keluarga Diraja ini.

GAMBAR DAN VIDEO COMEL MIA SARA, ELFIRA LOY DAN KAKA AZRAFF UNTUK KEMPEN DOMINO'S PIZZA

GAMBAR DAN VIDEO COMEL MIA SARA, ELFIRA LOY DAN KAKA AZRAFF UNTUK KEMPEN DOMINO'S PIZZA | Gambar Artis - Tiga artis tanah air telah berpadu tenaga bagi menjayakan kempen '100,000 Meals-for-the-Needy' yang dibuat oleh pakar penghantaran piza utama dunia, Domino's Pizza.

 
 
 
 
 
 
 

HATI ELFIRA LOY SUDAH DIMILIKI, SIAPA JEJAKA BERTUAH ITU???


HATI ELFIRA LOY SUDAH DIMILIKI, SIAPA JEJAKA BERTUAH ITU??? | Gosip - Setiap kali diundang berlakon di Malaysia, pelakon kacak dari seberang, Randy Pangalilla pastinya akan digandingkan dengan pelakon muda, Elfira Loy.

Rentetan daripada itu, timbul isu yang mengatakan Elfira mempunyai hubungan istimewa dengan Randy. Bagaimanapun, penulis masih belum dengar cerita yang mereka ni benar-benar saling jatuh cinta di luar lokasi penggambaran.

Pun begitu, ada sumber terdekat dengan Elfira memberitahu, hubungan mereka berdua ini memanglah boleh diibarat seperti pasangan kekasih. Namun, ianya hanya dari segi luaran saja.

Sumber tersebut memberitahu:

"Ala you all, semua orang mesti cakap dia orang tu macam couple je. Tapi, i kenal sangat dengan dia orang. Sebenarnya, mereka tidak bercinta sebaliknya macam adik beradik.

"Depa ni sering saja bertepuk tampak macam abang ngan adik. I pun pernah dengar yang dua-dua bukan taste masing-masing.

"Senang cerita, Elfira ni bukan taste Randy dan Randy pula bukan taste Elfira. Kalau tidak silap, Randy pun dah ada girlfriend di Indonesia, " kata sumber itu.

GAMBAR TERBARU MARSHA MILAN LONDOH YANG MENGGODA

GAMBAR TERBARU MARSHA MILAN LONDOH YANG MENGGODA - Bekas peserta Akademi Fantasia, Marsha Milan Londoh baru-baru ini dapat slot muka hadapan untuk majalah Remaja September 2012. Mari kita tengok gambar posing beliau yang amat menggoda.

 
 

GAMBAR PELAKON ADAM DAN HAWA, NADIYA NISAA DAN ANAKNYA YANG COMEL

GAMBAR PELAKON ADAM DAN HAWA, NADIYA NISAA DAN KELUARGA | Gambar Artis - Pelakon yang semakin popular selepas membintangi drama bersiri Adam dan Hawa, Nadiya Nisaa kini semakin bertuah apabila dia mula menghiasai dada-dada akhbar dan juga portal hiburan di internet.

Kalau para pembaca ingin tahu, Nadiya Nisaa telah berkahwin pada tahun 2010 bersama Saiful Razman Mohd Kassim dan telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Omar.

 
 
 
 
 
 
 

GAMBAR BIRTHDAY PARTY FAZURA YANG SANGAT MERIAH

GAMBAR BIRTHDAY PARTY FAZURA YANG SANGAT HAPPENING | Gambar Artis - Pelakon popular tanah air, Fazura telah diraikan sempena hari jadinya oleh rakan-rakan, peminat dengan tema berwarna ungu.


Beliau diraikan bak princess apabila kek hari jadinya telah dihiasi dengan patung Barbie. Apa-apapun, penulis ucapkan semoga panjang umur dan terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.

 

LUKISAN HAMPEH INI BERNILAI RM 115 JUTA

on 17 September 2012

LUKISAN HAMPEH INI BERNILAI RM 115 JUTA - Percaya atau tidak kami penulis katakan, lukisan di bawah ini bernilai RM 115 juta. Seperti tidak masuk dek akal, lukisan yang seperti budak tadika baru belajar melukis. Tetapi, jangan terkejut, lukisan ini sebenarnya bukan menggunakan pen atau pensil tetapi ianya menggunakan minyak.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved