Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Fanpage Katak Comel Blog

on 27 January 2012

Assalamualaikum... disebabkan ada beberapa cadangan yang menyuruh miera buat fanpage bagi blog ini oleh beberapa blogger, pada tanggal semalam, miera telah buat fanpage untuk blog miera ini. mungkin ramai yang sudah tahu mengenainya dan juga telah LIKE. lalala

Melalui fanpage miera ini, korang sangat dialu-alukan untuk ping entry dan bertanya kabar secara santai dari facebook. korang tidak perlu risau, miera tidak akan buang komen ataupun wallpost korang kat dalam fanpage itu. ini janji miera, bukan janji Pakatan Rakyat ya! peace

Dengan gigitan drakula, miera ingin merasmikan fanpage Katak Comel Blog


JANGAN LUPA NAK LIKE KATAK COMEL BLOG YA!!!


p/s: maaf ya tiada bunga api semasa majlis pelancaran, bajet berlari-lari la..hoho

Sesi Kaunseling Pertama

on 26 January 2012

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.

Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan berlagak seperti ada pemanggil serta bercakap dengan nada yang kuat.
"Hello Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan sendiri.

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, pemuda itu menegur..

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"

"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna..


p/s: panasnya cuaca sekarang. lalala

Wordless Wednesday #18

on 25 January 2012


Perkara Normal Apabila Baca Buku Sejarah
Betul kan kawan-kawanku??
ahaha

Filesonic Ditutup, Menyusul Mediafire Selepas Ini

on 24 January 2012

Assalamualakum... hari ini miera menulis mengenai Stop Piracy Online Act (SOPA/PIPA) lagi. Sebelum ini miera ada menulis mengenai Megaupload ditutup kan, dan sekarang Filesonic juga telah mengambil tindakan berjaga-jaga sebelum dikenakan tindakan terhadapnya. FileSonic kini hanya boleh digunakan untuk memuat naik dan mendapatkan kembali fail yang anda telah dimuat naik.

SOPA/PIPA mengganas. Yang pasti, selepas ini pasti banyak lagi laman web perkongsian fail termasuk Mediafire (favourite orang ramai ni) akan bungkus tikar. Selain itu, berkemungkinan Google, Facebook dan juga Youtube akan pupus di internet. Jadi, apa yang tinggal di internet selepas ini.

Let's stop SOPA before it's too late!!!


p/s: Semua pengasas pada laman web download lain dah mula tak senang duduk. uploader dah mula hempas kepala kat pc. kaki download pula bagaimana ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved