Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

DOWNLOAD DAN TONTON PE3 FULL MOVIE

on 8 November 2012


DOWNLOAD DAN TONTON PE3 FULL MOVIE - Anda tidak mempunyai kelapangan untuk menonton filem PE3 lakonan Farid Kamil, Diana Amir ataupun tidak cukup wang untuk ke pawagam??? Tidak mengapa, kami ada sediakan link download dan menonton secara streaming.


Download PE3

Single Link

Part 1 | Part 2

ERRA FAZIRA DEDAH RAHSIA KEKAL CANTIK


ERRA FAZIRA DEDAH RAHSIA KEKAL CANTIK - Bergelar isteri dan ibu, sememangnya bukan mudah untuk selebriti seperti Erra Fazira untuk mengekalkan kejelitaan beliau, tetapi dengan Estée Lauder, ianya bukan mustahil.

Erra Fazira dedahkan yang Double Wear Stay-in-Place Dual Effect SPF10/PA+ adalah barang wajib dalam beg mekap beliau.

“Ia boleh bertukar-tukar daripada bedak asas kepada bedak kemasan dengan serta merta. Ia juga kekal segar dan nampak semula jadi bila touch-up!,” ujar Erra Fazira.

Menjadikan Audrey Hepburn sebagai ikon kecantikan beliau, Erra Fazira berkata kecantikan bererti memiliki yang bersih dan segar, luaran, dalaman juga perlu seiring.

GAMBAR TERBARU HELIZA HELMI YANG TERSANGAT COMEL

GAMBAR TERBARU HELIZA HELMI YANG TERSANGAT COMEL | Gambar Artis - Artis tanah air yang kekal mengenakan tudung sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Heliza Helmi telah dipilih menjadi duta ice-blended kegemaran ramai, Coolblog. Ini satu pemilihan yang sangat bijak berdasarkan imej Heliza yang bersih, comel dan cute.

 
 
 
 

CHEF RIZ DAN ANA DAHLIA SAH BERCERAI


CHEF RIZ DAN ANA DAHLIA SAH BERCERAI | Berita Artis - Pasangan selebriti, Chef Riz dan aktres cantik, Ana Dahlia sah bercerai apabila Chef Riz sendiri mengesahkan perkara ini, 11 bulan selepas perkahwinan mereka pada Disember 2011.

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas 8 bulan berkenalan dan selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman”

“Dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujar Chef Riz yang berkahwin dengan Ana Dahlia sekitar Disember tahun lalu.

KATE MOSS BENCIKAN PAYUDRANYA KETIKA KECIL

on 1 November 2012


KATE MOSS BENCIKAN PAYUDRANYA KETIKA KECIL - Sebagai seorang ikon yang dikenali dalam dunia fesyen, kelibat Kate Moss melewati pentas peragaan sering mendapat perhatian semenjak dua dekad yang lalu. Namun begitu tidak ramai yang tahu mengenai satu perkara yang sering menghantui dirinya dan kini ia sudah diketahui umum.

Ketika mula memasuki kancah dunia fesyen di usia yang masih muda, Kate yang kini 38, menyatakan perasaan benci dan jeleknya apabila disuruh bergambar telanjang dada. "Saya bencikan payudara saya lebih daripada segalanya.

"Saya akan buat segalanya supaya tidak perlu menanggalkan baju saya," ata model tersebut merujuk kepada waktu dia masih remaja.

"Setelah memahami, foto sedemikian(separa bogel) mendapat perhatian, saya akur. Tetapi sebelum itu saya menangis bertahun-tahun,"ujarnya lagi.

Hal ini sampai ke pengetahuan umum setelah supermodel ini menceritakan kisah perjalanan hidupnya sebagai model di dalam buku tulisannya, Kate: The Kate Moss Book melalui temubual yang dibuat terhadapnya.

Ketika dia mula mengenali dunia modeling, Kate yang tinggal di Croydon telah mengejutkan ibunya dengan mengenakan skirt mini, t-shirt dan sepatu Vivienne Westwood yang ketika itu dikenali dengan nama 'kasut pelacur' untuk keluar berparti di usia 15 tahun.

Dia juga berkongsi pengalaman pertama kali bertemu dan berada di kalangan selebriti seperti Boy George, Kylie Minogue dan John Galliano.

Di usia 16 tahun dengan ketinggian 5 kaki 6 inci, Kate telah berjaya menghiasi sebuah kulit majalah hip ketika itu, The Face dengan penggambaran berjudul The 3rd Summer of Love. Mendapat perhatian, dia menerima tawaran Calvin Klein dan terus bermula dengan 8 pertunjukkan fesyen sehari.

Setelah dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah 48 juta Pound Sterling, wanita ini mula melihat kulit dan tubuh badannya dari sudut yang berbeza.

"Buat apa ingin kembali menjadi gadis 18 tahun kalau saya masih boleh beraksi tanpa perlu mengenakan sebarang make-up. Tetapi tidak bermaksud saya menolak proses penuaan seperti kedutan kerana ia penting untuk kita memiliki muka yang menunjukkan diri kita sebenar.

"Walaupun pelbagai perkara boleh dilakukan untuk mengaburi apa sahaja yang asli, saya belum puas menikmati apa yang ada sekarang,"tambahnya lagi. Kate juga menyentuh isu yang melibatkan kehidupan peribadinya dan juga diet yang sebelum ini telah membuatkan dia tidak gembira.

Dia juga pernah dikritik oleh Presiden US ketika itu, Bill Clinton yang mengatakan dia seorang yang anoreksia pada 1993.

"Kalau saya seorang anoreksia mahupun dibawah pengaruh heroin, pasti saya akan berkelakuan ganjil. Tetapi saya seperti apa yang mereka katakan itu. Tidak ada apa yang mahu saya perkatakan mengenai diri saya yang dahulu. Bagi saya siapa yang mengenali diri saya, mereka akan tahu perkara sebenar.

"Saya beruntung kerana pernah bersama dengan Johnny (Depp) pada suatu ketika itu. Dia mengajar saya mengenai dunia glamor. Ucapnya 'never complain, never explain' (usah mengeluh, usah jelaskan).

"Kerana itu saya tidak gunakan medium seperti Twitter dan perkara seumpamanya. Saya tidak mahu orang mengetahui apa yang tidak perlu mereka tahu dan itulah yang menjadikan ia lebih 'misteri',"tambahnya lagi.

TELEVISYEN DADAH


TELEVISYEN DADAH - Tipu daya seorang ‘keldai dadah’ yang menyorok dadah di dalam televisyen terbongkar apabila rumahnya diserbu dalam operasi sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sebuah pangsapuri di Bayu Perdana, di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 53 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditahan di rumahnya ketika sedang berehat seorang diri, manakala isterinya tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, hasil maklumat awam, polis melakukan serbuan di rumah suspek sebelum menjumpai sebuah televisyen 29 inci di atas lantai dalam bilik ketiga rumah berkenaan.

Katanya, pemeriksaan ke atas televisyen berkenaan polis menemui satu plastik putih mengandungi empat sampul surat coklat.

“Sampul surat berkenaan dililit menggunakan pita pelekat dan apabila dibuka polis dapati ia mengandungi dadah disyaki jenis heroin seberat 2.2 kilogram (kg) bernilai hampir RM150,000.

“Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati dia mempunyai satu jenayah iaitu penipuan di Banting pada 1992,” katanya, di sini, semalam.

Mohamad berkata, polis percaya suspek menyimpan dadah berkenaan sejak enam bulan lalu sebelum dihantar ke luar negara dengan upah sebanyak RM10,000.

Katanya, suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan daripada seorang lelaki warga Nigeria yang kini sedang diburu polis.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Jalan Labu, Pandamaran, di sini pada jam 4.30 petang kelmarin, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja.

Mohamad berkata, hasil pemeriksaan badan terhadap suspek, polis menjumpai satu peket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis ganja seberat 3.35 gram.

“Suspek kemudian membawa polis ke tempat simpanan dadah di sebuah almari pakaian dalam bilik ketiga rumah berkenaan,” katanya.

NERAKA 100 KM


NERAKA 100 KM | Isu Semasa - “Aku nak kereta, kalau tak aku tembak!,” kata seorang penjenayah paling dikehendaki polis sambil mengacukan pistol di leher Siti Norhafizah Omar, 27, sebelum melarikan kereta Perodua Myvi bersama anak lelakinya berusia setahun lima bulan dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Paloh, Gua Musang, awal pagi semalam.

Penjenayah itu, Zawa Abdul Halim, 34, dalam buruan polis berkaitan kejadian tembak di Paloh, kelmarin dan beberapa jam kemudian dia ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Kilometer 45, Kampung Kemuning, di sini, jam 7.30 pagi semalam.

Biarpun dilarikan 100 kilometer (km) dan berada dalam kereta ketika berlaku kejadian berbalas tembakan, anak Siti Norhafizah, Mohd Haikal Harraz Hasrizal terselamat tanpa kecederaan.

Selepas dikejar polis, Zawa yang terbabit samun, curi kereta, pecah rumah dan pengedaran dadah, terbabas apabila Perodua Myvi dicurinya itu terlanggar pembahagi jalan.

Bagaimanapun, ketika keluar dari kereta dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan anggota polis dan satu daripadanya mengenai tangan dan rusuk kanan Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, yang kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

BOS KENA KELENTONG RM 500 000


BOS KENA KELENTONG RM 500 000 - Dek terlalu percayakan kakitangannya yang konon mampu mengubati isterinya yang menderita penyakit misteri, seorang pengurus bank kerugian lebih RM500,000 termasuk wang tunai lebih RM300,000, barang kemas, sebuah kereta dan dua ekar tanah di Kampung Inas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Mangsa berusia 51 tahun itu meminta bantuan kakitangannya itu yang berusia 30-an untuk mengubati isterinya yang mengalami kemurungan sejak Ogos lalu selepas diberitahu isteri kakitangannya itu seorang pengamal perubatan tradisional serta mengikut cara Islam.

Sumber polis berkata, selepas mangsa membawa isterinya yang berusia 40-an berjumpa isteri kakitangannya itu, dia diberitahu rawatan akan dilakukan secara ghaib, termasuk berhubung terus dengan Allah,” katanya.

Menurutnya, sejak berkenalan buat kali pertama, mangsa bagaikan dipukau dan menuruti setiap permintaan pasangan suami isteri itu.

Katanya, mereka juga memaklumkan jumlah bayaran bakal meningkat sekiranya tahap penyakit dialami isteri mangsa berada pada tahap kritikal.

GAMBAR MESRA TIZ ZAQYAH DAN REMY ISHAK DI LONDON

on 31 October 2012

GAMBAR MESRA TIZ ZAQYAH DAN REMY ISHAK DI LONDON | Gambar Artis - Tiz Zaqyah dan Remy Ishak telah terbang ke kota London untuk merakamkan drama bersiri 26 episod arahan Khabir Bhatia bersama krew penggambaran

Drama bersiri berjudul Cinta Jangan Pergi itu bakal ke’udara di TV9 apabila siap sepenuhnya nanti dan mereka berada di kota London selama 20 hari bermula 18 Oktober lalu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

GAMBAR LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU KETIKA HARI RAYA AIDILADHA

on 28 October 2012

GAMBAR LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU KETIKA HARI RAYA AIDILADHA | Gambar Artis - Pasangan bahagia yang juga selebriti terkenal, Lisa Surihani dan Yusry KRU telah berkongsi di laman sosial milik beliau gambar hari raya mereka.

 
 
 
 
 

VIDEO KONSERT BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR MALAYSIA 2012


VIDEO KONSERT BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR MALAYSIA 2012 - Lebih 15 000 peminat tak berganjak walaupun ditimpa hujan seawal jam 8 malam demi menyaksikan kemunculan kumpulan K-pop bertaraf dunia, BigBang sempena konsert ‘Bigbang Alive Galaxy Tour’ di Stadium Merdeka, lewat malam tadi.

Konsert yang berlangsung selama 2 jam setengah ini menyaksikan 4 anggota BigBang yang terdiri G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri menyampaikan lebih 20 buah lagu hit termasuk daripada album terbaru seperti Monster, Blue, Bad Boy, Fantastic Baby & Still Alive.

Pentas berskala besar yang menelan kos lebih RM3 juta ini turut dilengkapi dengan visual serta sistem bunyi yang mantap memberikan satu pengalaman yang amat bermakna buat kumpulan peminat BigBang yang digelarkan sebagai VIP.

IBU BERI GANJA KEPADA BAYI 3 BULAN


IBU BERI GANJA KEPADA BAYI 3 BULAN - Seorang ibu yang berusia 29 tahun mengaku memberi dadah berjenis ganja kepada bayinya yang berusia tiga bulan melalui susu badan, lapor media semalam.

Ibu tersebut berasal dari bandar Wanganui dan diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa selama enam bulan.

Wanganui Chronicle melaporkan, polis menahan wanita terbabit dalam pemeriksaan di rumahnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, pensyarah undang-undang Universiti Auckland, Warren Brookbanks, berkata wanita terbabit tidak dapat disabitkan kesalahan jika tidak mengaku salah. “Pendakwa perlu membuktikan wanita terbabit menyedari ganja ada dalam sistem badannya dan dia sengaja memberikan bahan itu kepada bayinya,” katanya.

DARA LAKU RM 2.4 JUTA, TERUNA CUMA RM 9000

on 27 October 2012


DARA LAKU RM 2.4 JUTA, TERUNA CUMA RM 9000 - Seorang penuntut dari Brazil memperoleh bayaran AS$780,000 (RM2.4 juta) hasil lelongan dara di Internet, manakala seorang teruna cuma dibayar AS$3,000 (RM9,000).

Menurut dokumentari berjudul Virgins Wanted dihasilkan seorang karyawan Australia, Catarina Migliorini, 20, dibida 15 peminat dan akhirnya ia dimenangi seorang lelaki warga Jepun - hanya dikenali sebagai Natsu - malam kelmarin.

Sebahagian besar peminat yang ingin meniduri Catarina datang dari Brazil, selain India, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

Pemuda yang melelong terunanya dikenali sebagai Alex Stepanov, 21, berasal dari Sydney.

Seorang wanita Brazil memenangi bidaan ke atas Stepanov. Media melaporkan, Catarina akan “dihantar” kepada pembelinya menggunakan kapal terbang.

Dia juga akan ditemubual di sebuah lokasi rahsia bagi menceritakan pengalaman sebelum dan selepas mengorbankan daranya.

“Sejak lelongan ditutup Catarina amat teruja. “Dia bercakap dengan keluarganya dan mereka juga gembira dengan apa yang berlaku,” katanya.

Karyawan yang menghasilkan Virgins Wanted, Jason Sisely, berkata dia memulakan projek berkenaan pada 2009 dan berdepan dengan tentangan banyak pihak apabila poster mengenainya dinaikkan di Sydney serta Melbourne.

TUISYEN JUAL TUBUH


TUISYEN JUAL TUBUH - Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.

Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring. Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka akan dipukul. Setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.

Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu.

TIADA AIDILADHA DI SYRIA

on 26 October 2012


TIADA AIDILADHA DI SYRIA | Dunia - Seperti kebanyakan rakyat Syria lain yang terpaksa menghadapi keperitan perang, Abu Hamid tidak akan menyembelih haiwan korban pada sambutan Aidiladha tahun ini. Beliau lebih bimbangkan keselamatan dan nyawanya.

Tidak ada sambutan Aidiladha tahun ini kerana semua rakyat Syria menjadi pelarian. Saya sendiri bimbangkan keselamatan dan nyawa saya, katanya ketika ditemui wartawan di sebuah pasar ternakan di Aleppo. Serangan udara di kawasan kejiranannya di Aleppo menyebabkan beliau, isteri, lima anak dan anggota yang lain terpaksa berpindah dan berlindung di kedainya di pinggir bandar itu.

 Perniagaan semakin lembab. manakala peniaga kambing bertungkus-lumus mencari pembeli ternakan mereka dalam tempoh beberapa hari sebelum menjelang Aidiladha.

Saya datang ke pasar hanya untuk mengisi masa lapang dan melihat apa yang berlaku, tetapi saya tidak membeli walau seekor kambing untuk dikorbankan pada Aidiladha kerana saya tiada wang.

Di pasar itu, Hamid melihat banyak kambing pelbagai saiz diletakkan di sebuah kawasan khas untuk dijual, tetapi tidak ramai pelanggan yang datang dan terlalu sedikit pembeli.

Tahun ini tidak sama seperti tahun lalu. Tahun ini tiada Aidiladha di Syria, kata Mohammed Aasi, 20, yang mempunyai sebuah kedai pakaian di Aleppo.

Aasi berkara beliau datang untuk membeli kambing tetapi tidak dapat mencari yang sesuai, manakala harga haiwan itu sangat mahal iaitu kira-kira 15,000 pound Syria (RM662).

Tahun lalu, harganya antara 11,000 hingga 12,000 pound (RM485 hingga RM529). Penduduk tidak mempunyai wang walaupun untuk membeli pakaian baru dan tiada apa-apa yang istimewa kerana semua orang sedang berdukacita.

Harapan untuk gencatan senjata di Aleppo ketika Aidiladha juga seperti yang diumumkan utusan damai Lakhdar Brahimi juga tidak menentu.

Mungkin ada gencatan senjata, saya tidak pasti, tetapi tidak banyak pertempuran hari ini.

Pihak pentadbiran sebuah hospital sementara berkata, hanya enam orang dibawa untuk mendapatkan rawatan semalam, kebanyakannya kerana kecederaan dan mengandaikan ia mungkin kerana gencatan senjata.

GAMBAR KAD UNDANGAN KE MAJLIS PERNIKAHAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE

GAMBAR KAD UNDANGAN KE MAJLIS PERNIKAHAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE - Kad jemputan ke majlis perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle telah siap direka juga dicetak. Rekaan yang minimalis berwarna ungu lembut menjadi pilihan mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 November 2012.

 
 
 
 

PELAJAR PULANG CEK RM 2.1 TRILION

on 13 October 2012


PELAJAR PULANG CEK RM 2.1 TRILION - Seorang pelajar, Allen Smith, 22, menerima cek daripada Hal Ehwal Veteran (VA) RM 1,988 ($650) setiap bulan. Tetapi pada kali ini jumlah yang diterimanya mencecah setengah bilion dollar.

Smith menerima cek daripada Jabatan Perbendaharaan untuk membantu menampung yuran pengajian kerana ayahnya pernah berkhidmat dalam Tentera Udara Amerika Syarikat.

Ibu Smith, Patricia Attwood Smith berkata, “dia segera pergi ke pejabat VA di Fort Benning dan memulangkan cek itu."

Dia kagum dengan anaknya itu dan tahu ayahnya turut akan berbangga dengan tindakan anaknya itu.
Sehingga kini, cek RM2,110,174,031 (AS$690,000,000) itu masih misteri.

Smith diberitahu bahawa cek itu mungkin tersalah cetak atau pejabat itu digodam.

Penyelia VA menjamin cek itu akan dikembalikan kepada yang berhak.

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA SELANGOR VS KELANTAN 12 OKTOBER 2012

on 12 October 2012


KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA SELANGOR VS KELANTAN 12 OKTOBER 2012 | Sukan - Perlawanan yang sangat dinantikan antara peminat bola sepak tanah air pada malam ini yang melibatkan pasukan Selangor menentang Kelantan.

SELANGOR VS KELANTAN
0-2
(Agregat 0-3)

FAKTA TENTANG AIR PERCUMA DI SELANGOR YANG PERLU ANDA TAHU

on 11 October 2012

FAKTA TENTANG AIR PERCUMA DI SELANGOR YANG PERLU ANDA TAHU - Sejak diperkenalkan pada Jun 2008, secara purata setiap bulan seramai 1.2 juta isi rumah yang menggunakan meter individu telah menerima air percuma 20 meter padu bernilai RM 11.70 sebulan.

Disebabkan proses penukaran meter pukal kepada meter individu oleh SYABAS, amat tidak memuaskan, kerajaan negeri telah melancarkan beberapa usaha untuk membantu rakyat mengatasi masaalah penukaran meter.

Sekitar 92% pemilik pangsapuri kos rendah telah menikmati air percuma melalui Skim Rebet Air Percuma (SAFWA) dan skim itu juga telah ditambah baik menerusi program Lapor dan Dapat.

Pangsapuri kos rendah yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mebuat tuntutan secara terus melalui SYABAS.

Sejak Julai 2010 sehingga 2012, lebih RM6 juta telah dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah.

Pemilik pangsapuri bukan kos rendah boleh memohon daripada SYABAS untuk proses migrasi dari meter pukal kepada meter individu. Namun terdapat banyak aduan di mana proses pertukaran yang rumit oleh SYABAS melengahkan pertukaran tersebut.

Oleh itu kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan-pasukan khas untuk membantu mempercepatkan dan melancarkan proses migrasi meter ini.

Kini, 29,318 unit pangsapuri bukan kos rendah telah bertukar kepada meter individu.

Disediakan oleh:

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686

BAJET 2013 : MANA PERGI DANA UNTUK 80000 PELAJAR SEKOLAH AGAMA???


BAJET 2013 | MANA PERGI DANA UNTUK 80000 PELAJAR SEKOLAH AGAMA??? - Sekumpulan aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) telah berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara bagi menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013 hari ini.

Jurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600.

"Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa yang memilih sekolah agama untuk anak mereka melanjutkan pelajaran. Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya.

SISWA SISWI KINI BOLEH BELI KERETA


SISWA SISWI KINI BOLEH BELI KERETA - Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kini berpeluang membeli kereta keluaran PERODUA dengan bayaran serendah RM 299 sebulan.

Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’. Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan.

Katanya, tawaran itu terbuka untuk model Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.

Pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.

“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.

“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” katanya.

Selain pembelian kereta, Aminar Rashid berkata, kumpulan pelajar itu juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara.

BAJET BN, PR SANGAT BAGUS TAPI ...


BAJET BN, PR SANGAT BAGUS TAPI ... - Penyediaan subsidi yang diterapkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Bajet 2013 masing-masing, yang dibentangkan baru-baru ini, tidak dipersetujui oleh Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan walaupun beliau menyifatkan belanjawan kedua-dua parti itu ada kelebihan sendiri.

"Banyak elemen yang bagus dalam kedua-dua bajet yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini (bulan lalu)," kata beliau.

“Terutamanya bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri mengenai peruntukkan kanak-kanak kurang upaya dan ini merupakan satu perkara yang bagus serta perlu disokong,” katanya.

Wan Saiful turut menyatakan persetujuannya dengan bajet yang diperkenalkan oleh PR, yang turut memasukkan soal penghapusan duti eksais kereta.

Bajet 2013 Kerajaan Pusat dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September lalu manakala Bajet PR dua hari sebelum itu. Kedua-dua BN dan PR dilihat menggunakan bajet kali ini sebagai 'modal politik' menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Dewan Rakyat sedang membahaskan Bajet 2013.

“Saya juga bersetuju dengan penghapusan duti eksais kereta yang diketengahkan oleh Pakatan.

“Tetapi saya kurang bersetuju dengan pemberian subsidi yang diterapkan dalam kedua-dua bajet, yang diketengahkan kerana bagi saya ia seperti menggalakkan rakyat untuk meminta-minta kepada kerajaan yang memerintah.

“Budaya meminta-minta di kalangan rakyat, kalau dibiarkan akan menjadi bahaya selain budaya meminta subsidi perlu selalu dipaparkan oleh media agar rakyat faham mengenainya,” katanya.

Wan Saiful turut meminta rakyat agar jangan mudah terpengaruh serta senang mengukur kewibawaan seseorang ahli politik itu berdasarkan ganjaran yang diberikan kepada mereka.

“Kita seharusnya jangan terima ahli politik yang seolah-olah mahu memberi ‘bribe’ kepada kita,” katanya ketika mengulas mengenai pemberian subsidi yang seolah-olah sudah menjadi budaya kepada rakyat di Malaysia.

Wan Saiful turut menambah, “tidak ada apa-apa yang perlu rakyat berterima kasihkan kepada bajet yang dibentangkan kerajaan kerana wang itu adalah dari rakyat sendiri."

Ketika ditanya moderator wacana, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek mengenai di antara kedua-dua bajet yang dibentangkan,  yang mana satu lebih mapan dan bagus untuk pertumbuhan ekonomi, sosial dan keseluruhan untuk rakyat Malaysia, Wan Saiful berkata, “saya tak dapat beri jawapan kerana banyak risikonya."

“Rakyat Malaysia kena pindah dari budaya politik sokong parti tanpa tahu dasarnya.

“Secara umumnya, apa yang boleh saya katakan kedua-dua bajet adalah dalam bentuk ekonomi baru, sekali gus dapat membantu kadar ekonomi negara untuk lebih meningkat lagi pada masa akan datang,” katanya.

DR SHEIKH MUSZAPHAR UBAH KARIER, TONJOL KEBESARAN TUHAN


DR SHEIKH MUSZAPHAR UBAH KARIER, TONJOL KEBESARAN TUHAN - Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bakal mengubah kariernya kepada lakonan apabila beliau bakal berlakon dalam filem mengenai perjalanannya ke angkasa lepas yang diberi judul No.1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal.

Filem ini bakal menemui penonton sekitar Mac 2013 & akan di’arahkan oleh Imran Ismail. Imran Ismail sebelum ini pernah mengarahkan filem Jalang, Cassandra dan Datin Ghairah.

KARIER SAFEE SALI LEBUR


KARIER SAFEE SALI LEBUR | SUKAN - Nasib Mohd Safee Sali bersama skuad kebangsaan mungkin terancam apabila Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didakwa mengambil tindakan menggantung 25 kelab Liga Super Indonesia (ISL).

Berita penggantungan membabitkan kelab diwakili Safee, Pelita Jaya FC itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang menerima surat rasmi dari PSSI, lewat petang semalam.

“Benar, FAM ada menerima laporan berhubung penggantungan beberapa kelab dari pihak PSSI. Ia dinyatakan secara rasmi dengan tujuan kelab-kelab yang digantung ini tidak boleh menjalin sebarang hubungan rasmi dengan negara luar termasuk Malaysia.

“Antara kelab-kelab yang dimaksudkan itu adalah Pelita Jaya yang diwakili penyerang negara, Safee,” katanya.

Sebelum ini kes penganjuran ISL yang didakwa sebagai ‘liga haram’ kerana tidak diiktiraf PSSI hebat dibincangkan sejak tahun lalu hingga membabitkan campur tangan Fifa yang mahu perkara itu diselesaikan segera Mac lalu.

ISL sebelum ini adalah liga utama Indonesia sebelum kepimpinan baru PSSI diterajui Djohar Arifin Husin mengiktiraf Liga Premier Indonesia hingga liga negara itu terbahagi dua.

Bagaimanapun penggantungan oleh PSSI ke atas kelab Pelita Jaya menimbulkan tanda tanya sama ada Safee yang menandatangani kontrak lanjutan dua tahun dengan bayaran lebih RM2 juta bersama kelab itu boleh menyarung jersi Harimau Malaya dalam tempoh penggantungan itu.

Azzuddin menegaskan, berdasarkan maklumat yang diberikan PSSI kedudukan Safee masih selamat.
“Tetapi, laporan itu tidak menyentuh berhubung larangan pemain negara (Safee) untuk beraksi dengan skuad kebangsaan. Buat masa ini, FAM dimaklumkan pemain atau mana-mana pasukan negara tidak dibenarkan mengadakan sebarang urusan rasmi dengan kelab-kelab yang digantung itu,” katanya yang enggan mendedahkan nama kelab terbabit.

INILAH RUPA MANUSIA TAHUN 3000 BAYANGAN SAINTIS

on 10 October 2012

INILAH RUPA MANUSIA TAHUN 3000 BAYANGAN SAINTIS - Menurut para saintis, manusia akan berevolusi apabila menjelang Tahun 3000. Di bawah ini kami ada muat naik gambar bayangan para saintis masa kini.

KOMEN ERIN MALEK MENGENAI GAMBAR BAJU TIDUR

KOMEN ERIN MALEK MENGENAI GAMBAR BAJU TIDUR | Gosip - Sebuah portal hiburan  telah memuat naik gambar daring dengan memakai baju tidur milik pelakon cantik, Erin Malik beberapa hari lalu.

“Gambar ini jadi isu sebab Erin ada letak nama Walid Wahid. Lagipun, Erin takda pun cakap gambar tu untuk dia sorang. Erin cakapkan ‘Good night utk saya & Good morning utk semua’. Erin sengaja letak nama Walid sebab masa tu Erin baru lepas cakap telefon dengan dia.”

“Erin sebenarnya tak baca sangat berita-berita hiburan ni. Selalunya Erin dapat tahu benda-benda macam ini daripada kekasih Erin sendiri. Dia yang selalu baca dan akan beritahu Erin. Lagipun Erin tak nak baca dan tak nak tahu apa komen-komen negatif tu. Kalau baca nanti Erin akan sakit hati dan akan patah semangat untuk bekerja.”
“Yang pasal isu gambar ni pun Erin dapat tahu daripada Walid dan dia juga yang suruh Erin buang gambar tu,” ujar Erin Malek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved