Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Video Dan Gambar | Girls’ Generation (SNSD) Di Konsert Twin Tower @Live 2012 (23 Mac 2012)

on 24 March 2012

Teriakan 50 000 peminat Girls’ Generation (SNSD) yang membanjiri ruangan KLCC semalam (23 Mac 2012) benar-benar mengagumkan, apatah lagi ia turut diiringi dengan kain rentang serta barisan lampu yang dibawa sendiri oleh peminat.

Sesungguhnya, peminat Girls’ Generation memang gila! Taman KLCC mula dipenuhi dengan peminat sekitar jam 6 petang dan mereka tidak berganjak sehingga tamatnya persembahan daripada 9 jelitawan Korea ini.

Persembahan yang dimulakan dengan hit single terbaru mereka, The Boys membangkitkan rasa gemuruh yang tidak terhingga. Bagaikan satu konsert besar, peminat turut sama menyanyi serta mengikut gerak langkah tarian Girls’ Generation.

Ahli yang dianggotai oleh Kim Taeyeon, Jessica Jung, Sunny, Tiffany, Kim Hyoyeon, Kwon Yuri, Choi Sooyoung, Im Yoona dan Seohyun pandai memikat hati peminat dengan ungkapan bahasa Melayu mudah. Antara kata-kata yang mereka lafazkan ialah Terima Kasih, Selamat Petang dan Saya Suka Malaysia.

Persembahan mereka kemudiannya diakhiri dengan single yang berjaya mencatat sejumlah 69 juta tontonan di lama Youtube, iaitu ‘Gee’. 6 buah lagu yang dipersembahkan oleh Girl’s Generation masih tidak mencukupi. Apa yang pasti, konsert ini diadakan secara percuma! Ia semestinya menjadi satu pengalaman yang tidak ternilai harganya.



ingin lihat lagi koleksi persembahan live di Korea, klik sini
SUMBER

Kejam! Ibu Hembus Asap Ganja Ke Mulut Bayi Berusia 10 Bulan

on 23 March 2012

Seorang ibu berusia 21 tahun, Jessica Callaway menghembuskan asap ganja ke dalam mulut seorang anak perempuan yang berusia 10 bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin. Dia kemudian ditangkap selepas seorang rakannya merakamkan kejadian tersebut menerusi telefon bimbit sebelum membuat aduan kepada polis di sini.

Ibu muda itu juga didapati memukul anaknya itu.Dia mengaku kepada polis bahawa perbuatan tersebut pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini. Jessica kemudian dibebaskan dengan ikat jamin AS$2700 (RM8074).


lagi berita perbuatan kejam ibu bapa kepada bayi mereka, klik sini
SUMBER

Abang!!! Cepatlah Sayang Dah Tak Tahan Nie

Rahmat baru sahaja berkahwin dengan Era. Pada malam pertama selepas majlis pernikahan, mereka berehat di dalam bilik kerana keletihan membantu mengemas dapur, membersihkan periuk, kuali dan segala macam benda lagi.. Sambil berehat di dalam bilik, mereka makan burger yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera..

Emak Rahmat yang sememangnye suke menjaga tepi kain orang termasuk anak2nye sendiri memasang telinga dari pintu bilik untuk mendengar perbualan antara anak dan menantu barunye…

Era : bang, dah dipicit2 ni…tp xkeluar2 pon…
Rahmat : lambat sket la tuh nk kuar...lubangnye kecik sgt..sbrlah syg..
Era : ala…lambatnye..xsbr lah bang..saye potong jek lah hujungnye..bg bsar sket lubang ni…boley ke bang..

Secara tiba2, mak Rahmat meluru masuk ke bilik anaknye dan terus berteriak..

Mak : jangan!!!!!!! jangan gunting anu anak aku!!!!!!!!!!!!
Rahmat & Era : @#$%%^&**.. nape ni mak.. nk potong sos cili paket ni xboley ke??


ingin baca lagi cerita kelakar berbaur $%#@, klik sini dan sini
ingin baca cerita malam pertama dan $#@%, klik sini
SUMBER

Lisa Surihani Dan Yusry KRU Berkongsi Pengalaman Berbulan Madu di Eropah

Salam sejahtera... Pasangan pelakon Lisa Surihani mendedahkan suaminya, Yusry Abdul Halim agak terkejut dengan sikapnya yang tidak cerewet semasa mereka berbulan madu di Eropah selama dua minggu baru-baru ini.

Lisa berkata, pada peringkat awal Yusry mungkin beranggapan dia mahukan layanan mewah semasa berkunjung ke sana tetapi sebaliknya perkara itu tidak berlaku.

"Yusry sebenarnya adalah seorang yang ringkas dan tidak cerewet dalam banyak perkara dan dia pula terkejut apabila saya mempunyai sikap sama apabila saya tidak kisah tinggal di hotel biasa semasa di Eropah.

"Kunjungan ke sana bukan untuk tinggal di hotel mewah sebaliknya menerokai negara orang dan merapatkan hubungan kami suami isteri," ujarnya.

Lisa dan Yusry berangkat ke Eropah pada awal Mac selepas selesai majlis resepsi perkahwinan mereka pada 26 Februari dan kembali ke Malaysia pada 17 Mac lalu.

Dalam pada itu, ditanya apakah perkara yang dia belajar mengenai diri suaminya sepanjang berbulan madu, Lisa memberitahu dia menerima Yusry seadanya.

Bagaimanapun, Lisa berkata, sikap tanggungjawab adalah kualiti yang paling menambat hatinya mengenai Yusry sehinggalah dia mengambil keputusan untuk menerima lelaki itu sebagai suaminya.

"Dia masih Yusry yang saya kenal sebelum kahwin dan sehingga kini dia adalah orang sama yang saya cintai. Rasanya, suami yang lebih banyak belajar mengenai diri saya sepanjang percutian itu," ujarnya.

Sementara itu, bercerita mengenai pengalaman bercuti di luar negara, Lisa berkata percutiannya bersama suami tercinta cukup istimewa.

Walaupun Yusry pernah ke negara itu sebelum ini, mereka mengambil keputusan untuk melawat ke tempat-tempat yang tidak pernah dilawati agar aktiviti berbulan madu itu menjadi lebih bermakna.

"Percutian itu amat menyeronokkan kerana ia telah dirancang dengan baik sebelum kami berangkat," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai aktiviti tersebut, Lisa berkata, mereka mengambil keputusan memandu sendiri kereta yang disewa untuk menjelajah ke Eropah.

Destinasi pertama mereka adalah ke Switzerland dan kemudiannya bergerak ke Perancis dan Itali sambil singgah pelbagai tempat menarik.

"Semua tempat yang dilawati adalah sangat istimewa dan mempunyai memori tersendiri tetapi kunjungan ke Mont Blonc di pergunungan Alps yang terletak di antara negara Perancis dan Itali antara pengalaman menarik.

"Yusry juga sempat ke Bolognia di Itali untuk melawat muzium kereta mewah Lamborghini selain ke Rome dan beberapa lokasi lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lisa berkata, dia akan kembali ke set penggambaran filem “Tingkat Empat” arahan Jason Chong terbitan KRU Studios dan suaminya akan mula sibuk dengan pasca produksi filem “Vingkingdom”.


ingin lihat majlis perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU, klik sini
ingin lihat gambar bulan madu Lisa Surihani dan Yusry KRU di Zurich, klik sini dan sini
ingin lihat saat-saat romantik Lisa Surihani dan Yusry KRU ketika bercinta, klik sini
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved