Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GAMBAR POLIS YANG CANTIK DAN CUN DI DUNIA

on 31 August 2012

GAMBAR POLIS YANG CANTIK DAN CUN DI DUNIA - Polis kebiasaannya didominasi oleh golongan Adam. Hanya segelintir sahaja kaum Hawa yang menyertainya. Apa pun, mari kita tengok gambar-gambar polis yang cantik ini.

  
  
  
  
 
 
 

13 000 LAUTAN KUNING BANJIRI DATARAN MERDEKA SEMPENA JANJI BERSIH



13 000 LAUTAN KUNING BANJIRI DATARAN MERDEKA SEMPENA JANJI BERSIH | JANJI DEMOKRASI - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meramalkan tidak ramai yang datang kerana sudah mengisytiharkan sebagai haram tetapi andaian itu langsung merosot. Lautan orang ramai berpakaian kuning membanjiri Dataran Merdeka malam tadi untuk menyertai perhimpunan Janji Demokrasi.

Dataran Merdeka telah ditutup malam semalam untuk sebaran aktiviti dan bagi memberi laluan pada persiapan bagi perarakan Hari Kebangsaan pagi ini, namun ruang 280 meter dari kawasan yang ditutup ke dataran di luar ibupejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dibanjiri mereka yang ramai memakai baju kuning.

Malah bintang perhimpunan itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, mengaku beliau sendiri tidak dapat menganggar jumlah orang ramai yang hadir dan mengisytiharkan 'Janji Demokrasi' sebagai berjaya.

Penulis menganggarkan 13,000 orang ramai berbaju kuning hadir, selain kira-kira 5,000 pengunjung ambang Merdeka, yang kebanyakannya berada mengadap kawasan yang ditutup polis.

Manakala Bernama pula menganggarkan gabungan orang ramai sekitar 6,000 dan tidak ada hitungan menjelang saat merdeka di tempat tersebut sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

Perhimpunan tersebut, yang dianjurkan oleh Gabungan Janji, yang merupakan gabungan kira-kira 47 NGO, bertujuan untuk 'mengingatkan' kerajaan tentang janji-janji yang tidak ditunai terhadap tuntutan BERSIH untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

Sebelum itu, ahli jawatankuasa kerja Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah menerima surat dari pihak polis, hanya lapan jam sebelum perhimpunan jam 11 malam itu, memaklumkan kepadanya bahawa ia menyalahi undang-undang, tetapi beliau tidak beralah.

Menjelang jam 9 malam, orang ramai mula menuju ke Dataran Merdeka, tetapi mendapati medan bersejarah itu dan jalan-jalan berdekatan telah ditutup, dengan papan tanda yang berbunyi, "kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti", atas perintah Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Ketua Polis Dang wangi, ACP Zainuddin Ahmad bersama 205 anggota polis berada di situ untuk menguatkuasa perintah tersebut.

Apapun, orang ramai di kedua-dua belah hujung kawasan yang ditutup polis itu semakin ramai, dengan penyokong Janji Demokrasi bertumpu di di sekitar persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak.

 

ingin tengok gambar dan laporan perhimpunan Janji Demokrasi, klik sini

GAMBAR ANAK USTAZ AZHAR IDRUS BARU LAHIR

GAMBAR ANAK USTAZ AZHAR IDRUS BARU LAHIR - Penceramah bebas yang popular masa kini, Ustaz Azhar Idrus baru sahaja menimang cahaya mata yang terbaru pada 29 Ogos 2012. Beliau telah berkongsikan gamabar bayi lelakinya di fanpage-nya.

 

GAMBAR DAN LAPORAN SAMBUTAN MERDEKA VERSI JANJI BERSIH DI SHAH ALAM

on 30 August 2012

GAMBAR DAN LAPORAN SAMBUTAN MERDEKA VERSI JANJI BERSIH DI SHAH ALAM | JANJI DEMOKRASI - Sambutan merdeka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada tahun ini sangat berbeza apabila ianya telah dipenuhi oleh sekumpulan aktivis bagi menjayakan Janji Bersih

Ini laporan mengenai sambutan ini :

11.00 malam - Puluhan ribu rakyat Selangor mendengar amanat MB Selangor an DS Anwar Ibrahim.

11.25 malam : Ketibaan Hj Mohd Sabu

 

GAMBAR DAN LAPORAN TERKINI JANJI BERSIH DI SHAH ALAM

GAMBAR DAN LAPORAN TERKINI JANJI BERSIH DI SHAH ALAM - Berikut adalah laporan lansung Himpunan Janji Bersih di Shah Alam.

10.05pm SHAH ALAM Perbarisan dan perarakan bermula. Perbarisan ini disertai oleh 53 kumpulan perbarisan antaranya pihak berkuasa tempatan dan tujuh kumpulan pancaragam.

Selain Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi SelangorDatuk Seri Anwar Ibrahim, turut kelihatan barisan exco dan pemimpin Pakatan Rakyat.

9.10pm SHAH ALAM Kira-kira 500 orang sudah memasuki kawasan Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang diwarnai mood karnival apabila aktiviti nyanyian oleh artis kebudayaan sebuah majlis perbandaran dimulakan.

GAMBAR DAN LAPORAN TERKINI JANJI BERSIH DI DATARAN MERDEKA

GAMBAR DAN LAPORAN TERKINI JANJI BERSIH DI DATARAN MERDEKA | JANJI DEMOKRASI - Dataran Merdeka telah ditutup untuk sebarang aktiviti malam ini bagi menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan Janji Bersih.

Ini adalah laporan mengenai Perhimpunan Janji Bersih :

9.50pm di DATARAN - Dianggarkan 1,500 hadirin telah memasuki kawasan Dataran Merdeka. Ketika ini masih belum kelihatan pemimpin politik atau penganjur. Manakala DBKL pula telah memasang selapis lagi pagar merentangi jalan berdekatan pentas sambutan merdeka.

9.40pm di DATARAN - Orang ramai mula berpusu-pusu menghampiri dan kelihatan ceria SAMBIL meniup vuvuzela.

9.45pm di JALAN SULTAN - Peserta yang hadir semakin ramai. Mereka berbaris membuat perisai manusia sepanjang jalan daripada Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas Klang yang dirobohkan baru-baru ini.

8.55pm di DATARAN - Orang ramai mula memasuki kawasan berdekatan dengan dataran merdeka. Di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad berdekatan pentas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memasang pagar merintangi menutup jalan di hadapan bangunan itu.

DBKL melalui arahan Datuk Bandar juga meletakkan papan tanda berbunyi "Kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti".

  
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 

WANITA INI KLIMAKS 200 KALI SEHARI


WANITA INI KLIMAKS 200 KALI SEHARI - Bayangkan seorang wanita yang menghidap penyakit Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD), terpaksa melalui kemuncak kepuasan seks (klimaks) sebanyak 200 kali sehari tanpa melakukan hubungan intim.

Ianya dialami oleh Kim Ramsey, 44, yang mempunyai penyakit di mana dia akan merasai orgasm tidak kira tempat, sama ada ketika menaiki keretapi, kereta, membuat kerja rumah atau ketika melakukan tugasnya sebagai jururawat dan masa.

Keadaan ini menyebabkan dia dalam kesakitan dan tidak mampu menjalin hubungan seperti insan biasa yang lain.

“Jika wanita lain tertanya-tanya bagaimana untuk mencapai tahap kemuncak dalam hubungan seks, saya pula tertanya-tanya bagaimana untuk menghentikannya,’’ katanya.

Ramsey, yang kini telah berpindah ke New Jersey, mula menyedari perkara itu selepas melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya pada 2008.

“Saya mencapai tahap kepuasan klimaks selama empat hari. Saya ingatkan saya sudah menjadi gila. Saya cuba pelbagai cara untuk menghentikannya termasuk duduk di atas kacang beku namun ia berterusan dan amat menyakitkan,’’ katanya.

Keadaan ini, katanya membimbangkannya kerana dia sukar melalui kehidupan biasa dan khuatir tidak dapat mengawalnya.

“Bayangkan jika saya melalui keadaan ini di hadapan orang ramai, tentulah ia amat memalukan. Setiap kali naik keretapi, apabila ia bergerak, saya terus mencapai kemuncak syahwat, dan ketika itu saya hanya mampu menggigit bibir serta menggenggam jari saya, dengan harapan tiada orang akan menyaksikannya,’’ katanya.

Menurut Ramsey, ketika ini dia masih mampu melakukan kerja namun tanpa rawatan yang betul, pekerjaaan yang dilakukannya akan menjadi terhad.

SUMBER

GAMBAR AWAL ASHAARI, SCHA AL-YAHYA DAN YASMIN HANI DI GIMNASIUM

GAMBAR AWAL ASHAARI, SCHA AL-YAHYA DAN YASMIN HANI DI GIMNASIUM - Tiga orang selebriti meletup tanah air telah kelihatan di sebuah gimnasium. Mari kita tengok gambar mereka ini.

PUTERA HARRY DITAWAR RM 31 JUTA BINTANGI FILEM DEWASA


PUTERA HARRY DITAWAR RM 31 JUTA BINTANGI FILEM DEWASA | Porno - pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry bakal menerima RM 31 juta jika beliau bersetuju bintangi sebuah filem oleh syarikat Vivid Entertainment.

Dipetik daripada akhbar New York Daily News, Steve Hirsch selaku penerbit filem dewasa syarikat Vivid Entertainment sudah menghantar surat tawaran kepada Putera Harry dan kini hanya menunggu jawapan beliau. Filem yang ditawarkan itu diberi judul The Trouble with Harry.

“Kami ingin menawarkan anda peluang untuk menjadi seorang ‘putera paling hebat’ sepanjang zaman dengan berlakon di dalam sebuah filem dewasa bajet besar yang menyeronokkan.

“Sudah tentu ‘Little Harry’ (merujuk kepada anggota sulit Putera Harry) juga akan ditampilkan, tetapi saya memberi jaminan skrip filem ini ditulis dengan baik dan ‘Little Harry’ akan dipersembahkan dengan cara paling hebat (bermaksud Harry perlu mendedahkan seluruh tubuh termasuk anggota sulitnya tanpa segan silu),” kata Hirsch yang dipetik akhbar itu.

SHILA AMZAH HANGAT-HANGAT TAHI AYAM DALAM BERTUDUNG


SHILA AMZAH HANGAT-HANGAT TAHI AYAM DALAM BERTUDUNG | Artis Bertudung - Artis yang semakin meningkat namanya ini, Shila Amzah telah mengaktifkan laman Twitter miliknya atas desakan peminatnya.

"Saya sebenarnya sangat sibuk sejak kebelakangan ini dan saya tak sempat untuk melayan peminat di Twitter.

"Tetapi banyak pula respons diterima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat. Ada yang suka ada juga yang tak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter," katanya.

Bagaimanapun, gadis yang berumur 22 tahun ini tidak menafikan cemuhan diterima berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya menjadi antara punca dia menutup akaun Twitternya.

"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.

"Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," kata buah hati kepada Shanaarz Ahmad ini.

NORISH KARMAN KENA UGUT


NORISH KARMAN KENA UGUT | Artis di 'blackmail' - Artis tanah air, Norish Karman telah diugut oleh seseorang berikutan isu gambar bayinya yang disebarkan di alam maya.

“Pada awal selepas kelahiran Haq, saya memang terfikir bagaimana mahu memperkenalkan Haq kepada khalayak. Cara terbaik adalah dengan mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Tetapi ada pihak yang terlebih dulu mendahului saya apabila menyebarkan gambar kami, kerana gagal mendapat wang ugutan," ujar Norish Karman mengenai kes ugutan ini.

Walaupun begitu, dia enggan membawa kes tersebut ke mahkamah kerana merasa tindakan itu tidak membawa sebarang faedah.

“Tiada gunanya menyaman orang yang menyebar gambar saya itu kerana mereka bukannya ada duit. Lainlah jika mereka mempunyai banyak duit, sekurang-kurangnya berbaloi juga saya bersusah payah naik-turun mahkamah,” ujarnya.

Pelik!!!! Lebih Sayang Anak Patung Dari Suami


Kisah seorang ibu kepada lima anak, Alice Winstone yang tidak boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi. Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya. Namun, perbuatannya itu dilihat agak keterlaluan dan dilihat lebih menyayangi anak patungnya dari suami.

Alice meluangkan selama tujuh tahun dan membelanjakan lebih 12,000 pound (RM58,879) memenuhi kediamannya dengananak patung vinil ‘Reborn Dolls’, walaupun tiga daripada lima anak kandungnya masih tinggal di kediaman sama.

Ketaksubannya pada bayi palsu yang berharga 1,200 pound (RM5,891) setiap satu, menyaksikan dia
membelanjakan 50 pound (RM245) sebulan dan memaksa suaminya yang telah lama menderita, Chris untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Cardigan, Wales Tengah.

Alice membeli bayi palsunya yang pertama, anak patung bergelar Emmy dengan harga 180 pound (RM 883) selepas melihatnya di muka belakang sebuah majalah dan ‘jatuh hati’ dengan anak patung berkenaan.

Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.

Alice diberitahu selepas dia hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat.

Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka. Alice menukar, mencuci, menidurkan dan memberi makan anak patung berkenaan – malah, membawa beberapa anak patung kegemarannya keluar bersiar-siar dengan kereta.

Dia mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka.

Alice begitu bimbang mengenai keselamatan anak patungnya itu setiap kali anak kandung atau kucingnya berada berdekatan mereka.

ABBY ABADI PERTIKAI KENYATAAN HUDUD DR ASRI

on 29 August 2012


ABBY ABADI PERTIKAI KENYATAAN HUDUD DR ASRI - Artis yang kini semakin lantang bersuara, Abby Abadi sekali lagi membuat satu kenyataan kontroversi dan kali ini ianya melibatkan seorang bekas mufti.

Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA berkongsi pandangannya mengenai hukum hudud menurut Islam. Kenyataannya itu lantas disambut oleh Abby Abadi yang turut mendapat sokongan beberapa orang peminat beliau tetapi ramai yang menegur cara beliau mempertikai kenyataan seorang bekas mufti.

 

GAMBAR | SAMSUNG BAYAR SAMAN APPLE $1 BILION DENGAN DUIT SYILING 5 SEN


Lebih dari 30 lori yang dipenuhi duet syiling 5 sen sampai di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, syarikat sekuriti yang menjaga ibu pejabat Apple menyangka lori-lori tersebut telah tersalah arah. Tetapi, beberapa minit selepas hal ini, CEO Apple telah menerima satu panggilan dari CEO Samsung yang menyatakan Samsung telah membayar saman dengan cara penghantaran lori-lori itu.

GAMBAR RUMAH AGAM RYAN SEACREST YANG DIJUAL


GAMBAR RUMAH AGAM RYAN SEACREST YANG DIJUAL | Hollywood - Hos American Idol, Ryan Seacrest baru sahaja menjual rumah agamnya yang dipanggil rumah dengan harga $11 juta semalam.

Rumah yang berkeluasan 8 000 kaki persegi, berserta kelab malam berkembar tersenarai dalam jualan dengan harga $12.9 juta tetapi dikurangkan kepada $11 juta. Ryan Seancrest telah kerugian apabila beliau mula-mula membeli rumah ini dengan harga $11 juta.

Ryan menyalahkan harga pasaran sehinnga harga rumahnya menurun, tetapi kami amat pasti, dia tidak akan jatuh muflis kerana ini.

 
  
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved