Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

15 KERETA IMPORT RENTUNG DISAMBAR API

on 5 February 2013

15 KERETA IMPORT RENTUNG DISAMBAR API

15 KERETA IMPORT RENTUNG DISAMBAR API

Premis lain terbakar, orang lain pula yang rugi. Itulah dialami pemilik syarikat pengimport kenderaan apabila 15 keretanya rosak belakang akibat disambar api dalam kebakaran kilang kertas kitar semula yang terletak bersebelahan kedainya di Maklom semalam.

Pemilik syarikat SY Motorsports, Sazali Yusoff, 40-an, mengalami kerugian dianggarkan ratusan ribu ringgit berikutan 15 kereta import yang diletak dalam gudang disambar api, termasuk Mercedes Compressor, Lexus dan Honda.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi itu, pekerjanya tidak sempat memindahkan kereta berkenaan kerana api marak dengan cepat memusnahkan sebahagian kilang kertas sebelum menyambar bahagian belakang kereta terbabit.

“Gudang kereta saya hanya beberapa meter dari kilang kertas berkenaan menyebabkan api turut menyambar kereta.

“Kebanyakan kereta diletak membelakangkan kilang kertas menyebabkan bahagian belakangnya disambar api. Jumlah kerugian sebenar tidak dapat dipastikan kerana perlu merujuk syarikat insurans,” katanya.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

dah takde rezeki......


6 February 2013 at 00:47
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved