Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gambar Mesra Fazura Dan Tengku Mahkota Johor Di Singapura

on 22 March 2012

Salam sejahtera... Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin adalah pengacara dan pelakon jelita terkenal di Malaysia. Dengar cerita dia kini sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat Diraja Negeri Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, TMJ. Jom lihat beberapa keping gambar mesra Fazura bersama TMJ ketika berada di Universal Studio, Singapore.


lagi gambar eksklusif Fazura dan Tengku Mahkota Johor, klik sini
SUMBER

Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya Dedah Tarikh Majlis Perkahwinan Selasa Depan

on 21 March 2012

Nampaknya hubungan cinta Awal dan Scha bakal berakhir tidak lama lagi dengan satu ikatan perkahwinan. Tarikh perkahwinan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan terjawab apabila kedua-dua artis tersebut akan membuat pengumuman rasmi mengenai pernikahan mereka pada Selasa depan.

Majlis berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut.

Sementara itu pengurus kepada Awal iaitu Azlina Merican yang dihubungi mStar Online di sini memberitahu, pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.

“Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media,” katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir,29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.

Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini.


inin lihat gaun perkahwinan Scha, klik sini
ingin lihat gambar saat intim mereka ketika hangat bercinta, klik sini
SUMBER

Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan Bakal Berkahwin Januari 2013

Salam sejahtera... Liyana Jasmay, heroin bagi drama 3 janji yang kini hangat mengisi slot lestari setiap hari selasa jam 9 malam selepas berakhirnya drama Vanilla Coklat telah membuat kenyataan bakal bertunang pada 28 Mac ini sebelum ini dan sekarang pula beliau telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada Januari 2013 selepas pulang dari Amerika Syarikat.

Liyana Jasmay, 24, akan berangkat ke amerika Syarikat pada Julai depan untuk mengikuti kursus kursus jangka pendek di New York Film Academy dalam bidang pengarahan dan lakonan.


ingin lihat gaun pertunangan Liyana Jasmay, klik sini
ingin lihat gambar Liyana Jasmay yang hot dan seksi, klik sini
SUMBER

Video Bulan Madu Lisa Surihani Dan Yusry Di Eropah

Salam sejahtera... Jika sebelum ini miera ada berkongsi berpuluh-puluh gambar dan video yang berdurasi beberapa saat sahaja waktu bulan madu Lisa Surihani dan Yusry KRU, kali ini pula miera ingin kongsikan video pula untuk mengurangkan sedikit kerinduan peminat-peminat di tanah air Malaysia.



ingin lihat majlis perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU, klik sini
ingin lihat gambar bulan madu Lisa Surihani dan Yusry KRU di Zurich, klik sini dan sini
ingin lihat saat-saat romantik Lisa Surihani dan Yusry KRU ketika bercinta, klik sini
SUMBER

Gambar Dan Nama Anak Aishwarya Rai

Salam sejahtera... Selepas 4 bulan melahirkan cahaya mata, akhirnya baby Aishwarya Rai yang diberi nama Aaradhya Bachchan atau nama manjanya 'Beti B'. Tu pic babynyer sangat the mat salehkan...hehhehehe


TAPI!
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
v


Kat atas tadi sebenarnya gambar super impose dari minah ini. Jangan marah ya!

ingin lihat gambar Aishwarya Rai yang cantik2 (bukan tipu ya!), klik sini
SUMBER

Sanggup Makan Tahi Untuk 1 Juta Yen

on 20 March 2012

Salam sejahtera... Ini adalah salah satu cabaran dari pertandingan realiti sukan lagak ngeri versi Jepun, Fear Factor versi Jepun. Mari kita lihat lagak ngeri (ataupun bodoh???) orang-orang Jepun ini yang sanggup makan taik demi duit...


ingin tahu lebih banyak lagi aksi bodoh dan bangang orang Jepun ini, klik sini
SUMBER

Justin Bieber Dipukul Teruk Sehingga Berdarah

Salam sejahtera... Bintang pop remaja terkenal masa kini, Justin Bieber dikenali kerana muka baby face yang telah membuatkan ramai gadis tergila-gila dengannya . Tetapi dalam foto terbaru, Justin Bieber mengejutkan peminat apabila muncul dengan berlumuran darah itu, dipukul dan dalam penampilan lelaki yang sukar. Penyanyi berusia 18 tahun itu dilihat lencun dengan darah kerana dia tumbuk di muka oleh seorang peninju gagah perkasa.

Imej itu walaupun hanya sekali, namun shoot yang luar biasa yang diambil oleh jurugambar Tony Kelly yang terkenal di dunia fesyen untuk majalah Complex. Berpakaian dalam pakaian yang bergaya, Bieber digambarkan sebagai seorang yang terjejas teruk dan kemudiannya memuntahkan darah.


lagi gosip hangat mengenai Justin Bieber dan artis Hollywood lain, klik sini
SUMBER

Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Lemas Dalam Tangki Najis

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemui mati lemas dalam sebuah tangki najis yang terletak tidak jauh daripada rumahnya yang berdekatan dengan Klinik Kesihatan Jabi, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, ketika kejadian pada kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa Nur Ammar Adlyn Mohd. Husni dilihat oleh jirannya bermain dengan basikalnya seorang diri.

Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam tangki najis berkenaan yang didapati tidak ditutup dengan sempurna. "Mangsa disahkan telah meninggal dunia dipercayai lemas”, katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Mohd. Husni Mat Hussin, 33 yang merupakan seorang Pembantu Am Rendah, Majlis Daerah Besut, berkata, sejurus selepas dimaklumkan oleh jirannya, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati anaknya terapung di dalam tangki najis sedalam kira-kira tiga meter.


lagi berita sadis kanak-kanak mati lemas, klik sini
SUMBER

Nama Terpanjang Di Dunia

Salam sejahtera... Nama terpanjang di dunia setakat ni ialah nama seorang anak angkat di luar negara. Namanya diambil dari 27 kata yang di mana 25 diantaranya ialah nama petinju terkenal dunia dan nama lainnya ialah nama dari keturunan keluarga.

Namanya ialah:

Auntumn sullvian corbett fitzsmmons jeffries hart burns johnson willard dempsey tunney schmelling sharkey carnera baer braddock louis charles walcott marciano patterson johanson liston clay frazier foreman brown


ingin lihat koleksi gambar bayi / baby yang unik dan comel2, klik sini
SUMBER

Mahasiswi Seksi Ini Sanggup Lakukan Apa Saja Untuk Lulus Ujian

on 19 March 2012

Seorang mahasiswi seksi yang gagal ujian datang ke pejabat pensyarahnya yang masih kacak. Dia melirik ke sekililingnya sebentar, menutup pintunya, dan langsung berlutut di hadapan sang pensyarah sambil memohon.

“Tuan, Saya bersedia melakukan apapun juga agar lulus ujian….”, ujarnya sambil melirik genit.

Lalu sang mahasiswi mendekat ke arah pensyarahnya, mengusap rambutnya, menatap matanya penuh erti. “Kalau tuan masih belum mengerti maksud saya…” bisiknya, “Saya bersedia melakukan apapun, apa saja yang tuan mahu…”

Pensyarah kacak tadi membalas tatapannya, “Apapun?”

“Apapun!”, jawab sang mahasiswi seksi secepatnya.

Suara pensyarah itu melembut, “Apapun?”

“Apapun….”

Akhirnya Pensyarah itu berbisik, “Mahukah kamu……… belajar?”


ingin baca kisah benar mahasiswi jual maruah semata-mata ingin lulus ujian, klik sini
SUMBER

Pemandu Langgar Lari Rafizi Hamdan Sehingga Maut Serah Diri

Salam sejahtera... Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan (maut) bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis pagi ini dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya. “Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian. Difahamkan, suspek enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.


Video & gambar kemalangan langgar lari Pelumba basikal, Rafizi Hamdan
SUMBER

Gaji Programmer Yang Masyuk Di Google

Salam sejahtera... Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.

Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.

Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.

1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun
2. Google Programmer di California – $197,000 setahun
3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun
4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun

Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?

1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.
2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.
3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.
4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.

Perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar. Selain itu, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.

Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.


ingin lihat rupa pejabat Google yang sangat sempoi dan selesa, klik sini  
SUMBER

15 Fakta Menarik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

on 18 March 2012

Rata-rata orang Malaysia sangat mengenali dengan pelakon lagenda ini, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bukan??? Di sini miera ingin berkongsi fakta-fakta menarik yang sebelum ini kami sendiri juga tidak tahu. Mari kita baca...

1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.

3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.

4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.

5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!

7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.

8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).

9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!


ingin tengok secara live streaming atau download koleksi cerita P Ramlee, klik sini 
SUMBER

Pasangan Suami Isteri Ini Kumpul 240 Patung Seks

Ada-ada saja hobi pasangan suami isteri ini. Bob dan Lizzie Gibbins memenuhi rumah mereka dengan koleksi patung seks. Jumlah patung yang mereka miliki sekitar 240 buah.

Pasangan eksentrik ini memilih, dan menamakan boneka bersama, bahkan mereka membelikan tiap boneka pakaian, wig, dan make up setiap bulan. Tak hairan jika mereka telah menghabiskan £100.000 untuk hobi mereka ini.

 
 

ingin baca info patung seks ini, klik sini
ingin tengok bermacam-macam bentuk, saiz dan jenis patung seks, klik sini

(Eksklusif) Video Dan Gambar Bulan Madu Lisa Surihani dan Yusry di Rome, Itali

Salam sejahtera... Jika sebelum ini, miera ada kongsikan beberapa keping gambar bulan madu Lisa Surihani dan Yusry di Zurich, kali ini Lisa Surihani dan Yusry telah menjejakkan kaki ke sebuah lagi negara yang penuh dengan sejarah purbakala yang menakjubkan, Italy. Dan sekarang, mari kita terjah satu video dan koleksi gambar honeymoon yang tersangat eksklusif Lisa Surihani dan Yusry KRU yang dirakamkan oleh mereka sendiri buat peminat Lisa Surihani dan Yusry yang selalu mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka ini. Jom terjah...


 

ingin lihat lagi banyak gambar eksklusif bulan madu Lisa Surihani dan Yusry ketika di Italy, klik sini
SUMBER

Tragedi Putus Cinta (Clash) Di Facebook Paling Epic

Salam sejahtera... Macam-macam kisah dan perkara kita boleh jumpa di facebook, Jumpa kawan sekolah lama, terjumpa bekas balak lama dan macam-macam lagi. Tetapi kali ini, miera ingin kongsikan kisah putus cinta di facebook paling epic pada abad ini.


ingin baca lagi kisah dan perkara menarik yang berlaku di facebook, klik sini 
SUMBER

Tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 Adalah 13 Jun 2012

on 17 March 2012

Assalamualaikum... tajuk paling hangat pada masa kini untuk orang-orang politik di Malaysia ialah “Bila pilihan raya umum ke 13???″. Di mana-mana sahaja kita akan kedengaran cerita mengenainya samada di Internet, radio, televisyen ataupun dunia reliti. Puak-puak Barisan Nasional atau penyokong tegar Pakatan Rakyat tidak akan terlepas nak bercerita tentang pilihan raya umum ke 13. Dari khabar angin yang bertiup kencang yang miera dengar, tarikh Pilihan raya umum 13 adalah pada 13 Jun 2012. Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu bila PRU 13.

Memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tanda Pilihan raya umum ke 13 semakin hampir sudah begitu banyak. Berbagai pengumuman telah dilakukan oleh PM DS Najib Razak dan terbaru apabila Penjawat Jawatan Awam mendapat durian runtuh 7 – 13% apabila sistem SBPA dibatalkan SSM dikekalkan dengan pertambahbaikan struktur gaji penjawat awam.

Parti politik kian rancak berkempen di desa dan felda mungkin mereka tahu orang bandar ni tak boleh diharap sangat sebab dah terlebih pandai dan terdedah dengan berbagai sosial media. Berbagai dokumen rahsia telah dan akan didedahkan dalam tempoh kempen menjelang PRU 13. Di jangkakan PRU 13 adalah pilihan raya paling panas dalam sejarah kemerdekaan Malaysia.


SUMBER

Ajaib!!! Gajah Ditewaskan Oleh Burung

on 16 March 2012

Salam sejahtera... Kebiasaan makhluk yang besar tidak akan kalah dengan makhluk yang lebih kecil darinya. Tetapi, berlainan pula di Kenya apabila salah satu makhluk terbesar, gajah takut dengan sekumpulan burung yang membentuk seperti awan berukuran sangat besar. Sekumpulan burung dilihat mengerumuni gajah yang kelihatan akan meminum air di lubang air Satao Timur Tsavo.

Burung yang mempunyai berat lebih kurang 10 gram ini dapat mematahkan ranting pokok jika mereka bertenggek beramai-ramai di pohon. Jangankan gajah, makhluk yang jauh lagi ganas seperti singa atau harimau pun boleh lari lintang pukang apabila terserempak dengan gerombolan ini.


ingin baca cerita lawak mengenai burung pipit, klik sini
ingin baca info menarik mengenai burung, klik sini
SUMBER

Jessie J Live In Malaysia | Gambar Jessie J Sejurus Sampai Di KLIA

Salam sejahtera... Jessie J telah selamat tiba di KLIA malam semalam untuk melayan peminat bagi konsert pertamanya di Malaysia di Surf Beach, Sunway Lagoon pada malam ini (16 Mac 2012). Bagi sesiapa yang masih belum membeli tiket, anda masih boleh berbuat demikian kerana Tune Talk menawarkan “Buy One Get One Free”.

Tiket-tiket yang berharga RM 298 (Tune Talk Zone), RM 198 (Party Zone) dan RM 98 (Regular) boleh la didapati di Rock Corner  KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre and The Guitar Store outlets atau di www.ticketpro.com.my serta di talian 03-7880 7999.

 

ingin lihat koleksi videoklip konsert live yang 'special edition', klik sini   
SUMBER

Aaron Aziz Dituduh Tipu Peminat Jual iPad Murah Melalui Facebook

Salam sejahtera... Pelakon KL Gengster, Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata, dia telah merancang menfailkan saman terhadap lelaki terbabit yang turut membuka akaun facebook palsu atas namanya dan menggunakan laman itu untuk memperdaya peminat serta menggelapkan wang mereka.

Menurutnya, dia mengesan perbuatan individu terbabit yang mendakwanya menjual 50 unit iPad pada harga murah khas untuk peminat dan mereka yang berminat dengan tawaran itu perlu meninggalkan nama dan nombor telefon dalam peti masuk pesanan selepas diberitahu isterinya, Diyana Halik, 27, kelmarin.

“Isteri saya memaklumkan ada seorang wanita menghubunginya pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai pembantu peribadi saya dan menjual iPad di laman facebook,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Aaron berkata, dia terkejut kerana tidak sangka ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan kononnya menjual iPad bagi pihak dirinya.


jom baca fakta menarik mengenai Aaron Aziz, klik sini
SUMBER

Gambar Gaun Perkahwinan Scha Al-Yahya

Salam sejahtera... Scha Al-Yahya tampil mempersona dan sangat cantik dalam menggayakan gaun pengantin ciptaan Syaiful Baharim yang dibuat di atas fabrik lace Perancis, taffeta dan bulu-buluan mewah bersama signature ribbon ciptaan eksklusif bagi mewarnai koleksi perkahwinan Syaiful Brides 2012.

Pengarah Urusan Baharim & Co Sdn Bhd, Megat Alfie berkata, pemilihan Scha Al-Yahya bertepatan sekali dengan mood perkahwinan yang ada di dalam jiwa dan raga pelakon berkenaan untuk menjadi persembahan kepada setiap bakal raja sehari.

Tampil dengan inspirasi tersendiri lagi memikat, Syaiful Baharim mengilhamkan signature kuntuman ribbon yang disatukan dalam setiap rekaan gaun sama ada di bahagian bahu, pinggang mahupun tumit tinggi bagi melempiaskan kesan romantis.


p/s: ada banyak lagi gambar gaun pengantin miera tak upload, papepun korang boleh klik sini
SUMBER

Malam Keliwon: Jom Cari Hantu / Jin / Syaitan

on 15 March 2012

Salam sejahtera... Sempena malam keliwon yang sangat indah dan hening ini, miera ingin mengajar korang beberapa tips untuk mencari hantu atau jin ataupun syaitan. Tetapi sebelum itu, ada amaran supaya nanti jadi apa-apa takde la korang carimiera di kemudian hari.

- Jangan cuba jika lemah semangat/sakit jantung.
- Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai amalan & kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda.
- Jangan lakukan jika berseorangan.
- Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku kerasukan.
- Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri.
- Tidak digalakkan untuk mereka yang bawah umur.
- Perempuan yang sedang mengandung amatlah tidak dibenarkan mencuba aksi di bawah.

Sudah baca amaran, tetapi ingin mencuba??? Jom cari hantu...

Cara Pertama:

- Berdiri dan menghadap kiblat.
- Rehatkan badan dan lemahkan segala anggota badan anda.
- Selawat tiga kali
- Kosongkan minda dan baca surah Al-Fatihah 7 kali dan tumpukan pada bahagian tengah kening
- Anda akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan-lahan dan menunjukkan ke satu arah
- Turutkan saja arah tangan bergerak
- Akhir sekali, buka mata untuk melihat. Apa yang anda nampak???


Cara kedua:

- Semasa mandi mayat, air mayat melimpah turun kan??? Sila tengok celah kangkang anda kepada air mayat tadi. Kalau malu orang nampak, ambil air mandian jenazah tersebut dan sapu di kedua-dua kening.
- Berdiri di tengah-tengah hutan pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda. Lepas itu, buka mata dan pandang tepi anda.


Cara paling mudah: (untuk wanita)

- Ketika anda datang bulan (period), amalkan sikat rambut anda setiap tengah malam sambil menatap ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
- Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua penjuru pintu bilik air / bilik mandi.


p/s: amacam??? kalau korang ingin tips yang lebih ekstrim, klik sini
SUMBER

Gadis 16 Tahun Dibunuh, Dikerat, Dipanggang, dan Dimakan!!!

Salam sejahtera... Seorang remaja dibunuh, dipotong dan dimakan oleh dua lelaki, demikian kata pegawai penyiasat Rusi. Sebelum dibunuh, Karina ada kemungkinan dirinya diperkosa dulu. Karina Barduchyan, 16 tahun, dikatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg. Polis percaya dia dibunuh malam itu juga. Bahagian-bahagian tubuh milik si gadis ditemukan di dalam beberapa kantong plastik yang dibuang di sekitar kota. Paling tidak dua kantong plastik telah ditemukan di dua tempat yang berbeza. Dua lelaki berumur 19 tahun telah ditangkap kerana kejadian biadab ini.


Karina mengenali dua orang penjenayah zalim iaitu Yuri Mozhnov, si penjual bunga. dan Maxim Golovatskikh, si penjual daging di pasar. Karina dirayu untuk ke apartemen mereka dimana dia kemudian di lemaskan ke dalam tab mandi

Kedua suspek itu membunuh Karina, kemudian memotong-motong bahagian nya untuk dipilih yang mana yang akan dimakan! Kemudian, tubuh Karina yang telah di pilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan dengan lahap oleh keduanya tanpa perasaan bersalah. Mereka sekarang telah ditahan dengan tuduhan membunuh.

Pengetua sekolah St. Petersburg, Andrei Lavrenko, mengatakan bahawa para penyelidik percaya mereka memutuskan untutk membunuh Karina setelah si gadis bertengkar dengan Golovatskikh. Kesan darah ditemukan di paip air dan lantai kondominium. Difahamkan Golovatskikh mempunyai sejarah sakit jiwa dan pernah dirawat di rumah sakit jiwa setempat.


ingin lihat lagi siri pembunuhan kejam ala-ala Mona Fandey, klik sini   
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved