Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SUAMI BOLEH MATI PUCUK JIKA ISTERI GAJI BESAR

on 17 February 2013

SUAMI BOLEH MATI PUCUK JIKA ISTERI GAJI BESAR

Suami yang memiliki isteri bergaji lebih besar berpotensi untuk mati pucuk dan akan mengambil Viagra dan lain-lain ubat yang seangkatan dengannya berikutan kurang tenaga di kamar tidur.

Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat mengkaji gaji pada data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Penyelidik berkata, walaupun perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.

Menurut penyelidik juga, peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

macam tu pun boleh ye.....


17 February 2013 at 23:59
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved