Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON TIDAK GEMBIRA DI MALAYSIA???

on 18 September 2012


PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON TIDAK GEMBIRA DI MALAYSIA??? - Walaupun sekejap sahaja pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton berada di Malaysia, namun liputan yang diterima mereka sangat meluas.

Tetapi, ada cerita kurang enak mengenai mereka ketika mereka menjejakkan kaki di Malaysia. Sebuah majalah daripada Perancis, Closer  telah menyiarkan gambar separuh bogel Kate Middleton ketika pasangan ini sedang bercuti di Chateau D'Autet, kediaman milik anak saudara Ratu Elizabeth di negara itu sebelum mereka terbang ke Asia Tenggara.

Gambar ini tersebar pada pagi Jumaat lalu ketika mereka berada di Kuala Lumpur. Putera William berang dengan perkara ini dan ada khabar mengatakan sepanjang berada di Malaysia, dia tidak gembira kerana asyik memikirkan perkara yang telah memalukan isterinya dengan keluarga diraja Britain.

Turut dilaporkan, Ratu Elizabeth juga menyuarakan perasaan tidak senangnya dengan perkara ini. Antara lain, dia menyifatkan perkara ini telah menceroboh hak peribadi pasangan itu dan penyebaran gambar ini tidak sepatutnya berlaku.

Hal ini menjadi isu besar kepada keluarga diraja ini kerana sebelum ini setiap pasangan kepada waris takhta Britain sentiasa mendapat perhatian seperti mana tragedi yang berlaku terhadap Puteri Diana. Ia disifatkan berpunca daripada sikap paparazzi yang tidak menghormati privacy ahli keluarga Diraja ini.
Ranking: 5

{ 7 ong gedek gedek... read them below or add one }

KA! said...

gambar macam ni tak patut disiarkan. Malukan nama baik Putri Diana.

betul tak katak hijau?....


18 September 2012 at 23:37
Unknown said...

menganggu emosi semasa mereka di Malaysia gambar ni ..

singgah dari www.kisahsigemok.com.. :)


19 September 2012 at 00:02
Unknown said...

dah budaya dieorg......
tak perlulah nak tayang sampai satu dunia.......


19 September 2012 at 00:31
Anonymous said...

oh...igtkn pasal x puas ati ngn negara kita....huhuhuhu... tajuk nk gempak je =P


19 September 2012 at 00:33
Admin said...

tu semua nk lakukan majalah la tu


19 September 2012 at 08:47
◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

paparazzi memg gitau.. bis cite dlm kain org nak di amik


19 September 2012 at 15:06
The Fakhirin said...

paparazzi nk cr publisiti


20 September 2012 at 15:03
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved