Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Avenged Sevenfold (a7x) Live In Malaysia April Ini

on 29 February 2012

Salam sejahtera... anda minat Avenged Sevenfold??? baca ini... Jika sebelum ini Avenged Sevenfold (A7X) telah beraksi di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura tanpa singgah di Malaysia, tetapi kali ini Tune Talk telah membawa mereka ke Malaysia bagi menghiburkan peminatnya di Malaysia.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang dijual dengan harga RM98, RM198 dan RM298 secara on-line di www.ticketpro.com.my, cawangan kedai Rock Corner, Victoria Music, The Guitar Store serta TicketPro. Walaupun harga tiket agak mahal, tapi rasanya ianya sangat berbaloi kerana kita dapat mendengar nyanyian Matt Shadows yang power dan petikan gitar Synyster Gates yang sememangnya sangat hebat secara 'live'. Siapa setuju???


p/s: miera tulis entri ini sambil layan lagu Dear God. lalala

Lelaki Ini Bunuh, Seret, Kelar dan Gantung Leher Anjing

Salam sejahtera... miera ada satu koleksi gambar yang menunjukkan seekor anjing telah diperlakukan dengan sangat kejam. Tidak cukup dengan membunuh, anjing itu diseret, dikelar dan kemudiannya digantung seperti kesalahan membunuh bagi manusia. Apakah kesalahan anjing itu sehingga ia diperlakukan sebegitu ataupun sekumpulan lelaki itu sudah hilang sifat kewarasannya??? Walau apapun, jom terjah gambar di bawah...


p/s: sifat kasih sayang manusia terhadap haiwan sememangnya semakin menipis sejak kebelakangan ini...

Liyana Jasmay Bertunang Bulan Depan

Salam sejahtera... miera ada satu lagi berita buruk bagi para jejaka seantero Malaya. Selepas Lisa Surihani dan Ana Raffali sah menjadi milik orang lain minggu lepas, Liyana Jasmay pula telah memgumumkan bahawa beliau akan bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada bulan depan.


p/s: mari kita tengok gambar gaun pertunangan Liyana Jasmay, klik sini

Senarai Negara Terkaya Di Dunia

Salam sejahtera... pada entri kali ini, miera ingin menyenaraikan 5 negara paling kaya di dunia menurut perkapita Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) yang diselaraskan dengan kuasa membeli.

5. Brunei Darussalam
Jabatan Pembangunan dan Perancang Ekonomi (JPKE) melaporkan indeks harga pengguna Brunei meningkat 1.8 peratus dari 2010 ke 2011.

4. Norway
Salah sebuah negara pengeksport gas terbesar di dunia

3. Singapura
Singapura berkembang maju seperti teknologi pembuatan, dan hab kewangan dengan KDNK (PPP) per kapita hampir sebanyak $ 56.700

2-Luxembourg
 KDNK per kapita atas dasar pariti kuasa beli hanya lebih $ 81.000

1-Qatar
  
Produk domestik kasar Qatar per kapita adalah lebih daripada $ 88,000 untuk 2010

p/s: agak-agaknya, negara kita,Malaysia dapat nombor berapa dalam senarai negara terkaya di dunia ini???
SUMBER

Konsert Erykah Badu BATAL

on 28 February 2012

Salam sejahtera... Konsert Erykah Badu yang dijadualkan akan berlangsung di KLCC esok telah dibatalkan kerana kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Ianya telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Ia adalah disebabkan oleh perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.


p/s: tahniah kepada pihak kerajaan kerana memahami sensitiviti rakyat Malaysia yang kebanyakannya beragama Islam.

Pelajar Asing Buat Hubungan Seks Tepi Surau!!!

Salam sejahtera... Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat. Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia curiga selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang. “Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta,” katanya.


p/s: buat onar di negara orang, dah wajib kena halau ni... SUMBER

Gambar Bayi Perempuan Mawi Dan Ekin

Salam sejahtera... Tahniah miera tujukan buat Mawi dan Ekin kerana telah pun dapat seorang bayi perempuan pada hari ini. Setelah sekian lama Mawi dan Ekin berusaha untuk mendapatkannya, akhirnya termakbul juga hajat mereka berdua kerana telah dikurniakan satu amanah yang tidak ternilai (cahaya mata).

Ekin telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pukul 4 pagi tadi. Bayi sulung buat pasangan artis itu selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dan masih lagi belum diberikan nama. Gambar anak Mawi dan Ekin belum didedahkan lagi. Gambar anak mereka ini akan miera upload kemudian setelah berjaya mencari sumber. tolong sabar sedikit ya!


p/s: mesti comel kan anak mereka. nak gigit gigit cuping telinga saja. ahaha

(Gambar) Model Cantik Terjatuh Ketika Cat Walk

Salam sejahtera... Walaupun model-model cantik ini telah dilatih dengan baik untuk berjalan kucing (catwalk) tetapi apabila perasaan gugup menguasai diri ketika memperagakan baju, seluar atau sebagainya, dengan tidak semena-mena mereka juga boleh terjatuh ketika beraksi.

Dan pada entri kali ini, miera ingin memperagakan aksi kelakar apabila model-model cantik ini terjatuh ketika catwalk. Jom terjah...


p/s: adoi, sakitnya!!!

(Videoklip) Al-Fatihah Dipermain-Mainkan Di Dalam Lagu Rap (R&B)

Assalamualaikum... kali ini miera ingin memperdengarkan sebuah lagu. Miera sebenarnya tak tahu apa yang dinyanyikan oleh artis-artis rap (Busta Rhymes, Ron Browz, Diddy, Swizz Beats, T-Pain, Akon dan Lil Wayne) ini. Tapi miera ada terdengar beberapa perkataan yang terdapat dalam surah Al-Fatihah dinyanyikan secara berulang kali. Apa-apa pun, jom terjah lagu (videoklip) 'sial' ini...



p/s: dunia Hollywood semakin berani untuk mengecam Islam...

Laman Web Lynas Corp Digodam (Hack) Oleh Pengodam Tempatan

on 27 February 2012

Salam sejahtera... Isu mengenai Lynas kini kembali hangat akhir-akhir ini, apabila ramai yang membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lynas) di Gebeng, Pahang yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Selain daripada Himpunan Hijau 2.0 yang telah diadakan di Padang MPK4 pada 26 Februari 2012, laman Lynas Corp (http://lynascorp.com/) turut menjadi mangsa apabila digodam oleh pengodam tempatan, 4z1-Evil Shadow.

Penggodam tersebut meninggalkan pesanan 'Stop Lynas Save Malaysia' dan 'Do Not Hurt My Country'. Menurut KenaHack.com yang sering mengemaskini berkaitan laman-laman tempatan yang digodam, melalui halaman Facebook mereka mengatakan, “Dari sudut defacment , kelihatan penceroboh (hackers) menambahkan iframe pada laman utama laman lynas ke satu fail deface yg dimuat naik.”


p/s: good job 4z1-Evil Shadow. i love you!!!

Kerana Lipstik, Anak Dipukul Sehingga Mati

Assalamualaikum... "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama", itulah dialog anak perempuan kecil yang malang sebelum dipukul dengan kejam oleh mama. Setelah mendengarnya dialog itu diucapkan, ibu yang kejam itu mengamuk lalu memukul anaknya tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya setelah melihat lipstiknya sudah tinggal separuh.

Setelah puas menlempiaskan emosinya, ibu ini tersedar bahawa anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup. Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".


p/s: sayu hati membacanya...

(Gambar) Majlis Resepsi Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

Salam sejahtera... Tahniah buat Lisa Surihani dan Yusry KRU yang telah selamat bergelar suami isteri pada tanggal 24 Februari lalu. Dan pada malam 26 Februari pula, majlis resepsi pengantin baru (Lisa Surihani dan Yusry KRU) itu telah diadakan di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC). Mari kita terjah majlis resepsi Lisa Surihani dan Yusry KRU...


p/s: cantiknya Lisa Surihani ini...

Antonella Roccuzzo, Kekasih (Awek) Lionel Messi Yang Cun Dan Hot

Salam sejahtera... Siapa yang tidak mengenali Lionel Messi (Messi)? seorang penyerang berbisa yang bermain untuk pasukan bolasepak Barcelona. Beliau amat hebat di depan pintu gol dan sentiasa berada pada posisi yang betul untuk menjaringkan gol. Beliau juga telah meyandang banyak trofi dan anugerah dalam arena bola sepak.

Cukup dengan mukadimah, miera sebenarnya bukannya mahu menulis mengenai kehebatan Messi di atas padang tetapi ingin menunjukkan kekasih hati beliau yang tersangat cantik dan juga 'hot'. Kekasihnya yang bernama Antonella Roccuzzo, 22 dilahirkan di Rosario, Argentina, tempat yang sama dengan Messi.

Mereka juga dikhabarkan telah saling mengenali sejak berusia lima tahun lagi dan berkemungkinan akan berkahwin tak lama lagi apabila Antonella Roccuzzo telah berpindah ke Barcelona untuk bersama-sama kekasihnya itu (jangan menangs taw para gadis-gadis sekalian). Di sini, miera lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan sekalian <-- tetiba ayat skema pulak. ahaha



p/s: untungla jadi pemain bola sepak ni...

(Gambar) Supermodel Terkenal Berusia 14 Tahun Di Brazil

on 26 February 2012

Salam sejahtera... Muda, cantik, memikat dan menarik. Itulah gambaran bagi supermodel berasal dari Brazil yang baru berusia 14 tahun ini. Jom kita terjah gambar supermodel termuda ini...


p/s: bertuah tuan badan ini...

(Gambar) Keadaan Jepun Selepas Setahun Dilanda Tsunami

Assallamualaikum... Tanggal 11 Mac 2011, dunia dikejutkan dengan gempa bumi (earthquake) kuat berukuran 9.0 skala richter yang kemudiannya menyebabkan Jepun dilanda tsunami. Bencana ini telah mengorbankan kira-kira 16,000 orang dan memusnahkan lebih 310,000 bangunan. Apa jadi setahun kemudian??? Mari kita sama-sama tengok gambar-gambar di bawah ya!

 
 
 

p/s: miera tabik spring la pada warga Jepun ni...

(Illustrator Kartun) Ustaz Azhar Idrus Bercakap Mengenai Aurat

Assalamualaikum... Ditujukan khas kepada gadis/awek/wanita beragama Islam yang berkata belum sampai seru lagi untuk menutup aurat...


p/s: renung-renungkan...

Pemuda Kacak Bertukar Jantina Kepada Gadis (Awek) Comel

on 25 February 2012

Salama sejahtera... Menggunakan nama Don bagi nama perempuan bagi pemuda ini telah membuatkan ramai gadis (awek) putus harapan apabila mengetahui bahawa pemuda kacak dan tampan ini telah bertukar kepada jantina. Pemuda ini adalah seorang mahasiswa lelaki daripada University Shanghai di China dan mengambil kursus Elektrik. mari kita tengok perubahan pada jejaka tampan ini.


p/s: hensemnya, tergoda i taw!!!

(Gambar) Majlis Pernikahan Ana Raffali Dan Ahmad Aznaim

Salam sejahtera... Nampaknya telah berlangsungnya satu lagi majlis pernikahan artis popular tanah air kita. Jika sebelum ini Lisa Surihani telah menjadi suri rumah bagi Yusry KRU, pada tanggal 25 Februari 2012 pula Ana Raffali telah meremukkan lagi hati kaum Adam di Malaysia dengan memilih Ahmad Aznaim Abdullah sebagai suaminya. Walaubagaimanapun, miera selaku kaum Hawa ingin mengucapkan tahniah kepada penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali dan pasangannya.

Hanya dengan sekali lafaz, juara Anugerah Juara Lagu 25, Ana Raffali sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), tepat jam 11.55 pagi tadi, di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati. Pasangan dinikahkan oleh bapa Ana Raffali, Mohd Raffali Mohd Nor dengan mas kahwin RM11,214. Dalam majlis itu, Ana menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak permpuan.

 
 

p/s: suka dengar lagu Ana Raffali, Kalau Berpacaran...

Pakaian Polis Wanita (Awek) Seksi Dari Seluruh Dunia

Salam sejahtera... entri kali ini agak sempoi, miera ingin menunjukkan beberapa pakaian polis wanita (awek) yang seksi-seksi dari seluruh dunia. apa tunggu lagi, jom terjah dan cuci mata... phewit!!!



  



 

p/s: agak-agaknya ramai tak penjenayah serah diri kalau polis wanita di Malaysia berpakaian seperti ini??? renung-renungkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved