Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Siti Saleha Anggun Di Majlis Berbuka Puasa Majalah Lisa

on 16 August 2012

Pelakon cantik yang menjadi kegilaan para jejaka macho di luar sana, Siti Saleha mungkin akan jatuh hati lalu ingin meminangnya apabila menatap gambar kejelitaan Siti Saleha di majlis berbuka puasa majalah Lisa. Apa pun, mari kita tengok gambar Siti Saleha di bawah ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mati Selepas Minum Ubat Buatan Sendiri


Tindakan seorang gadis berusia 23 tahun yang dipercayai meminum ubat buatan sendiri bersama kekasihnya mengundang padah apabila dia mati di Taman Mutiara, di sini malam kelmarin.

Mangsa yang dikatakan sudah bertunang dengan seorang lelaki yang kini berada di Pahang, dikatakan menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak senonoh. Pasangan terbabit dikatakan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang nafsu seks bersama minuman isotonik.

Pasangan terbabit ditemui orang awam jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan apabila lelaki terbabit dilihat memapah wanita itu.

Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.

Pemuda Solat Di Atas Teksi Jadi Tontonan Ramai

on 15 August 2012

Solat merupakan tiang agama bagi umat Islam. Umat Islam diwajibkan menunaikan solat lima waktu dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagi sesiapa yang tinggal di negara yang majoriti Islam, mungkin ianya bukan masaalah tetapi bagaimana pula jika anda tinggal di negara majoriti bukan beragama Islam???

Gambar di bawah menunjukkan keteguhan seorang muslim menjalankan kewajipannya untuk bersolat. Tanpa membuang masa, dia menunaikan ibadah wajib itu di atas bonet teksi dengan beralaskan sejadah. Kejadian ini berlaku di New York, Amerika Syarikat.

 
 
 
 
 



SUMBER

Subha'Allah!!! Dulu Gay, Sekarang Lesbian Pulak Kahwin

Pasangan lesbian, Fish Huang dan You Ya-ting telah menjadi pasangan pertama yang berkahwin dalam upacara keagamaan Buddha di Taiwan minggu lepas. Pengantin yang kedua-duanya wanita berumur 30 tahun itu telah bersama sebagai pasangan kekasih selama 6 tahun sebelum memutuskan untuk mengikat tali perkahwinan.


Dalam majlis itu, Fish Huang dan You Ya-ting memakai gaun pengantin moden berwarna putih, majlis yang dilaksanakan di sebuah biara Buddha di Taoyuan, utara Taiwan, telah dilakukan oleh Master Shih Chao-hui, seorang profesor di Universiti Buddha Hsuang Chuang. Majlis disempurnakan dengan acara pengantin bertukar manik-manik sembahyang dan sekitar 300 penganut agama Buddha melaungkan sutra memohon rahmat buat pasangan lesbian ini.

Master Shih memberitahu AFP bahawa dia mengambil bahagian dalam upacara tersebut dengan harapan langkah itu boleh mewujudkan semangat belas kasihan agama Buddha tersebar ke seluruh dunia dan menambah bahawa ajaran Buddha tidak mendiskriminasi gay dan lesbian.


Kami berharap dengan sokongan Master Shih, perkahwinan ini akan mengubah perspektif orang ramai walaupun ia tidak sah di sisi undang-undang dan berharap kerajaan boleh menghalalkan perkahwinan sesama jantina tidak lama lagi." kata pengantin dengan penuh harapan. Ibu bapa kedua-dua pengantin ini tidak menghadiri upacara tersebut.

 

Izara Aishah Lebih Bersemangat Sebab ???


Pelakon cantik yang sedang meningkat naik namanya, Izara Aishah kelihatan lebih bersemangat baru-baru ini seperti ada sesuatu atau seseorang yang menyuntik semangat kepadanya. Apa agaknya yang membuatkan Izara Aishah sebegitu, para pembaca boleh agak tak?

Ok, tamat dengan mukadimah. Pertemuan antara Izara Aishah dengan Fazura yang juga merupakan salah satu idolanya dalam sebuah sesi fotografi telah menjadi satu kenangan manis buat pelakon junior tersebut apatah lagi bila seniornya itu memujinya dalam bidang seni lakonan.

Fazura juga menyatakan bahawa Izara mepunyai masa depan yang cerah dalam industri tanah air dan bakal menggantikan para pelakon-pelakon hebat yang ada masa kini dengan bakat juga perwatakan serta sikapnya yang sentiasa mesra dengan peminat serta bijak, dalam waktu yang sama pandai menjaga tingkah tingkah lakunya.

"Sebagai seorang pendatang baru dalam bidang ini, mendapat pujian dan kritikan membina sedemikian merupakan perkara satu bonus buat Izara yang baru 2 tahun bergelar pelakon.

"Rasa bangga pun ada, malah Izara rasa lebih bersemangat untuk terus memperbaiki mutu lakonan dan mencontohi para pelakon yang saya jadikan idola seperti Fazura sendiri termasuklah Maya Karin dan Nadiya Nisaa,"ujar Izara Aishah

(Gambar) Siti Nurhaliza Dan Datuk K Tunaikan Umrah Sebelum Hari Raya

Boleh dikatakan satu kewajipan setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang penuh barakah bagi penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza akan menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

Ketika entri ini ditulis, Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk K berada di Mekah untuk menunaikan umrah sebelum mereka bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri di sini.

 
 
 
 
 

Angakara Kekasih Panas Baran, Gadis Ini Koma Dibakar


Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” begitulah rintihan seorang gadis berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Irma Hasmie Mangandung, Suami Yang Mengidam


Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Itulah yang berlaku pada suami kepada aktres popular tanah air, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan apabila selera makannya yang bertambah secara mendadak iaitu kuat makan berbanding sebelumnya. Apabila diselidiki puncanya, rupa-rupanya ia disebabkan oleh Irma Hasmie kini sudah berbadan dua!

"Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan," ujarnya Redza Syah.

Dalam pada itu, Redza berkata buat sementara ini dia akan menemani isterinya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu kerana bimbang keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung.

"Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri," tambahnya yang amat teruja untuk bergelar seorang bapa.

Terdahulu, Irma turut memberitahu bahawa kandungannya berada di dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. Tambah pelakon itu, dia cuma tidak boleh menikmati makanan seperti kebiasaannya kerana sering muntah-muntah.

"Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya," katanya tersenyum.

[Gambar] Khairul Fahmi Che Mat (Apex) Bersatu Dengan Siti Saleha

on 14 August 2012


Penjaga gol nombor satu Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, 23, telah disatukan bersama pelakon cantik, Siti Saleha dalam kempen baju berjenama Puma sempena sambutan hari lebaran menjelang tiba.

Gambar gandingan Apex dan Saleha boleh dilihat dalam sampul raya keluaran Puma yang mana ia boleh diperolehi di kedai Al-Ikhsan di seluruh negara.

Mengulas mengenai gandingan ini, Apex yang kini berada di Austria kerana menjalani latihan bersama Skuad negara berharap jangan ada pihak yang cuba membuat spekulasi negatif terhadap gambar ini.

"Saya harap masyarakat tidak salah faham dengan gandingan ini. Saya dan Saleha hanya disatukan untuk sesi fotografi pakaian Puma. Memandangkan kami berdua adalah duta produk ini, jadi tidak salah kami bekerjasama untuk memeriahkan kempen Aidilfitri ini," ujarnya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Apex menerangkan bahawa dia hanya bertemu dengan Saleha dalam beberapa majlis yang dianjurkan Puma saja.

"Sebelum perkara ini berkembang menjadi agenda yang tidak diingini, lebih baik saya jelaskan terlebih dahulu. Apapun terima kasih kepada pihak berkenaan yang bertanya dulu kepada saya tentang gambar ini.

"Saya hargainya. Alhamdulillah, saya menjalani latihan di sini dalam keadaan baik. Sekali lagi terima kasih kepada peminat yang sentiasa mengambil berat tentang saya walaupun saya tidak berada di Malaysia.

"InsyaAllah, saya akan pulang ke tanahair pada 17 Ogos ini. Setelah tiba di Malaysia, saya akan pulang terus ke kampung halaman untuk membuat persiapan hari raya pada saat akhir," katanya.

(Gambar) Penampilan Terbaru Miley Cyrus


Jika sebelum ini selebriti Hollywood yang sering dilanda kontroversi ini, Miley Cyrus sering dilihat cantik dengan berambut panjang sebelum ini tetapi bukan lagi untuk masa ini. Miley Cyrus dikatakan telah mengubah gaya rambutnya ke potongan yang lebih pendek.

Dengan penampilan baru yang ditampilkan oleh penyanyi lagu "Party In The USA", dia telah dikritik hebat oleh beberapa pihak di laman Twitter miliknya. Namun begitu, Miley telah membalas twit tersebut dengan menyatakan bahawa dia suka dengan gaya rambutnya sekarang dan amat gembira dengan penampilan sebegitu.

Miley turut membuat kenyatan di laman Twitternya yang berbunyi “if you don’t have something nice to say don’t say anything at all. my hair is attached to my head no one else’s and it’s going bye bye :).”

 
 
 
 

Irma Hasmie Disahkan Mengandung


Pelakon terkenal tanah air, Irma Hasmie mengesahkan bahawa dia sedang berbadan dua walaupun perkhabaran ini masih terlalu awal untuk diumumkan.

"Insya'Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.

"Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.

"Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan," katanya.

Punca Ayu Raudhah Kini Bertudung


Pelakon yang sedang meningkat naik populariti, Ayu Raudhah mengakui dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan mengenakan tudung secara drastik setelah selesai mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu.

Namun, keputusan itu hanya diketahui suaminya yang juga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha selepas dia pulang ke tanah air dan terus mengenakan hijab pada keesokan harinya.

Ayu Raudhah berkata, Zaquan yang pada mulanya agak terkejut selepas melihat imej dan penampilan barunya itu, namun dia akui gembira dengan penghijrahan tersebut.

"Sebenarnya niat untuk berhijrah sudah lama tertanam dalam diri saya dan selepas pulang daripada umrah, rasa itu semakin kuat dandengan tidak semena-mena, saya membuat keputusan yang drastik untuk mengekalkan hijab di kepala saya sama seperti mengerjakan umrah.

"Zaquan juga terkejut dengan perubahan saya, namun sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Bagaimanapun dia antara orang yang paling gembira dan kuat memberi sokongan kepada saya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Mengulas lanjut mengenai penghijrahannya, Ayu berkata hasrat untuk berhijrah itu turut dipengaruhi daripada lakonannya yang sebelum ini banyak memegang watak baik dan bertudung.

"Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah.

"Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut.

"Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah," luahnya yang lebih banyak memegang watak wanita bertudung dalam lakonannya.

Bercerita mengenai pengalamannya ke umrah kali ketiga selama 2 minggu itu, Ayu akui ianya sangat bermakna kerana dapat menjalani ibadah puasa di tanah suci Mekah.

"Meskipun cuaca di sana sangat panas iaitu sehingga 43 darjah selsius, namun saya sangat gembira kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah serentak dengan ibadah puasa kali ini,

"Biarpun agak letih kerana berpuasa tetapi saya berpuas hati kerana sudah 3 kali berpeluang berada di Tanah Suci Mekah," tambahnya lagi.

(Gambar) Kepulangan Pandelela Rinong Disambut Meriah Di KLIA

Bintang Olimpik terbaru, Pandelela Rinong disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)  atas kepulangan beliau dari Olimpik 2012 oleh para peminat awal pagi ini. Pandelela mencatat sejarah apabila menjadi penerjun wanita pertama negara merangkul pingat dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

 

Neelofa Syak Teguran Yusof Haslam Sengaja Dibesarkan Pihak Ketiga


Baru-baru ini gempar di portal dan blog-blog hiburan tanah air cerita mengenai Datuk Yusof Haslam telah menegur Neelofa kerana dikatakan “telah lupa diri”.

Gosip terbaru tersebut telah menimbulkan banyak spekulasi daripada peminat disebabkan sikap Neelofa dan tidak kurang juga yang menyokong kata-kata Datuk Yusof Haslam. Namun, Neelofa hanya menganggap teguran itu sebagai teguran antara bapa dan anak.

“Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat. Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle”ujar Neelofa.

Neelofa turut memberitahu bahawa dia syak ada pihak ketiga yang sengaja membesar-besarkan hal ini.

“Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan baru-baru ini sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga,” tambah Neelofa.

16 Tahun Jual Kuih Atas Kereta

on 13 August 2012


Gelagat seorang peniaga kuih raya warga emas yang duduk di atas bumbung kereta mempromosikan produk jualannya menarik perhatian orang ramai di Pasar Malam Pekan Awah, Chenor.

Penduduk Kampung Awah, Mohd Hanafiah Chik, 63, yang membahasakan dirinya sebagai Aki itu membuatkan setiap pengunjung menoleh ke arahnya kerana keriuhan mulutnya yang tidak henti-henti berceloteh.

Menurutnya, kuih hasil buatan tangan isterinya itu hanya dijual di pasar malam tersebut sepanjang bulan Ramadan setiap tahun.

“Bulan lain Aki tak jual tapi ketika Ramadan sahaja, malah putu kacang ini memang digemari orang ramai ketika menyambut Syawal.

“Sudah 16 tahun Aki berniaga putu kacang di pasar malam ini, tempat lain Aki tak pergi sebab jauh. Jika orang lain berniaga menggunakan khemah, tapi Aki nak buat kelainan, lagi pun lebih menjimatkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Bapa kepada lima anak itu berkata, pegawai penguat kuasa tidak pernah 'kacau' tindakannya berniaga di kawasan letak kenderaan itu kerana dia mengakui tidak mampu untuk menyewa tapak dan memiliki khemah niaga sendiri.

Menurutnya, keuntungan yang diperoleh hasil jualan putu kacang dengan RM14 sebalang tidak seberapa dan hanya sekadar sampingan bagi menampung perbelanjaan keluarga termasuk persekolahan anak bongsu yang berada di tingkatan dua.

(Gambar) Ashraf Sinclair Ajar Anaknya Solat

Rasa-rasanya sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran mengenai seorang artis ini, Ashraf Sinclair. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya", kata pujangga ini sangat bersesuaian dengan Ashraf Sinclair yang dilihat sudah mula melatih anaknya untuk mendirikan solat.

Penulis mengharapkan Ashraf Sinclair dapat membimbing anaknya menjadi anak yang soleh termasuk membimbing isterinya Bunga Citra Lestari agar tidak mendedahkan aurat. Amin...

 
 
 

Kisah Di Sebalik Kek Ular Yang Popular Di Facebook


Ular sawa ini tidak mungkin mengancam nyawa anda kecuali menyebabkan anda sakit gigi kerana ia adalh kek yang dibuat mengikut saiz ular sebenar. Ia dibuat oleh Francesca Pitcher untuk anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun kelahiran keenam kanak-kanak itu apabila dia meminta sesuatu yang ‘menakutkan,’ selepas melawat sebuah zoo. Francesca, 37, yang fobia terhadap ular, menghabiskan masa tiga hari untuk menghasilkan replika realistik ular sawa Burma selepas mengkaji imejnya menerusi Internet.

Dia memasak kek yang sama besar dengan enam kek sepan sebelum mengukirnya menjadi ular sawa, antara ular tidak berbisa paling bahaya di dunia. Wanita itu juga mengambil masa 12 jam menghiasi kek itu dengan fondan coklat putih serta pewarna khas untuk membuat kulitnya serta tanda yang berbeza. Di majlis sambutan hari jadinya itu, Claudia dan 26 rakannya berebut-rebut untuk memakan kepala ‘ular’ berkenaan.

“Sebaik berjaya menangani fobia, saya terus membuatnya. “Apabila siap, saya meletakkannya di dalam kotak dan menyimpannya di dalam bilik. Saya tidak boleh menengoknya. Kanak-kanak itu terpesona dengan kek berkenaan dan langsung tidak takut tetapi ibu bapa mereka tidak berani dekat dan ada yang takut,” katanya.

SUMBER

Drama Tanah Kubur Dikutuk Penonton


Siri Drama yang penuh dengan keinsafan dan pengajaran, Tanah Kubur yang disiarkan Astro Oasis telah mendapat kritikan dalam mingguan Malaysia semalam.

Mari kita tengok apa yang dikutuk oleh pengomen ini.
Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan komen Puan Jamilah dari Kuang Selangor yang mana daripada beberapa sudut memang cerita yang dipaparkan dalam Tanah Kubur agak berlebihan. Setiap minggu saya mengikuti siri ini tetapi lima minit bermula kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dan bagaimana ia digambarkan.

Yang peliknya tidak mungkin kesemua jenazah yang meninggal itu berwajah buruk dan berulat. Memang benar balasan Allah SWT itu adalah pasti tetapi Allah jua tida akan mengaibkan jenazah tersebut. Bertambah pelik apabila setiap kali jenazah tidak disempurnakan misalnya tidak dimasukkan ke liang lahad, tidak muat, jenazah terlalu berat dan ada ular, kesemuanya itu dapat diselesaikan dengan doa Tok Adi sahaja.

Memang Tok Adi itu digambarkan seorang yang warak tetapi janganlah watak tersebut dilihat terlebih pula. Kadang-kadang penyebab kematian pun macam tidak logik. Setiap episod akan berdepan dengan kematian sedangkan untuk memberi pengajaran tidak semestinya mati dengan keadaan yang digambarkan sangat teruk.
Menarik juga tulisan si pembaca ini. Apa pendapat anda? Adakah ianya memang berlebihan dan tidak wajar? Sila kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

(Gambar) Fizo Omar Bercinta Dengan Doktor


Aktor kacak, Fizo Omar, 27, akhirnya mengakui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh bersama seorang pelajar jurusan kedoktoran sejak 3 tahun yang lalu. Pendedahan ini didedahkan oleh Fizo Omar sendiri setelah diasak beberapa kali oleh media.

"Ada tu ada. Tapi dia sekarang tak ada di Malaysia. Dia masih belajar di luar negara. Tapi saya tak mahu cakap tentang perkara ini lebih-lebih sebab kami belum betul-betul ada ikatan lagi. Tapi saya dan dia memang sudah lama kenal dan kami berkawan.

"Lagipun buat masa saya masih belum memikirkan soal bercinta. Fokus saya adalah pada kerjaya seni, perniagaan serta keluarga. Kalau ada jodoh, InsyaAllah", ujar Fizo.

Bercakap mengenai masa depan hubungannya, Fizo Omar memberitahu dia belum ada perancangan dalam masa terdekat kerana kekasihnya itu masih punya baki dua tahun pengajian.

"Memandangkan dia masih belajar di luar negara, saya tidak mahu mengacaunya lagi dan disebabkan itu saya berhasrat untuk menamatkan zaman bujang saya dalam masa 2 atau 3 tahun lagi.

"Tapi, kalau boleh saya tidak mahulah kahwin selepas usia 30 tahun. Mungkin, selepas dia habis belajar, barulah saya akan fikirkannya kelak. Lagipun, saya sedang sibuk menguruskan perniagaan saya iaitu social media promotion dan lakonan. Jadi lebih baik masing-masing menumpukan pada komitmen yang ada sekarang dahulu sebelum kami membuat keputusan untuk ke melangkah ke fasa yang seterusnya," jelasnya lagi.

Selain sedang sibuk menjalani penggambaran berlakon drama bersiri Julia untuk siaran TV3, dia juga berniaga serunding resepi neneknya di bazar Jalan Tunku Abdul Rahman sepanjang bulan Ramadan ini.


p/s: comel tak header Katak Comel yang terbaru??? kalau anda semua hendak tahu, ini adalah jasa baik seorang blogger yang telah menghadiahkan header ini secara percuma. anda semua boleh terjah Dunia Shida, ada banyak tutorial berguna kepada para blogger.

Neelofa Sudah Lupa Diri???


Tidak habis-habis kontroversi yang melanda selebriti cantik manis ini, Neelofa. Dan yang terbaru, Neelofa dikatakan sudah lupa daratan.

Cerita terbaru melalui Berita Harian semalam, Datuk Yusof Haslam khabarnya meluahkan perasaan beliau yang kurang suka dengan cara Neelofa sejak akhir akhir ini.

Yusof Haslam khabarnya kurang senang dengan sikap Neelofa yang enggan turun ke rangka promosi filem terbaru yang di’bintangi beliau, S.A.M yang bakal ke pawagam.

Komunikasi antara Skop Productions dengan Neelofa juga sangat sukar menurut laporan tersebut apabila beliau enggan menjawab sebarang SMS atau panggilan.

Yusof Haslam turut menyampaikan pesan buat Neelofa supaya jangan lupa diri setelah popular sekarang ini walaupun watak dalam filem S.A.M merupakan watak kecil.

Pengurus Neelofa memberi maklum balas kepada Sinar Harian hari ini meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi akan kenyataan Yusof Haslam itu.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” ujar Amir kepada media hari ini dan ya, kami tunggu.

p/s: comel tak header Katak Comel yang terbaru??? kalau anda semua hendak tahu, ini adalah jasa baik seorang blogger yang telah menghadiahkan header ini secara percuma. anda semua boleh terjah Dunia Shida, ada banyak tutorial berguna kepada para blogger

Pelik!!! Ada Labah-Labah Dalam Telinga

on 12 August 2012


Kita semua mungkin pernah mendengar tmengenai manusia memakan labah-labah. Itu semua pun sudah cukup menggerunkan - tetapi untuk seorang wanita miskin, sesuatu yang mengejutkan telah dihadapinya. Beliau tiba di Hospital Changsha Tengah China dengan telinga gatal, hanya untuk mengetahui bahawa puncanya adalah labah-labah yang telah merangkak ke dalam saluran telinga. Yang memburukkan lagi keadaan, doktor percaya arachnid ini telah berada di sana selama lima hari. Nasib baik untuk wanita itu - doktor memberitahunya masalah itu akan menjadi lebih besar lagi jika dia cuba menggaru.

Pada mulanya perubatan merancang untuk menggunakan pinset untuk mengambil labah-labah dan tariknya keluar - tetapi mereka bimbang makhluk itu mungkin menggigit pesakit. Sebaliknya, Dr Liu Sheng dan rakan-rakannya mencurahkan larutan garam ke dalam telinga dan menunggu untuk labah-labah itu meninggalkan telinga itu sendiri. Nasib baik ia tidak bertelur.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved