Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.
Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan berlagak seperti ada pemanggil serta bercakap dengan nada yang kuat.
"Hello Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan sendiri.
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, pemuda itu menegur..
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"
"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna..
p/s: panasnya cuaca sekarang. lalala
{ 16 ong gedek gedek... read them below or add one }
kahkah..buat malu ja =.="
26 January 2012 17:43
Hakhakhak ! Seganya lahh . :D
26 January 2012 17:45
hahaha. Perasan je lebih.
26 January 2012 18:17
malu woi.. gi sorok lam kasut mcm katak dlm ksut skolah.. haha
26 January 2012 18:24
hahaha... memang panas pun cuaca skrg ni
26 January 2012 18:28
hahahahahahahha. kantoi
26 January 2012 18:34
padan muka.. tu la suka sgt menipu dalam bisnes
latest entry : Weh,Cuba Korang Sedar Sikit!
26 January 2012 18:46
haha ..power der :D
26 January 2012 20:31
hahahaha. =.=
26 January 2012 21:57
kaunselor tu patut guna henfon la..kan dah kantoi..
26 January 2012 23:15
hahaha..belagak x hengat...::P
26 January 2012 23:34
hahaha nak pasang talian telefon je?haa
27 January 2012 00:22
adui...xleh blah....
27 January 2012 08:31
adeish...malunya...hakhak
27 January 2012 08:37
haha poyo je. :D
27 January 2012 11:33
hahahaha..memang silap besar la kaunselor ni..hehe
27 January 2012 17:50
Post a Comment