Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gambar Neelofa Di Paris Yang Cantik Dan Menawan

on 18 April 2012

Salam sejahtera... Baru-baru ini, Neelofa telah diterbangkan ke benua Eropah dan beliau sempat menjelajah ke beberapa negara di sana termasuklah Perancis untuk sesi penggambaran Nona. mari kita tengok gambar menembak Nelofa ketika di kota Paris. jom terjah...

 
 

SUMBER

Lihat!!! Danau Israel yang Indah Tapi Seram.

Danau Galilea adalah danau air tawar terbesar di Israel dengan luas sekitar 53 kilometer dengan kedalaman 209 meter. Air hangat Danau Galilea memiliki banyak flora dan fauna yang hidup.

Pada danau ini terdapat flore Fitoplankton, fauna terdapat Zooplankton, Benthos, dan ikan-ikan, contohnya Tilapia. Belum lama ini dilaporkan bahwa Platanistoidea telah kembali ke danau ini setelah menghilang hampir selama empat dekad.

Bukit Danau Yang Seram
Bila gambarnya dipusingkan

ingin tengok lagi gambar-gambar unik dan seram di Israel, klik sini

Dapur Tahun 1830 Di Bawah Tanah Ditemui

Pasangan suami isteri, Archie Graham-Palmer, 41, dan Philippa, 37, menemui dapur antik apabila mereka menyelongkar ruang bawah rumah (basement) keluarganya. Dapur itu dipercayai wujud pada tahun 1830-an dan pernah digunakan ketika Perang Dunia Kedua semasa Jerman menyerang Britain. Antara peralatan memasak yang terdapat di ruang berdebu itu seperti cerek, periuk, kuali, pemotong pastri, alat pemadam api antik dan acuan jeli.

 
 
 

SUMBER

Adlin Aman Ramli Pakai Rantai Salib???

on 17 April 2012

Pelakon dan pelawak popular tanah air, Adlin Aman Ramli memakai rantai yang ada lambang salib? Gambar ini diambil ketika Konsert AF minggu ke-6 yang lalu.Tapi sama ada ianya benar atau tidak itu tidak pasti. Kalau dilihat dari jauh memang nampak macam lambang salib.

 
 

SUMBER

Gambar Nera AF9 Seksi Berbikini

Nera AF9 atau nama sebenarnya Queennera Francine Francis Kitingon sudahpun hangat diperkatakan apabila gambar seksinya berbikini tersebar luas di internet. Ramai juga yang tidak tahu yang Nera sebelum ini pernah memasuki pertandingan Miss Earth Sabah 2010 dan sekaligus melayakan dia menyertai Miss Earth Malaysia 2010..

Dalam pertandingan Miss Earth Sabah 2010 itu, Nera AF9 telah berjaya mendapat tempat kedua bersama gelaran Miss Earth-Water, Miss Natural Beauty Groom 2Life and Miss Facebook Favourite. Jadi tidak hairan la gambar Nera dengan gaya seksi menawan serta gambar Nera berbikini tersebar didunia internet ni.. Buat peminat-peminat Nera AF9 ni. mari kita terjah gambar Nera AF9 yang seksi dan berbikini...

 
 
 
 
 
 

Gempar!!! Adik Kate Middleton, Pippa Middleton Cari Pasal

Adik ipar Putera William, Pippa Middleton telah mengemparkan England dan Eropah apabila gambarnya sedang bersiar-siar bersama tiga teman lelaki di dalam sebuah kereta yang mana salah seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah jurugambar, telah disiarkan oleh akhbar The Sun UK pada Isnin.

Perbuatan mereka itu bukan sahaja dianggap sebagai 'bodoh' dan menyalahi undang-undang malah tidak sensitif dengan situasi di mana Perancis baru-baru ini dikejutkan dengan tindakan pengganas membunuh tiga murid dan empat guru di sebuah sekolah yahudi di Toulouse, selatan negara itu.

Pippa dan teman-temannya kini berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Perancis.

“Menunjuk-nunjuk senjata di tempat awam bukan sahaja suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang tetapi juga suatu perbuatan yang tersangat bodoh,” demikian kata seorang pakar perundangan di Perancis kepada akhbar berkenaan.

Pippa dan ketiga-tiga lelaki itu dilihat menaiki sebuah kereta Audi berhud di tengah-tengah bandar ini.

Ketika mereka sedang diekori oleh seorang jurugambar, tiba-tiba pemandu kereta itu mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah jurugambar tersebut. Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya menunjuk-nunjukkan senjata tersebut di udara dan kemudian sekali lagi mengacukannya ke arah jurugambar berkenaan.

Pippa, 27, adik kepada isteri Putera William Kate, 30, dengan jelas duduk di tempat duduk hadapan kereta itu.

Menurut akhbar The Sun lagi, sekiranya benar Pippa turut terlibat bersubahat dengan perbuatan mengacu senjata di tempat awam itu, dia akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Undang-undang Perancis memperuntukkan tindakan penjara sehingga tujuh tahun ke atas sesiapa yang terlibat mengeluarkan senjata di tempat awam tanpa kebenaran.

Malah seandainya senjata itu palsu sekali pun, mereka yang bertanggungjawab menayangkannya untuk tujuan menakut-nakutkan orang ramai di tempat awam, boleh disabitkan hukuman penjara selama dua tahun.

Sementara itu, Pengarang Hal Ehwal Diraja akhbar The Sun, Duncan Larcombe berkata, penglibatan Pippa dalam insiden yang tidak sepatutnya itu akan mengejutkan pihak istana.

 

SUMBER

Komen Kantoi pasal Bersamamu TV3

Salam sejahtera... mungkin ramai antara pembaca-pembaca pernah tengok Bersamamu di TV3. di sini, aku ingin kongsikan satu printscreen kantoi mengenai Bersamamu itu yang aku dapat semasa on9 facebook pagi ini. Jom terjah...


ingin tengok lagi printscreen kantoi mengenai TV3, klik sini

SubhanAllah! Pokok Ditemui Dalam Paru-Paru

on 16 April 2012

Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

“Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain. Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula,” kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.
Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

“Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya,” kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.
Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.
Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.


ingin tengok lagi keajaiban Ilahi pada badan manusia, klik sini
SUMBER

Panas!!! Ikhwan Hot FM Berpeluk Dengan Perempuan Seksi Dalam Disko

Gambar ini didakwa gambar Ikhwan Hot FM sedang bersosial di 9MM, The Zon Johor Bahru. Difahamkan, ia dirakam secara curi oleh seorang pengunjung yang sedang meraikan hari jadi rakannya di situ.

Dalam hal ini, mungkin Ikhwan secara kebetulan berada di tempat tersebut atas urusan peribadi atau mahu bertemu rakan. Namun dalam dunia hiburan, pelbagai spekulasi boleh timbul tambah-tambah apabila Ikhwan berdamping dengan wanita berbaju 'tembus'.


ingin tengok lagi gambar artis bersosial di disko, klik sini
SUMBER

Bahaya Jika Guna Mouse dan Keyboard Komputer Dengan Cara Salah

Bagi anda yang selalu bekerja dengan menggunakan komputer, kesalahan dalam penggunaan tetikus (mouse) sehari-hari akan mengakibatkan carpal tunnel syndrome / karpal sindrom (istilah dalam perubatan untuk kelainan pada otot lengan).

Ini adalah gambar pembedahan tangan pesakit yang mengalami karpal sindrom

 

Berikut adalah tatacara menggunakan mouse, keyboard dan komputer dengan betul...







Memang kita harus betul dalam menggunakan komputer, meskipun rawatan sekarang telah mencapai kemajuan pesat. Cukup banyak pesakit karpal sindrom yang dikurangkan dengan fisioterapi, beberapa kes karpal sindrom memang memerlukan tindakan pembedahan, namun kemajuan ortopedik sekarang amat pesat, beberapa pesakit hanya dibuka kulitnya 1 cm sampai 2 cm saja.
 
ingin lihat postur-postur yang betul dalam penggunaan komputer, klik sini
SUMBER

Lady Gaga Tanpa Solekan (Make up)

Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS) yang kerap mencetuskan kontroversi, Lady Gaga suka menampilkan imej seksi dan berahi di atas pentas namun tidak ramai yang tahu wajahnya yang sebenar. Ingin tengok wajah sebenar Lady Gaga??? Gambar di atas merupakan wajah sebenar Lady Gaga tanpa sebarang makeup yang di 'upload' sendiri oleh beliau menerusi laman sosial Twitter untuk tatapan peminat-peminat beliau di serata dunia ini.

Rasanya kalau tanpa solekan-solekan yang pelik yang beliau selalu tampilkan, mungkin popularitinya kurang meletop dan tidak membolehkan beliau naik dalam jangka masa yang singkat. Namun tak dinafikan kekuatan vokal beliau juga adalah satu aset atas kejayaan beliau. Tapi, mungkin tak segah namanya sekarang, kan???


ingin tengok koleksi pakaian / solekan pelik yang pernah Lady Gaga tampilkan, klik sini
SUMBER

Kalau PTPTN Dimansuhkan | Siapa Untung Dan Siapa Pula Yang Rugi???

Baru-baru ini, cerita mengenai pemansuhan PTPTN hangat diperkatakan di pelbagai media. Dan sekarang, mari kita tengok pihak mana yang akan untung dan rugi jikalau pemansuhan PTPTN ini dilakukan juga.

RUGI

Peniaga di Low Yat akan gulung tikar.
Macdonalds mengalami kerugian.
KFC mula menutup cawangan.
Pizza Hut? (pelajar mkn pizza ke).
Panggung wayang sunyi sepi.
Pengedar-pengedar telefon terpaksa jual baju.
PC Fair sekadar jual pendrive, mouse, dan cooler sahaja.
Bisnes sewa kereta mula merosot.

UNTUNG

Mee segera laris dipasaran.
Nokia (Nset nokia -RM90 mula digilai).
Warung-warung tepi jalan.
Kuih Pau Seri.
Kedai makan x sedap tapi murah.
Minyak RON95.
Kawan-kawan yang mak bapak kaya.
Facebook (hari-hari student on9)


ingin tengok gambar dan video demonstrasi anti PTPTN, klik sini
SUMBER

(Gambar) Majlis Pernikahan Natasha Hudson & Carleed Khaza 15 April 2012

on 15 April 2012

Majlis pernikahan pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29 bersama Khalid Kamal @ Carleed, 33 telah berlangsung pada 15 April di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi tadi.

Dengan sekali lafaz, Natasha Hudson sah bergelar isteri kepada penyanyi hip hop dan komposer juga seorang ahli perniagaan Khalid Kamal atau Carleed Khaza.


Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima. Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin. Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

 

Natasha yang anggun mengenakan busana krim menerima lima dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sireh junjung, al-Quran, kain persalinan, wangian, cincin dan mas kahwin. Manakala Carleed menerima tujuh dulang berupa sireh junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, wangian, al-Quran digital dan cincin.

Pelakon popular itu baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 21 Mac lalu selama hampir dua minggu. Sekembalinya ke tanah air pada 4 April, pelakon drama bersiri Pulau itu mengumumkan tarikh perkahwinannya.

 

SUMBER

Tips Rahsia : Ingin Cantik dan Menarik Seperti Wanita Arab

Budaya dan kepercayaan membuat sebahagian besar wanita Arab tidak memperlihatkan kecantikan mereka. Tetapi jangan salah sangka, kecantikan para wanita Arab salah satu yang dianggap eksotik dari seluruh bangsa di seluruh dunia. Apa rahsia mereka? Menurut kajian yang dilakukan Clinique La Prairie di Switzerland, wanita Arab mempunyai kulit tersihat dan termuda berbanding wanita dari dunia lain. Ini beberapa sebabnya .

1. Kulit sihat Sesuai tradisi berpakaian, wanita Arab berjaya melindungi kulit dari kerosakan. Mereka juga tidak memberi perhatian lebih pada proses pencoklatan kulit, kerana umumnya warna kulit wanita di kawasan ini berwarna kecoklatan.
Bagi mereka, lebih baik tinggal dalam rumah ketika matahari bersinar terik berbanding beraktiviti.

2. Berpakaian sopan dan tudung , Sebahagian besar wanita Arab menggunakan hijab dan tudung dengan alasan agama, sebahagian lagi kerana alasan budaya. Cara ini terbukti berkesan melindungi kulit dari kekeringan akibat hawa panas dan sinar matahari.

3. Penjagaan kulit datang dari kalangan ekonomi yang paling kaya di dunia, para wanita Arab merupakan pelanggan yang bijak dalam memilih kosmetik. Bagi mereka, kualiti produk rawatan sangat menentukan meskipun harus mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. Wanita Arab tidak melindungi kecantikan kulit dengan prosedur seperti botox, laser, dan derma fillers .

4. Makanan-makanan di dunia Arab cenderung diproses dari bahan-bahan segar dan lebih alami daripada sebahagian besar dunia Barat. Peringkat wanita bekerja yang sedikit turut berpengaruh pada stres yang dialami wanita Arab. Umumnya, wanita Arab menjalani kehidupan dengan lebih santai, mereka mempunyai banyak teman dan cuba makan dengan perlahan. Inilah faktor lain kerutan dan penuaan lebih lambat dirasakan oleh para wanita Arab.


Bila dah ikuti tips diatas dah cantik ingat hanya utk tontonan muhrim uolls saje bukan utk bermegah diri ya.
SUMBER

Kempen Menggalakkan Orang Ramai Mengundi Di Korea Selatan

Nancy Lang yang merupakan seorang artis Korea Selatan menjalankan kempen untuk menggalakkan orang ramai untuk mengundi dalam pilihan raya dengan berjalan-jalan hanya dengan bikini.


Beliau membuat penampilan di pelbagai bahagian di Seoul termasuk di Gwanghwamun Square, Hongik University dan juga di hadapan National Assembly. Dengan berbikini serba putih, dan anak patung kucing di bahunya sebagai trademark beliau. Nancy juga pada satu peringkat, di soal oleh pihak polis.



SUMBER

Gempar!!! Tunku Mishal Shahrin Tunku Ibrahim, Kerabat Diraja Johor Kaki Pukul???

Seorang penyanyi hip hop, Mikael Adam Mohd Rafae, 24 atau lebih dikenali sebagai SonaOne cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, jam 3.50 pagi semalam.

Ketika kejadian, Mikael Adam berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan. Selepas ditarik keluar dari kereta, beliau dibelasah dan dipijak menyebabkannya terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

Dia cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum pengsan tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka. Dia sekarang sedang dirawat di hospital. Selanjutnya, Berita Harian.

Kerabat Diraja???

Kerabat Diraja manakah yang dimaksudkan? Ramai yang membuat telahan individu yang dimaksudkan tersebut adalah Tengku Mahkota Johor a.k.a TMJ.

Tetapi, bukan TMJ! Menurut Hunny Madu, DJ FlyFm menerusi laman sosial beliau, Kerabat Diraja tersebut adalah Tunku Mishal Ibrahim. Lihat tweet beliau yang aku screenshot.


Dan menurut Hunny Madu, Tunku Mishal juga pernah memukul Hafiz Hatim yang juga merupakan DJ radio FlyFm di The Rootz pada tahun lepas.


Siapakah Tunku Mishal?

Nama penuh beliau ialah Tunku Mishal Shahrin bin Tunku Ibrahim. Dan memang sah dia merupakan kerabat Diraja Johor. Kalau tak percaya, boleh check di www.royalark.net


Dan ada orang mengisukan kes ini kepada TMJ. Dan responnya, TMJ tidak mahu mengaku yang Tunku Mishal adalah kerabatnya. Malah menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan. Ini menunjukkan TMJ sendiri tidak sukakan Tunku Mishal. Selain itu, ada juga yang mendakwa Tunku Mishal telah dibuang negeri.


Mohon polis ambil tindakan jika terbukti dia bersalah. Tak kira la kerabat diraja ka, anak sultan ka, anak PM ka, tindakan undang-undang tetap kena ambil! Dan semoga Tunku Mishal diberi hidayah oleh Allah SWT untuk kembali ke jalan Islam yang sebenar. Aminnnn...

ingin baca lagi skandal Tunku Mishal Shahrin Tunku Ibrahim dan Tengku Mahkota Johor, klik sini
SUMBER

Demi Peminat Islam, Real Madrid Buang Tanda Salib (Kristian) Pada Logo

Real Madrid, pasukan bola sepak gergasi Sepanyol membuat perubahan pada logo kelab untuk mengukuhkan populariti mereka di kalangan peminat bola sepak terutamanya yang beragama Islam.

Hampir satu abad logo ini telah menjadi lambang bagi pasukan mereka, tetapi kini Real Madrid akan menghapuskan salib kecil dari atas mahkota.

Akhbar Marca di Sepanyol memetik sumber dalam pentadbiran kelab bola sepak, yang berkata bahawa langkah ini bertujuan untuk "mengelakkan segala bentuk salah faham dan konflik dalam kawasan di mana majoriti penduduk beragama Islam".

Perubahan logo bertepatan dengan permulaan pembinaan sebuah resort pelancong sukan di UAE oleh Real Madrid. Ini akan menjadi taman tema pertama di dunia yang terletak di sebuah pulau buatan manusia. Taman ini akan menggabungkan kedua-dua sukan dan pelancongan. Maka sesuai bahawa salib Kristian itu perlu dikeluarkan daripada logo.

Real Madrid mengikut jejak langkah pesaing mereka di Barcelona, ​​yang juga baru-baru ini terpaksa mengambil salib dari logo mereka untuk mendapat penaja di Qatar.


SUMBER

Fuh!!! Pelajaran Seks Untuk Tadika Di China

on 14 April 2012

Subjek Pelajaran Seks untuk tadika telah dilakukan di negara China. Guru-guru disitu akan mengajar kanak-kanak apa itu seks. Maklumlah, kanak-kanak ini mana dia tahu apa-apa.

Anda sendiri tahu mengenai seks bila anda berumur belasan tahun dengan pelbagai cara iaitu dengan cara menonton video lucah, imaginasi atau mendengar cerita dari kawan-kawan. Berbalik perkara ini, kerajaan China membuat subjek ini supaya kanak-kanak menjadi lebih arif tentang seks dan boleh mengurangkan penguguran bayi di China kerana China merupakan penguguran tertinggi di dunia. Tapi, berkesankah jika dibuat begini untuk masa depan kanak-kanak ini nanti?

 
 
 

SUMBER

Aidil Zafuan Beri Hak Penjagaan Pada Rita Rudaini

Kita semua tahu yang Aidil Zafuan dan Rita Rudaini sudah tidak sehaluan lagi dan sebelum ni, kita cuma baca feedback pasal rumah tangga diaorang dari rita je. Jadi macam mana pulak dengan feedback dari Aidil Zafuan?

Menurut Berita Harian baru-baru ini, Aidil menafikan dakwaan Rita Rudaini yang mengatakan dia tidak menjalankan tanggungjawap sebagai seorang bapa dan tak ambil pedulik pasal anak-anaknya.

"Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas. Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja, saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka", kata Aidil Zafuan

Seorang kata macam tu, seorang kata macam ni? Siapa reka cerita, siapa yang cakap benar ni? Di media hiburan pulak, aidil mengatakan dia akan serahkan hak penjagaan anak-anak pada rita.

"Walaupun hak penjagaan secara sah diberi pada Rita nanti, saya masih lagi bapa kepada anak-anak kami. Saya berharap rita akan beri saya kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anak pada bila-bila masa tanpa syarat", tambah Aidil Zafuan.


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved