Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

KEJAM!!! SEMBUR RACUN KE MULUT ISTERI

on 27 August 2012


KEJAM!!! SEMBUR RACUN KE MULUT ISTERI | JENAYAH - Seorang wanita cuba mengubah pendekatan lain dengan berdiam diri apabila suaminya marah, namun tindakan itu tidak berhasil dan menyebabkan dirinya menerima padah lebih teruk apabila mulutnya disembur dengan racun serangga.

Kejadian berlaku jam 10.30 malam dua hari lepas, di rumah mereka di Taman Bukit Segar, Cheras, di sini, dan mangsa yang berusia 26 tahun turut ditendang sebelum melarikan diri apabila suaminya cuba mencelup tangannya ke dalam kuali mengandungi minyak panas.

Mangsa mendakwa sebelum kejadian, dia dijemput suaminya selepas habis waktu bekerja, namun sebaik saja masuk ke dalam kereta suaminya yang mabuk terus memukul kepalanya.

Suami mangsa kemudian memarahi mangsa kerana tidak mahu berbual dengannya. Mangsa yang ketakutan terus mendiamkan diri sebelum dibawa pulang ke rumah.

Sebaik tiba di rumah, mangsa bergegas ke dapur menyiapkan masakan untuk suaminya sebelum dia dipanggil ke ruang tamu dan suaminya bertanya kenapa dia seperti sudah berubah sikap.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

yusuflaili(Goku) said...

apa kejadahnya sembur2 racun ni..baik sembur racun serangga tu kat kebun ada juga faedahnya.


27 August 2012 at 09:24
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved