Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Bahaya Jika Guna Mouse dan Keyboard Komputer Dengan Cara Salah

on 16 April 2012

Bagi anda yang selalu bekerja dengan menggunakan komputer, kesalahan dalam penggunaan tetikus (mouse) sehari-hari akan mengakibatkan carpal tunnel syndrome / karpal sindrom (istilah dalam perubatan untuk kelainan pada otot lengan).

Ini adalah gambar pembedahan tangan pesakit yang mengalami karpal sindrom

 

Berikut adalah tatacara menggunakan mouse, keyboard dan komputer dengan betul...







Memang kita harus betul dalam menggunakan komputer, meskipun rawatan sekarang telah mencapai kemajuan pesat. Cukup banyak pesakit karpal sindrom yang dikurangkan dengan fisioterapi, beberapa kes karpal sindrom memang memerlukan tindakan pembedahan, namun kemajuan ortopedik sekarang amat pesat, beberapa pesakit hanya dibuka kulitnya 1 cm sampai 2 cm saja.
 
ingin lihat postur-postur yang betul dalam penggunaan komputer, klik sini
SUMBER

Lady Gaga Tanpa Solekan (Make up)

Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS) yang kerap mencetuskan kontroversi, Lady Gaga suka menampilkan imej seksi dan berahi di atas pentas namun tidak ramai yang tahu wajahnya yang sebenar. Ingin tengok wajah sebenar Lady Gaga??? Gambar di atas merupakan wajah sebenar Lady Gaga tanpa sebarang makeup yang di 'upload' sendiri oleh beliau menerusi laman sosial Twitter untuk tatapan peminat-peminat beliau di serata dunia ini.

Rasanya kalau tanpa solekan-solekan yang pelik yang beliau selalu tampilkan, mungkin popularitinya kurang meletop dan tidak membolehkan beliau naik dalam jangka masa yang singkat. Namun tak dinafikan kekuatan vokal beliau juga adalah satu aset atas kejayaan beliau. Tapi, mungkin tak segah namanya sekarang, kan???


ingin tengok koleksi pakaian / solekan pelik yang pernah Lady Gaga tampilkan, klik sini
SUMBER

Kalau PTPTN Dimansuhkan | Siapa Untung Dan Siapa Pula Yang Rugi???

Baru-baru ini, cerita mengenai pemansuhan PTPTN hangat diperkatakan di pelbagai media. Dan sekarang, mari kita tengok pihak mana yang akan untung dan rugi jikalau pemansuhan PTPTN ini dilakukan juga.

RUGI

Peniaga di Low Yat akan gulung tikar.
Macdonalds mengalami kerugian.
KFC mula menutup cawangan.
Pizza Hut? (pelajar mkn pizza ke).
Panggung wayang sunyi sepi.
Pengedar-pengedar telefon terpaksa jual baju.
PC Fair sekadar jual pendrive, mouse, dan cooler sahaja.
Bisnes sewa kereta mula merosot.

UNTUNG

Mee segera laris dipasaran.
Nokia (Nset nokia -RM90 mula digilai).
Warung-warung tepi jalan.
Kuih Pau Seri.
Kedai makan x sedap tapi murah.
Minyak RON95.
Kawan-kawan yang mak bapak kaya.
Facebook (hari-hari student on9)


ingin tengok gambar dan video demonstrasi anti PTPTN, klik sini
SUMBER

(Gambar) Majlis Pernikahan Natasha Hudson & Carleed Khaza 15 April 2012

on 15 April 2012

Majlis pernikahan pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29 bersama Khalid Kamal @ Carleed, 33 telah berlangsung pada 15 April di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi tadi.

Dengan sekali lafaz, Natasha Hudson sah bergelar isteri kepada penyanyi hip hop dan komposer juga seorang ahli perniagaan Khalid Kamal atau Carleed Khaza.


Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima. Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin. Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

 

Natasha yang anggun mengenakan busana krim menerima lima dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sireh junjung, al-Quran, kain persalinan, wangian, cincin dan mas kahwin. Manakala Carleed menerima tujuh dulang berupa sireh junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, wangian, al-Quran digital dan cincin.

Pelakon popular itu baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 21 Mac lalu selama hampir dua minggu. Sekembalinya ke tanah air pada 4 April, pelakon drama bersiri Pulau itu mengumumkan tarikh perkahwinannya.

 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved