Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Happy Chinese New Year

on 22 January 2012


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA BLOGGER YANG MENGANUT AGAMA TIONGHUA!!!
gong xi fat choi

Burung Pipit

on 21 January 2012

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.

Kerana malu, pemuda itu menjawab,

"Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?"

"Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas.

Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.

Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini."

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"

Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"

  
p/s: anda baca, dan anda interpret sendiri. Tak faham jangan tanya. It's all up to u olss how to take it. Sekadar hiburan :)

Anonymous serang laman web kerajaan, industri muzik

on 20 January 2012

Assalamualaikum. hari ini miera ada satu cerita tergempar yang ingin dikongsikan. Cerita ini adalah mengenai satu kumpulan atau jaringan pengodam antarabangsa iaitu Anonymous. korang semua mesti pernah dengar cerita mengenai mereka. kalau dahulu, mereka telah melancarkan perang terhadap laman web kerajaan kita ataupun lebih dikenali sebagai Operation Malaysia. sekarang miera dengar cerita ingin membuat onar yang lebih besar. ingin tahu, teruskan membaca...

Anoymous, identiti untuk sekumpulan hacker yang berkemahiran tinggi mengancam akan melancarkan serangan ke atas laman web White House selepas mereka telah berjaya memecah masuk laman web FBI, Jabatan Kehakiman, Universal Music Group, RIAA dan Motion Picture Associatio of America. Ianya sebagai tindakan protes terhadap pihak persekutuan yang telah menghentikan (shutdown) laman web perkongsian fail (download) yang popular, Megaupload.
 

Sebelum ini, Anonymous telah berjaya menggodam laman web utama Sony yang telah memulakan penubuhan Stop Online Piracy Act (SOPA). tahu tak apa yang diorang buat? Anonymous meletak link fail Bittorent di muka hadapan laman web itu untuk membolehkan sesiapa saja mendownload movie best dan lagu-lagu popular keluaran Sony Pictures dan Sony Music


p/s: wahai Anonymous, tolong godam laman web Maybank untuk miera sekali ya! tengah pokai ni. lalala

Oh! Kotak Jerit

on 19 January 2012

Assalamualaikum... hari ini miera mahu menulis mengenai gadget pertama sekali yang dicari oleh para blogger, kotak jerit. betul tak? mengaku jela, tembelang korang sudah pecah. ahaha. Ok2, terdapat bermacam-macam jenis kotak jerit yang wujud di alam maya ini dan yang paling digemari sekarang adalah cbox dan juga fibox. masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Tamat sudah mukadimah, kotak jerit yang miera kurang suka, calon-calonnya adalah :

1. Fibox
    - bagi miera, fibox ini memang bagus tapi kadang-kadang fibox ni bengong jugak terutama sekali pada mereka yang mempunyai internet yang lembab. korang tengok sendiri la, lepas nama (miera), ade icon :( dan itu menandakan jejak korang tak di terima. kalau tak percaya, korang cuba refresh mesti tak ada jejak korang ditinggalkan.


2. Shoutbox by busuk.org
   - kotak jerit jenis ini mempunyai time loading yang lama sehingga memakan masa berminit-minit dan bila sudah di-'shout', tiada pula jejak yang ditinggalkan kelihatan. nampak tu, tiada pun jejak dari miera. tengok gambar di bawah ya!


Sebagai kesimpulannya, miera sarankan korang gunakan CBOX, walaupun susah tapi ianya praktikal selepas SHOUTMIX tamatkan kontrak percuma. peace yaw!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved