Sesungguhnya, peminat Girls’ Generation memang gila! Taman KLCC mula dipenuhi dengan peminat sekitar jam 6 petang dan mereka tidak berganjak sehingga tamatnya persembahan daripada 9 jelitawan Korea ini.
Persembahan yang dimulakan dengan hit single terbaru mereka, The Boys membangkitkan rasa gemuruh yang tidak terhingga. Bagaikan satu konsert besar, peminat turut sama menyanyi serta mengikut gerak langkah tarian Girls’ Generation.
Ahli yang dianggotai oleh Kim Taeyeon, Jessica Jung, Sunny, Tiffany, Kim Hyoyeon, Kwon Yuri, Choi Sooyoung, Im Yoona dan Seohyun pandai memikat hati peminat dengan ungkapan bahasa Melayu mudah. Antara kata-kata yang mereka lafazkan ialah Terima Kasih, Selamat Petang dan Saya Suka Malaysia.
Persembahan mereka kemudiannya diakhiri dengan single yang berjaya mencatat sejumlah 69 juta tontonan di lama Youtube, iaitu ‘Gee’. 6 buah lagu yang dipersembahkan oleh Girl’s Generation masih tidak mencukupi. Apa yang pasti, konsert ini diadakan secara percuma! Ia semestinya menjadi satu pengalaman yang tidak ternilai harganya.
ingin lihat lagi koleksi persembahan live di Korea, klik sini
SUMBER
{ 5 ong gedek gedek... read them below or add one }
sedih lah x dpt pergi!
24 March 2012 at 14:03
I Love yoona SNSD Hahaha..,(perasan)
24 March 2012 at 14:34
Lawa nye gewe2 Ed nieyh yea . xD
http://www.boyz-ed.com
24 March 2012 at 15:06
nasib baik remy tak minat sangat korean nie.... kalau tak sure remy yg ke 50001 tu...he3
24 March 2012 at 15:06
wah free kot.,nk g tp x dpt.,had0ii T_T
25 March 2012 at 09:45
Post a Comment