Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Majlis Pernikahan Yusri & Lisa Surihani Di Hotel Marriot Putrajaya

on 24 February 2012

Assalamualaikum... Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed, 26 bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim, 39 sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.

 
 

p/s: ramai jejaka akan menangis tengok gambar-gambar di atas ini. ahaha

Bercumbu Beramai-Ramai Semasa Jamuan Di Rumah Bos

on 22 February 2012

Misha: Kau pergi tak?

Ida: Pergi mana?

Misha: Jamuan kat rumah Encik Adi tu

Ida: Ooo …. Jamuan Encik Adi! Seganlah pulak

Misha: Segan apa pulak?

Ida: Dia tu eksekutif, kita ni kuli aje

Misha: Eh! Yang selalu dia buat jamuan tu, kau datang aje. Kali ni pulak yang segannya. Kenapa?

Ida: Selalu tu dia buat kat pejabat, tak le segan. Ni dia buat kat rumah, seganlah nak pergi

Misha: Yang ni dia buat kat rumah le, sebab jamuan sempena cukur jambul anaknya. Kalau jamuan biasa memanglah dia buat kat pejabat, tak kan jamuan cukur jambul anak pun nak buat kat pejabat!! Kau nilah pulak, macam-macamlah. Jomlah pergi, esok aku ambik kau kat rumah.

Ida: Eh! Engkau ni beria-ia sangat ni kenapa?

Misha: Dia tu kan ke ketua kita?! Kenalah kita raikan majlis yang dia buat. Lagipun dia ni lain dari eksekutif yang lain tu. Dia mesra dengan orang bawahan dia, tak sombong dan yang paling penting

Ida: Apa yang penting sangat tu?!

Misha: Dia pandai bercumbu!!

Ida: Pandai bercumbu?!

Misha: A’aa.. tu yang aku suka kat dia tu. Bersama dengan dia kita tak bosan, sentiasa terhibur. Pandai bercumbu!!

Ida: Eh! Mana kau tau? Biar betul ni

Misha: Betul le! Aku kan ke biasa dengan dia?! Takkan kau tak tau, aku selalu juga pergi rumah dia tu, dia selalu buat jamuan makan-makan.

Ida: Eee.. seram aku dengar! Kau skodeng dia dengan isteri dia ke?

Misha: Apa pulak skodengnya? Sama-samalah!!

Ida: Kau dengan Encik Adi? Astaghfirullah..

Misha: Takkan aku berdua dengan Encik Adi aje, tak manislah orang tengok! Sekalilah dengan isteri dia, dengan orang-orang lain yang datanglah.

Ida: Eh!! Teruknya!

Misha: Apa pulak teruknya? Macam inilah baik, dia memang berpangkat tinggi tapi mesra dengan semua orang, tak sombong dan pandai layan tetamu tak kira pangkat.

Ida: Semuanya bercumbu-cumbuan le yek?!

Misha: Ha laa... itu yang seronok tu!!

Ida: Astaghfirullah!! Tak sangka pulak dia macam tu!! Kau tu pun sama, jenis pakai tudung lingkup tapi buat amalan songsang!!

Misha: Eh!! Apasal kau tetiba melenting macam ni. Tetiba aje tuduh orang yang bukan-bukan!

Ida: Bukan tuduhlah!! Kau sendiri yang dah mengaku, kan?! Tak sangka kau dengan Encik Adi terlibat dengan gaya hidup songsang ni!!

Misha: Gaya hidup sangsang apa pulak ni?? Tak faham aku

Ida: Tak songsang kata kau?! Mengamalkan seks bebas, menganjurkan pesta seks … itu tak songsang?!

Misha: Bawak mengucap Ida! Siapa pulak yang buat pesta seks ni?

Ida: Eh! Engkorang le, kan kau tadi cerita engkorang bercumbu-cumbuan beramai-ramai, kan? Itu dah jadi pesta seks le tu.. bertaubatlah Misha, tinggalkan amalan tak senonoh tu!!

Misha: Hahahahaa

Ida: Ketawa pulak dia, orang serius nih!! Perkara macam ni jangan dibuat main-main.

Misha: Hehehee … Aku ketawa sebab geli hati sesangat ni, sampai nak pecah peruk rasanya!! Hikhikhi

Ida: Haa..

Misha: Kau tu dah salah faham!!

Ida: Salah faham apa pulak?

Misha: Bercumbu yang aku cakap ni tadi bukan maknanya bercium-cium macam seks bebas yang kau sangka tu!!

Ida: Makna bercumbu ni, berjenaka, buat lawak!! Encik Adi tu suka berjenaka, suka buat lawak, isterinya pun sama. Itu pasal aku suka pergi rumah dia kalau dia buat jamuan.. seronok!!

Misha: Laa.. ada makna macam tu ke? Macam mana boleh aku tak tau?!

Ida: Tu la, masa kelas Bahasa Melayu masa sekolah dulu kau suka ponteng dan tidur dalam kelas! Hehehe


Bercumbu:
(1) berjenaka, berkelakar, bersenda gurau
(2) mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan)
(3) bercium-cium mesra 


Sumber

(Gambar) Misha Omar Dan Firos Ezzwan Bertunang

Salam sejahtera... Penyanyi-pelakon yang pernah popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar, akhirnya selamat melangsungkan majlis pertunangan pada Isnin lalu. Sekaligus menjawab segala spekulasi dan gosip yang timbul sebelum ini, dia kononnya dalam senyap-senyap sudah berkahwin. Malah ada yang kata dia adalah isteri kedua kepada seorang VVIP.

Namun kini yang nyata, penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ni sah menjadi tunangan kepada Firos Ezzwan Rossly, 30, merupakan seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS).

Menerima lima dulang hantaran berbalas lima, pelantun lagu Adam dan Hawa itu rasmi bergelar tunangan kepada Firos selepas disarungkan cincin oleh bakal ibu mentuanya, Asmah Kenin. Hanya rakan dan ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir, ini kerana untuk memenuhi permintaan kedua-dua keluarga majlis pertunangan Misha & Firos.

 

p/s: melepas sorang lagi si dara impian wahai jejaka-jejaka si luar sana!!!

Anonymous (Hackers) isytihar akan serang Israel

Salam sejahtera... hari ini miera ada satu cerita tergempar yang ingin dikongsikan. Cerita ini adalah mengenai satu kumpulan atau jaringan pengodam antarabangsa iaitu Anonymous. Selepas mereka (Anonymous) berjaya menggodam laman web milik CIA, sekarang ini mereka telah mengisytiharkan 'perang salib' terhadap Israel. Mereka menyatakan Israel telah melakukan 'jenayah terhadap kemanusiaan' dan mengarah kepada 'bencana nuklear'.

Dalam pernyataan mereka yang dikeluarkan Jumaat lalu, Anonymous menuding para pemimpin Israel menciptakan demokrasi palsu, dan hanya melayani kepentingan beberapa orang terpilih saja, sementara menginjak-injak kebebasan masyarakat. Anonymous juga menuding Israel telah memanipulasi pendapat awam dengan kerjasama antara "penipuan media" dan "politik rasuah".

Kumpulan ini berjanji akan melakukan tiga langkah terhadap pemerintahan Israel. Tiga langkah itu diantaranya akan mengeluarkan Israel dari Internet dan menukar Israel menjadi negara bebas. Sementara langkah ketiga tidak didedahkan kumpulan hackers ini.


p/s: berita ini yang miera mahu dengar, harap Anonymous berjaya menggodam negara jahanam itu. ahaha

Air Paling Sedap Di Dunia (Air Mata Taubat)

on 21 February 2012

Assalamualaikum... "Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."


p/s: renung-renungkan dan selamat beramal...

Otakimasu!!! Pizza Hut Hot Coupon!!!


Jangan malu-malu nak print dan nikmati penjimatan hebat dari Pizza Hut. Otadakimasu...

Bayi China 6 Bulan Sudah Ada Payudara Akibat Susu Tepung

Salam Sejahtera... Terdapat laporan sejumlah bayi-bayi di China mengalami pembesaran payudara. Beberapa kes telah dilihat dalam beberapa wilayah seperti Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing. Susu tepung disyaki mengawal pembiakan hormon-hormon seks menjadi punca pertumbuhan dada yang dilaporkan sejak Ogos lalu.

Namun begitu menteri kesihatan China menolak desas-desus itu tetapi baru-baru ini ditemui sejumlah bayi yang mengalami pertumbuhan ini yang terjadi pada bayi berumur enam bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun. Hormon-hormon ini ialah gonadotropins dan testosteron.

Beberapa pakar mengatakan bahawa ini ialah satu perkara normal yang berlaku pada bayi dan keadaan ini akan kembali normal apabila bayi itu berusia dua tahun. Selain itu, ia juga memberi kesan terhadap satu antara 5000-10000 bayi berunsur pertumbuhan rambut di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat.


p/s: macam-macam...

Siapa Penyanyi Kumpulan Hip Hop Ditahan Rogol Anak Tiri???

on 20 February 2012

Salam sejahtera... Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop (R&B) popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya. Penyanyi tersebut dikatakan melakukan kegiatan terkutuk itu sejak mangsa berusia 7 tahun.

Menurut Harian Metro, penyanyi tersebut yang pernah berlakon filem ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak kira kira jam 11 malam semalam. Siapa agaknya haiwan bertopengkan manusia itu ya??? Beliau amatlah kejam dan tidak layak hidup di dunia ini lagi.


p/s: dunia semakin zalim...

(Video) Kebenaran Di Sebalik Kejayaan Seorang Photografer

Salam sejahtera... Seorang wartawan wanita yang sanggup menggadai nyawa mengambil gambar seorang budak perempuan yang sedang lari daripada pengganas. Manakala, seorang pengganas sedang mengacukan senapang kearah kepala budak perempuan tersebut.


Wartawan ini tidak mampu berbuat apa-apa, dan tergamam apabila budak perempuan ni melihat kearahnya bukan kearah pengganas yang sedang mengacukan senapang. Debaran anugerah photographer of the year jatuh kepada wanita ini, namun kejayaan yang dia miliki membuatkannya sedih dan serba salah menerima anugerah itu.


p/s: inilah realiti kehidupan, bukan mudah ingin melakukan ua kerja dalam satu masa. huhu

Gambar Dan Video Lucah Adele Pemenang 6 Anugerah Grammy Kini Tersebar!

Salam sejahtera... Adele kini berada di puncak tertinggi kerjayanya selepas menggondol enam anugerah dalam Anugerah Grammy kini dipalit kontroversi terbesar dalam hidupnya. Ini berikutan gambar dan video lucah beliau (Adele) telah tersebar. Gambar dan video berkenaan dikatakan telah diedarkan oleh teman lelakinya untuk membalas dendam terhadap Adele. Namun begitu Adele menafikan yang beliau adalah individu di dalam gambar dan video tersebut.


ingin tengok video lucah artis-artis Malaysia dan Hollywood, klik sini

(Gambar) Nick Vujicic, Lelaki Tanpa Tangan Dan Kaki Kini Sudah Berkahwin

Assalamualaikum... Nick Vujicic yang dilahirkan tanpa kaki dan tangan kini sedang berbulan madu dengan isteriny di Hawaii, USA. Dia pernah mengalami kemurungan yang teruk pada zaman kanak-kanak akibat kekurangan pada dirinya. Meningkat dewasa dia menunjukkan bahawa dia juga boleh melakukan semua perkara seperti orang normal seperti menulis, menaip, bermain drum dan memberus gigi.

Pada tahun 2005 Vujicic telah dicalonkan untuk Anugerah 'Young Australian of the Year'. Dia sekarang menjadi pakar motivasi terkenal disamping penulis yang berjaya. Nick Vujicic dan isterinya Miyahara telah bertunang pada Oktober lepas dan berkahwn pada 10 Februari baru-baru ini di California.

jom terjah gambar Nick Vujivic dan isterinya...

 

p/s: kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah dengan sifat yang cukup patut boleh lagi berjaya dari Nick Vujinic. hoho

Syarikat Pembuat Anak Patung Seks Di China Catat Keuntungan Luar Biasa!

on 19 February 2012

Salam sejahtera... Tahukah anda antara syarikat yang paling cepat mencatatkan keuntungan dan berkembang di China adalah syarikat pembuat anak patung seks? Mungkin ia kedengaran seperti satu fakta yang karut, tetapi itulah hakikatnya.

Permintaan ‘melampau-lampau’ daripada penggemar alat permainan ini dari seluruh dunia telah membuatkan syarikat Ningbo Yamei yang terletak di wilayah Zhejiang mencatat keuntungan dan prestasi luar biasa di negara komunis tersebut yang telah memulakan perniagaan kira-kira tiga tahun lepas.

Dari hanya sebuah syarikat kecil, kini Ningbo Yamei berjaya menjual lebih 50,000 anak patung seks tahun lepas. Syarikat itu telah merekabentuk 13 jenis anak patung lagi untuk memenuhi ‘citarasa penggunanya’. Purata harga anak patung ini ialah kira-kira RM57 sebuah.


p/s: makin dahsyat duni sekarang ini. hoho

(Gambar Dan Video) Majlis Pernikahan Imam Muda Hassan Adli & Fadatul Ulfah

on 18 February 2012

Salam sejahtera... Tanggal 17 Februari cukup bermakna bagi Juara Imam Muda musim kedua, Mohd Hassan Adli Yahya. Pada tarikh itu, dia bukan saja menyambut ulang tahun yang ke-27 tetapi lebih istimewa bergelar suami kepada wanita yang berjaya membuka pintu hatinya.

Memilih bakal guru, Fadatul Ulfah Jamali sebagai suri hidup, majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam pada 17 Februari, selepas solat Isyak.

Imam Muda Hassan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM666 dan hantaran RM9999. Pihak Hassan membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 dulang.









p/s: tak sabar nak kawen la. hoho

(Video) Separuh Mati Wanita Ini Ditakutkan Ala-Ala Bang Bang Boom

Salam sejahtera... Sekarang dah jadi semacam trend di seluruh dunia untuk membuat lawak jenaka realiti seperti Bang Bang Boom dan Wakenabeb yang terdapat di Malaysia. Ada yang benar-benar menarik, namun ada jugak yang luar batasan. Kadang-kadang, penerbit pun tak faham batas dan bila nak berhenti apabila membuat lawak.


Daripada lawak berubah menjadi lawak bodoh, terutama dalam kes klip di bawah ini. Klip berkenaan memperlihatkan bagaimana seorang wanita yang baru habis kerja di Brazil dan ingin pulang ke rumah dipermainkan oleh krew sebuah program lawak realiti. apa lagi, jom terjah...


p/s: kalau miera kena camni, da lama saman program lawak bangang ni. hoho

Fitnah Pembangkang | Gambar Najib Memakai Tanda Dahi (Nandek) Dalam Upacara Hindu

on 17 February 2012

Salam sejahtera... nampaknya pihak pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi sehinggakan mereka sanggup memfitnah Perdana Menteri kita. miera malas nak cakap panjang (nanti jadi dosa pula), jom terjah gambar fitnah jahat ini...
 

p/s: berhentilah sebelum terlambat wahai pihak pembangkang...

Sanggup Buka Tudung Untuk Menyertai Uji Bakat Program Realiti 'On Air'

Salam sejahtera... Ada peserta wanita yang sanggup buka tudung untuk jadi popular (glamour). Selain itu, ada juga yang sanggup tidur di dalam kereta semata-mata untuk mendapat borang peryertaan uji bakat 'Program Realiti ON AIR' oleh ASTRO. Betapa murahnya iman mereka ini.

Kata Aznil Nawawi dalam kolumnya di HM, 12 Februari lalu mendedahkan gelagat peserta-peserta dalam rancangan realiti On Air yang kini sedang disiarkan di Astro. Kata Aznil, ada yang terus menunggu walaupun borang yang dikhususkan untuk uji bakat itu telah habis diedarkan. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menyertai program itu.

Yang paling mengejutkan, Aznil juga mendedahkan ada peserta bertudung yang gagal dalam uji bakat pada hari pertama sanggup menanggalkan tudung untuk  mencuba nasib pada hari kedua uji bakat.


p/s: betapa hebatnya penangan program realiti yang mampu membuat mereka popular sehinggakan mereka terlupa pada pencipta-Nya.

(Penjelasan Video) Kenapa Forex Haram?

Assalamualaikum... Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah dikeluarkan kenyataan berkaitan pengharaman Forex bagi umat Islam. Akibat daripada pengharaman berikut, ramai broker-broker (trader) Forex tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.


Di sini, miera ingin berkonsi satu video kenapa dikatakan FOREX ITU HARAM di sisi agama islam. Para pembaca khususnya broker-broker Forex, sila tengok dan fahami apa yang terkandung dalam video ini. jom terjah...



Faham tak kenapa dikatakan forex itu haram dan kenapa ada yang mengatakan forex itu halal? Jika para pembaca kurang jelas juga, korang semua boleh lawati di sini.

p/s: janganlah sesekali anda mendekatkan diri kepada yang haram.

Gambar Aksi Seksi (Terlampau) Lindsay Lohan Dalam Majalah Love

on 16 February 2012

Salam sejahtera... Lindsay Lohan??? Pasti ramai yang mengenali beliau, artis ini sering dihujani dengan pelbagai kontroversi sepanjang penggiatan beliau dalam industri hiburan di Hollywood. Dan kali ini, miera ingin memaparkan 12 keping gambar Lindsay Lohan dalam Majalah Love yang agak kontroversi apabila beliau hanya mengenakan pakaian dalam sambil beraksi dengan sebatang rokok. jum terjah...



p/s: gugur iman den. ahaha

Gambar Farah Asyikin (Artis) tenang selepas bertudung

Assalamualaikum... Penyanyi Farah Asyikin Zulkifli yang popular dengan lagu Seribu Penipuan telah melakukan hijrah yang paling bermakna untuk dirinya apabila dia sudah mula memakai tudung. Berkat solat sunat taubat nyata memberikan ketenangan buat dirinya dan membuka hati Farah Asyikin untuk memakai tudung.

Farah Asyikin mengakui tindakannya agak lambat namun bersyukur kerana sudah lebih tenang berbanding dulu dan dapat menjalani kehidupan yang dituntut agama.


p/s: seorang lagi artis kita telah mula berjinak-jinakdalam pemakaian tudung. tahniah kepada Farah Asyikin!

Lapan Juta Penonton Saksi Peserta Realiti Dirogol Secara ‘Live’ Di Kaca TV!

Salam sejahtera... Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung di dalam kaca televisyen. Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian.

Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk. Kemudian, dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut. Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.

Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan.


ingin download aksi lucah dalam 3gp, klik sini

BLOGLIST PUTERI KASIH

on 15 February 2012

Salam sejahtera... pada entri kali ini, miera ingin mamacakkan diri pada segmen seorang kawan blogger miera yang selalu menyengalkan diri dengan miera. Untuk pengetahuan korang juga, beliau juga seorang penulis e-novel yang terlalu berwibawa dan dikatakan akan menggantikan Ahadiat Akashah pada masa akan datang. hebat tak kawan blogger miera tu. ehehe

Sebelum miera merepek lebih panjang lagi, jom kita serang segmen bloglist beliau. dapat baca e-novel free. ehehe


p/s: suka tak??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved